Halaman

Selasa, 26 Julai 2011

oh ramadhan lagi.

assalamualaikum sahabat.
 Alhamdulillah kita diberikan peluang lagi untuk bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. tahun ini merupakan tahun kedua saya akan berpuasa di rantau Sabah ni. tahun pertama dulu rasa teruja sangat nak berpuasa di tempat orang ni tapi tahun ni macam biasa saja.

hujan emas di negeri orang.

nampaknya tahun ni saya masih tidak dapat lagi menunaikan ibadah terawih di masjid. demi anak-anak. tak apa itu juga adalah satu ibadah. (macam pujuk diri sendiri je). bukan tidak boleh membawa anak-anak ke masjid. sebenarnya dari satu sisi ada bagusnya juga membudayakan anak untuk pergi ke masjid tetapi pada sisi yang lain saya kira tidak bagus kerana akan menggangu jemaah lain. anak saya ni aktif terlebih. free je saya dapat dosa. biarla saya berterawih di rumah sorang. dan kadang-kadang si suami tercinta menjadi imam. katanya kesian kat saya teringin nak jemaah. /huhuhuh/

rindunya pada air tangan mek di bulan pose ni. biarpun hidangan yang tersedia adalah sederhana. janji kenyang dan alhamdulillah. kalau sebelum menjadi suri dulu setiap ramadhan yang pertama saya akan balik ke kg. hidangan wajib mek pada sahur yang pertama adalah singgang daging.  tapi lepas jadi suri dan bermastautin di klia tu puasa pertama balik rumah moyang / rumah mek. seronok dapat bersahur ramai2. tapi sejak menjadi pemegang pasport biru ni sahur berdua je. kadang-kadang bertiga dengan si kecik auni atiqah. tahun ni tak tau la dia nak meneman ke tidak..hehehehe

walau apapun, alhamdulillah kerana masih boleh beribadah di dalam seribu bulan ni... target ramadhan tahun lepas-lepas tercapai tapi tahun lepas(ramadhan 1431)tak sempat capai dah raya. tinggal beberapa juz saja. target tahun ni kena ubah sikit. nak baca sekali tafsirnya.  doakan saya berjaya menamatkannya sehingga helaian yang terakhir. amin.

mungkin ada suara-suara mengatakan 'ala..suri rumah bolehla sebab tak kerja.' pada saya pokok pangkalnya pada hati. saya pernah bekerja dan alhamdulillah boleh buat kalau kita nak. Allah akan beri jalan. mungkin kelebihan sebagai suri rumah itu diberikan Allah kepada saya. saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru al-Quran saya. terutama guru yang dari kecik. dari ridak mengenal alif ba ta sampai saya jadi kenal dan boleh membacanya dengan betul. alhamdulillah. al-fatihah untuk arwah ayah yang menjadi guru al-quran saya. saya terkilan kerana tidak sempat belajar 'irama' bacaannya dengan arwah.

sesungguhnya setiap sesuatu yang kita lakukan samada baik atau buruk ia bermula pada hati kita. jika hati kita hitam maka hitam jadinya dan jika putih maka putih jadinya. seluruh yang ada pada jasad kita ini bermula dengan seketul daging yang bernama hati. jadi sempena bulan yang penuh rahmat ini, mari kita sama-sama menyucikan hati kita dengan ibadah yang berlipat-lipat, berkali-kali dan berganda-ganda. semoga hati kita semua bersih. amin .

jumpa lagi nanti.
wassalam.