Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

ganti2!

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

bersua lagi walaupun mengambil masa yang lama..bukan terlalu sibuk tetapi kurang berpeluang untuk ini kerana kekangan rutin harian, biarpun hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

kali ni saya nak berkongsi satu peristiwa yang berlaku depan mata saya sendiri. kejadian ni berlaku sebulan yang lepas. saya tak tahu nak klasifikasikan kejadian itu sebagai kejadian positif atau negatif. bergantung kepada mata yang memandang dan akal fikiran yang mentafsir.

suatu pagi saya bersarapan di kedai. memang pelanggan silih berganti. macam-macam orang dan pelbagai peringkat umur. saya menikmati hidangan nasi yang dikongsi dengan anak-anak. sebentar kemudian datang satu keluarga dengan dua anak yang saya kira berturut tahun umur anaknya, dalam dua tahun dan setahun mungkin. mereka duduk di hadapan sebelah kiri meja kami. anak kecil mereka merengek tidak mahu duduk dalam babychair. (mcm anak saya masa kecil) si ibunya mendodoi sambil menepuk belakang anaknya sementara suaminya mengambil hidangan (layan diri). saya hanya memerhati sekali-sekala sambil melayan anak-anak saya makan.

saya ingatkan si suami berganti menjaga anak kecil supaya isterinya boleh ambil makanan tetapi sebaliknya dia terus makan. saya memandang muka si isteri itu, wah sabarnya dia. dia terus melayan anaknya yang di riba. saya tak pernah begitu kalau keluar makan dengan suami, kami sentiasa makan bersama walau anak 'mengacau'. saya fikir mungkin si isteri itu sudah kenyang. macam-macamlah terbit dalam minda saya. 'sampai hati suami dia makan sorang sedangkan isteri hanya memandang'.

lama saya memerhati sehingga si suami selesai makan. rupanya dia berganti tugas dengan isteri. terus anak kecil tu bertukar tangan. si isteri pula yang mengambil makanan dan menikmatinya sambil lagi melayan anak pertama mereka. adus, pengorbanan betul ni. sanggup isteri itu hanya memandang sambil menelan air liur sementara suaminya makan. pengorbanan isteri, sambil makan layan jugak dua anaknya itu sedangkan suaminya tadi makan tanpa menghiraukan anak mereka. saya faham suaminya mahu cepat-cepat makan untuk mengambil alih tugas menjaga anak kedua supaya isterinya boleh makan. mungkin itu cara mereka menjalani keharmonian keluarga...

pengajaran yang saya dapat dari peristiwa itu ialah bila menjadi suami isteri harus sedia memberi dan menerima dalam susah dan senang, suka dan duka. semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat.
semoga Allah swt merahmati keluarga saya dan kita semua. amin..

wassalam. 

Rabu, 7 Disember 2011

sempurnakah kita?

assalamualaikum wrt.

lama tidak bersua. alhamdulillah dapat lagi meluangkan sedikit masa untuk mengetik jejari pada papan kekunci alatan elektronik canggih nih.
isu kali ini yang saya rasa nak kongsikan adalah tentang kesempurnaan kita sebagai hamba. subhanallah. manusia diciptakan oleh-Nya dengan keadaan paling sempurna berbanding makhluk lain di muka bumi ini tetapi sedarkah kita bahawa sebagai manusia kita tidak sempurna. iaitu punyai kelemahan masing-masing untuk saling melengkapi.

kadang-kadang kita akan merasa marah, sakit hati, benci, sedih dan macam-macam lagi apabila menghadapi seseorang yang tidak menepati citarasa kita dalam sesuatu masa. dengan kata mudah pasangan kita lah. sedangkan bibir lagi tergigit oleh gigi sendiri, apalagi sesama kita manusia ini yang mengawal sendiri akal fikiran masing-masing.

kebiasaannya kita akan berselisih faham dgn seseorang kerana tidak puas hati dgn sikap dan perbuatannya terhadap kita. biasalah soal hati ni bukan senang nak handle. biasanya kita akan menyalahkan orang lain. jarang sangat la yang menyalahkan diri sendiri. di sini saya suka nak berkongsi juga perasaan dan cara saya meng-handle  situasi jika kadang-kadang saya terberkecil hati dengan pasangan dan sesiapa yang disekeliling saya.

saya akan berfikir macam2 juga. sebagai manusia kita memang tidak boleh lari dari masalah hati yang suka berprasangka buruk. saya tak tahu juga macam mana nk menghindarinya. jadi saya akan terfikir, itu mungkin kelemahan diri dia. saya akan bandingkan dengan diri saya adakah saya sempurna untuk dia dari semua segi. dengan itu saya akan lebih tenang dan hati pun tak rasa nak marah lagi.

kenapa Allah SWT menjadikan kita pasangan si dia. tidak lain dan tidak bukan untuk saling melengkapi. dan saling mencukupi. cuba bayangkan kalau kita sama-sama ada apa yang pasangan  kita ada. agaknyalah kita akan merasa bosan sebab benda yang sama je kita lalui dalam hidup bersama. dalam hidup ni perlu ada kepelbagaian barulah indah. cuba bayangkan kalau pelangi ada satu warna je!

manusia ni ada pelbagai kelebihan dan kelemahan. tidak ada yang semuanya lebih. mesti dari satu sudut ada kurangnya supaya kita semua boleh saling bergantung dan akan rasa saling memerlukan sesama sendiri. dengan itu akan terjalin ukhwah yang harmoni.

jadi, jangan berasa marah dan sering menyalah jika sesekali berselisih faham kerana kelemahan dia, kerana kita juga miliki kelemahan dari segi lain. semua itu telah dijadikan oleh-Nya untuk kita mendapat pahala apabila bersabar dan redha dengan ketentuan itu. tidak dijadikan sesuatu itu tanpa sebab tertentu.

"jgn berduka jika dia tidak sempurna seperti yang kita mahu, sebaliknya terimalah dan anggaplah ia sebagai satu keistimewaan yang tidak ada pada orang lain yang mana akhirnya akan menutup kelemahan kita sendiri. InsyaAllah."

*tp jika kelemahan tu melebih-lebih sampai membahayakan diri kita, ambil jalan lain utk selesaikannya.

wassalam. sehingga berjumpa lagi.

Isnin, 7 November 2011

AidilAdha di Putatan.

assalamualaikum wbt.

Jumpa lagi. Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang raya Qurban kami di Sabah ni. Ini merupakan tahun pertama kami beraya di Sabah. Sehari sebelum raya kami ke pasar besar KK. Dalam hati niat saya kalau ada jual daun palas, saya nak buat ketupat palas. Rupanya memang ada jual. Alhamdulillah. tapi beras pulut pulak yang tak ada dalam simpanan. Kami singgah supermarket dan tamu [pasar tani] beli barang.

Sampai rumah dalam lebih pukul 12 tgh, kiranya sampai waktu Zuhur la juga. Time tu la nak masak ketupatlah, rendanglah, beras pulut tak rendam lagi. Daun palas tak payah citer la sebab baru beli. Babah plak puasa. Rancang punye rancang saya masak rendang ayam dulu. Lepas gali lengkuas, terus saya wat rendang tu ikut resipi dalam buku 365 hari masak-chef Hanilieza. Sambil tunggu rendang tu, saya buka daun palas. Beras pulutpun dah rendam. Kira-kira kul 10 malam baru siap bungkus semua ketupat palas tu. Perh....dia punye penat tu tak yah cerita la...macam tu rupanya mek penat kalau menjelang raya. Itu okla kira ada juga kaki tangan lain yang tolong. Saya semua wat sendiri. huhuhu. Namapun beraya di perantauan. Ada PA dua orang ni kecik lagi, babah yang tolong kawal diorang. huhuhu. Sambil bukuh tupat tu kawe dengar ore takbir raya di mesjid blakang rumah nih... sayu sungguh hati.. 

Pagi esoknya, kul 6 pg tepat saya bangun tido, terus je masak nasi kerabu. Siap sempat kukur kelapa lagi. huhuhu.. Babah pergi solat sunat AidilAdha, saya teruskan keje masak lepas siapkan Qilah n Atiqah cantik-cantik. Saya suruh diorang tengok katun kat astro. Dekat kul 11pg, dah siap terhidang atas meja. Saya punya turn plak bersiap cantik-cantik..[huhuhu] dan tunggu tetamu [Rafi sekelurga] datang. Dah kenyang. :) alhamdulillah.

Lepas tetamu saya balik, saya terus baring, tidur sama anak-anak yang dah lena. Baru nak mimpi. Kakak sebelah rumah datang bagi daging qurban. Alhamdulillah. Dapat gak makan daging segar walaupun tak dapat 'geabok'. Lepas tu saya sambung lagi rehat a.k.a zzzz...tapi hon kereta bunyi lagi. Rombongan kedua tetamu raya datang. Alamak, nasi macam tak cukup. Saya masak lagi tapi nasi biasa dah la. Tak biru dah... janji tetamu kenyang.

Malamnya pulak pergi 'potluck' di rumah kawan babah. Banglo rumahnya. huhuhu. Makan kambing bakar. yummy......Qilah makan banyakkkkk. Cuaca malam tu tak berapa elok. Ribut. Dalam kul 10 mlm kami balik. 

Walaupun tak merasa macam raya seperti di kampung tapi Alhamdulillah. Tak rasa raya sebab tak dapat tengok orang sembelih lembu. Biasanya kalau tak tengok orang sembelih lembu pun, dapat juga tengok daging lembu yang banyak. Tapi kat sini tak ada. Menurut 'orang sini', qurban dilakukan di masjid dan diagih-agih daging lembu. semua ajk masjid yang buat. Macam kat Pahang juga la. Tapi biasanya bila saya beraya di Pahang, lepas solat sunat tu pergi tengok orang potong lembu juga. Kat Masjid Kg Contoh ni, sembelih lembu qurban hari raya ke-2. Kami pulak hari ni [raya ke-2] beraya di rumah kawan babah. Kat sini hari raya, babah balik dari solat sunat tu, terus tidur baring-baring tengok tv je...huhuhu. Kami tak tahu nak buat apa, tunggu tetamu datang je.

Itulah pengalaman pertama kami beraya di Sabah.
Sekian. Wassalam.....

Inilah juadah raya saya di perantauan. Alhamdulillah...

Khamis, 3 November 2011

mak sendiri vs mak mertua

assalamualaikum wtb.

jumpa lagi!
hari ini 3.11.2011, wanita hari ini bersiaran tentang tajuk tinggal bersama mertua- bahagia atau derita?
jadi saya terpanggil untuk berkongsi rasa di sini.
pada diri saya sekarang yang merupakan seorang anak dan seorang menantu merasakan tidak bermasalah untuk tinggal bersama mertua tetapi tidak untuk tempoh dan jangka masa yang lama. jika dalam tempoh tertentu rasanya tidak bermasalah. alhamdulillah keluarga mertua yang dianugerahkan kepada saya adalah baik setakat ini. jadi saya tidak bermasalah jika tinggal di rumah mertua. malah anak pertama dan kedua saya dilahirkan di sebelah mertua.

tunjangnya adalah berdasar pada situasi kedua-dua belah pihak. kalau kedua-duanya baik maka jadi baik. kalau salah seorang 'buat hal', makan hati lah seorang lagi tu. tak kiralah sama ada si menantu atau si mertua.

pengalaman saya sendiri, alhamdulillah mak mertua saya baik walaupun cerewat. saya letakkan dalam hati saya dia adalah mak saya juga. jadi jika dia menegur kesalahan saya, saya cuba untuk terima dengan hati yang positif. bohonglah kalau saya tidak terasa dan merungut tapi saya fikir banyak kali selepas itu. dan saya berasa bertuah. orang lain mungkin mendapat mak mertua lebih teruk daripada saya. kalau mek (mak sendiri) pun 'kompem' akan tegur saya kalau kesalahan yang saya wat. malah rasanya mek saya akan lebih panjang lebar ceramahnya. mana ada ibu yang tidak cerewet tentang anaknya. jadi saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk meletakkan mak sama taraf dengan mek di sisi saya. jadi dengan itu ketersinggungan saya jadi setara dan cepat reda. jadi kalau korang di tempat saya boleh praktikkan sama.

tapi itulah , nasib kita ini berbeza-beza. perjalanan hidup berbeza-beza. ujian dan anugerah juga berbeza-beza. ada di kalangan kenalan saya mendapat mertua yang cukup cerewet. selalu sindir-sindir, marah-marah. sedangkan menantu itu telah 'berkhidmat' dengan baik. ingatlah itu semua ujian. mungkin Allah nak beri kita pahala lebih. dalam situasi begitu, si suami lah kena jadi tegas sama ada mahu terus tinggal di rumah mertua ataupun cari rumah sendiri. kalau suami tidak juga mahu berdikari, maka pada saya bertahanlah dengan sabar. Kerana Allah ada ganjaran-Nya. cakap memanglah senangkan tapi untuk melakukannya cukup payah, berdoalah semoga Allah membuka pintu hati semua untuk menerima kita seadanya. Mak mertua kita tu dah tua, hayatnya mungkin tak lama, atau mungkin kita yang dijemput dulu pun tidak tahu juga. walaupun dia seperti bencikan kita tapi sebenarnya di sayang.

terima kasih mek dan mak. saya nak kongsikan sebuah cerita benar. kenangan saya memiliki mek dan mak.
saya pernah tanya mak, "kalau cucu mak ni b*r*k, mak marah tak kalau saya suruh abg long (suami saya) basuh?". kata mak saya "buat apa nak marah, mak pun akan suruh dia buat." jawapan ringkas mak saya. tapi kalau depan mek saya, saya suruh suami uruskan anak-anak, tadah la telinga tu dengan nasihat dia.

mak saya terbuka sikit. tapi mek saya orang kg yang masih memegang prinsip bahawa wanita harus memikul tanggungjawab 100% menguruskan anak-anak. jadi kalau depan mek saya, kena berhati-hati kalau nak minta tolong suami itu dan ini. kadang-kadang saya geram juga banyak pantang larang dia tapi kalau fikirkan balik, saya senyum jer. kalau tak ada dia, siapa nak komen tingkah laku kita mana yang betul dan tidak. alhamdulillah suami saya seorang yang ringan tulang dan tak banyak songeh. tapi kadang-kadang saya geram juga, kalau buat benda-benda nak saya putuskan. bila difikirkan semula dia nak bertolak ansur dengan saya la tu....jadi alhamdulillah Allah anugerahkan mek, suami dan mak yang baik dalam hidup saya. memanglah mak dan mek cerewet tapi semua tu untuk kebaikan saya.

jadi anda pun cubalah bertolak ansur sedikit dengan mak mertua. dia bukan orang lain pada kita. ibu kepada suami kita. perkahwinan yang berlaku bukan hanya dengan suami tapi dengan ahli keluarganya juga. jadi terima mereka semua sebagai sebahagian dari hidup kita..

wassalam...
alhamdulillah.

korban idul adha '2011

assalamualaikum wtb.

alhamdulillah dapat ambil masa sikit untuk berkongsi rasa hari ini. anak-anak sedang menonton rancangan kegemaran 'wordworld'. memang kata 'orang pakar' kartun tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar tapi pada saya kalau kita pandai pilih rancangannya, sesuatu yang negatif itu boleh jadi positif. pokok pangkalnya kita sebagai penjaga wajib tentukan yang  boleh dan tidak boleh. alhamdulillah untuk setakat ini rancangan ini sedikit sebanyak membantu dia. Insya Allah ke arah positif.

6 november 2011 ni dah raya haji. jatuh pulak hari ahad. subhanallah. cepatnya masa berlalu. betul2 korban raya untuk saya tahun ni. seumur hidup saya tidak pernah beraya sendirian tanpa balik kampung. baik masa 'single-mingle' mahupun dah beranak-pinak ni. masa bujang dolu, cuti keje dapat 2 hari pun balik gak kg. yang penting raya bersama orang tua. masa dah ada family sendiri ni, balik juga raya kat raub tu. walaupun encik habibi cuti pada hari raya je pon.

tapi tahun ni, kami berempat akan beraya di sabah. uwaaaa....
nak masak pe pon taktau untuk pagi raya tu. tambahan pula tak tau camana orang sabah ni sambut raya haji. sembelih lembu ke kuba ntahle...huhuhu. nampaknya tahun ni xdapat makan gear box-sup dan yang sewaktu dengannya la...dapat makan daging lembu segar ke tidak pun tak tau lagi lah...

memang betul2 pengorbanan tahun ni. mulanya saya tak berapa rasa sangat tapi bila dah tengok kelendar, baru sedar raya haji dah nak tibe...hukhuk...maka berayalah kami berempat di putatan sabah ni. jemputlah datang beraya di sini. tahun lepas saya terselamat dari ujian ini sebab habibi kena bertugas di maldive 3 bulan, saya dan anak2 di post ke kuantan. tahun ni nampaknya ujian ni harus dihadapi juga. saya hargai pengalaman pertama ini kerana mungkin di masa akan datang ia akan jadi lebih teruji lagi. Maha Suci Allah yang menentukan segalanya..Alhamdulillah.

wassalam. hingga berjumpa lagi di masa yang akan datang...

Sabtu, 29 Oktober 2011

aku sang perindu

memang aku rindu
rindu ingin bersua
rindu mahu berbicara
rindu untuk meluah rasa
tapi apakan daya
setiap yang berlaku
bukan kita menjadi penentu
walau kita yang merancangnya.

assalamualaikum, salam sejahtera ke atas Nabi junjungan.
bersua lagi kita setelah sekian lama saya menyepi. bukan tidak cukup masa untuk bersua tapi gagal membahagi masa dengan baik kerana tuntutan tugas [surirumah] sepenuh masa. harus dipentingkan yang lebih penting.

tiada apa yang ada untuk dikongsi, mungkin kerana terlalu lama diam dan berdiam. semoga di masa akan datang kita akan bersua lagi. amin.

Selasa, 9 Ogos 2011

syukuri..

alhamdulillah.
rezeki Allah swt untuk saya di bulan puasa ini untuk kita semua umat Islam. pada hari kelapan puasa, berlaku satu kejadian yang membuktikan kebesaran Allah swt pada diri saya. orang lain pun mungkin pernah merasainya.

menu berbuka saya sekeluarga pada hari ini adalah mee sup dan burger yang saya buat sendiri dagingnya.
baru teringat sayur yg sesuai untuk burger tak ada. yg ada hanya carot je. dalam hati saya kata tak apalah, kebetulan sekejap nanti nak keluar ke pasar, nanti beli lah timun dan salad. tapi dlm hati duk fikir2 kat pasar tu jarang ada salad. kalau tak ada tidak apalah, wat burger mana yang ada jer.

sambil menunggu en. suami pulang saya layan anak2 kat luar rumah. bila dia sampai saya terus bersiap tanpa tunggu dia masuk sebab nak cepat. daging burger bulum lagi goreng. saya siap ala kadar saja dan turun tengok dia dah membimbit banyak sayur dan lauk. saya tanya dah pegi pasar. dia kata dah. saya jadi geram dan mula merungut perlahan. "orang bagilah". saya jadi rasa bersalah pulak. silap dia juga tadi main-main kan saya. heheh

sempatla sekejap saya intai barang yang orang bagi tu. ada sayur-mayur, udang, ikan kering, dan yang penting ada salad! baru beberapa minit yang lepas saya terfikir dan berdoa supaya ada salad kat pasar. rupanya Allah swt dan berikan saya salad tu. alhamdulillah. jadi saya gumbira la. teringat pula kisah Rabiatul Adawiyah dan dua keping roti yang disedekahkan kepada fakir. Allah swt gantikan 10 kali ganda. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

semoga bertemu lagi di lain waktu.

Selasa, 26 Julai 2011

oh ramadhan lagi.

assalamualaikum sahabat.
 Alhamdulillah kita diberikan peluang lagi untuk bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. tahun ini merupakan tahun kedua saya akan berpuasa di rantau Sabah ni. tahun pertama dulu rasa teruja sangat nak berpuasa di tempat orang ni tapi tahun ni macam biasa saja.

hujan emas di negeri orang.

nampaknya tahun ni saya masih tidak dapat lagi menunaikan ibadah terawih di masjid. demi anak-anak. tak apa itu juga adalah satu ibadah. (macam pujuk diri sendiri je). bukan tidak boleh membawa anak-anak ke masjid. sebenarnya dari satu sisi ada bagusnya juga membudayakan anak untuk pergi ke masjid tetapi pada sisi yang lain saya kira tidak bagus kerana akan menggangu jemaah lain. anak saya ni aktif terlebih. free je saya dapat dosa. biarla saya berterawih di rumah sorang. dan kadang-kadang si suami tercinta menjadi imam. katanya kesian kat saya teringin nak jemaah. /huhuhuh/

rindunya pada air tangan mek di bulan pose ni. biarpun hidangan yang tersedia adalah sederhana. janji kenyang dan alhamdulillah. kalau sebelum menjadi suri dulu setiap ramadhan yang pertama saya akan balik ke kg. hidangan wajib mek pada sahur yang pertama adalah singgang daging.  tapi lepas jadi suri dan bermastautin di klia tu puasa pertama balik rumah moyang / rumah mek. seronok dapat bersahur ramai2. tapi sejak menjadi pemegang pasport biru ni sahur berdua je. kadang-kadang bertiga dengan si kecik auni atiqah. tahun ni tak tau la dia nak meneman ke tidak..hehehehe

walau apapun, alhamdulillah kerana masih boleh beribadah di dalam seribu bulan ni... target ramadhan tahun lepas-lepas tercapai tapi tahun lepas(ramadhan 1431)tak sempat capai dah raya. tinggal beberapa juz saja. target tahun ni kena ubah sikit. nak baca sekali tafsirnya.  doakan saya berjaya menamatkannya sehingga helaian yang terakhir. amin.

mungkin ada suara-suara mengatakan 'ala..suri rumah bolehla sebab tak kerja.' pada saya pokok pangkalnya pada hati. saya pernah bekerja dan alhamdulillah boleh buat kalau kita nak. Allah akan beri jalan. mungkin kelebihan sebagai suri rumah itu diberikan Allah kepada saya. saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru al-Quran saya. terutama guru yang dari kecik. dari ridak mengenal alif ba ta sampai saya jadi kenal dan boleh membacanya dengan betul. alhamdulillah. al-fatihah untuk arwah ayah yang menjadi guru al-quran saya. saya terkilan kerana tidak sempat belajar 'irama' bacaannya dengan arwah.

sesungguhnya setiap sesuatu yang kita lakukan samada baik atau buruk ia bermula pada hati kita. jika hati kita hitam maka hitam jadinya dan jika putih maka putih jadinya. seluruh yang ada pada jasad kita ini bermula dengan seketul daging yang bernama hati. jadi sempena bulan yang penuh rahmat ini, mari kita sama-sama menyucikan hati kita dengan ibadah yang berlipat-lipat, berkali-kali dan berganda-ganda. semoga hati kita semua bersih. amin .

jumpa lagi nanti.
wassalam. 

Rabu, 22 Jun 2011

manis-manis

orang kelantan memang terkenal dengan masakan manis. tidak terkecuali saya yang dilahirkan dan dibesarkan di tanah air tercinta iaitu KELANTAN DARUL NAIM. cume saya mem'tua' di daerah bangi kemudian berkahwin plak dengan orang PAHANG yang terkenal dengan jolokan masak tempoyak.

bukan itu isunya pada saya kali ini kerana orang Malaysia ni suka makan. tak kisah la makanan dari mana pun. saya makan dan suka semua makanan dari negeri sebelah suami. bermakna saya sudah menerima dan memasukkan diri saya dalam keluarga orang sana. bagaimana dengan anda. adakah anda menelan semua makanan sebelah pasangan anda? huahuahua. penting tau soalan ni sebabnya lidah dan tekak adalah asas.(pada saya la..) kalau anda seperti saya. tahniah diucapkan kerana boleh masuk dan berada dalam kelompok baru. bagaimana agaknya dengan pasangan kita yer?.

orang kata mahu menawan pasangan biarlah dengan masakan. jadi berusahalah belajar dengan famili mertua anda. tapi jangan lupa pula belajar dulu dengan ibu anda. kerana anda membesar dengan air tangan ibu. jadi sesekali hidangkan pada pasangan anda masakan dari daerah anda. tengok dan lihat samada dia makan ke tidak. kalau dia juga makan bermakna dia boleh masuk dan menerima keluarga anda dengan baik. (bukan semua orang)

seperi hari ini saya masak pengat pisang yang ditebang di tepi rumah. pengat ni makan bersama pulut. saya tahu suami saya tidak berepa menggemari masakan manis-manis ni. tapi saya buat jugak. saya tahu dia tidak makan dengan bersungguh-sungguh sperti 'orang Kelantan'. tapi sekurang-kurangnya dia akan makan bermakna dia mencuba memakan apa yang saya makan. terima kasih en. suami.

isu hari ni adalah saya masak pengat pisang + pulut! untuk diri saya dan keluarga. sebagai mengenang jasa bonda yang suka makan manis-manis!
terima kasih mek!

Isnin, 20 Jun 2011

betul ke tak?

korang rasa tak apa yang saya rasa. erhmmm... saya merasainya semenjak saya menjadi suri rumah sepenuh masa ni. jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi nya di sini. sekadar untuk renungan bersama.

oleh kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa saya tidak suka dan berharap sura rumah saya tu tidak sesibuk mana seperti sekarang ni. tapi tanggungjawab kerja dia berat jugak. tambah2 bulan ni memang dia sibuk. jentera baru sampai n ada audit pulak minggu ni.

suka ke tak suka ke saya kena hadapi jugak. kerja biasa masuk kul 8. ok la...tp time balik terlajak. tu yang saya tak suka. saya nak masa berkualiti untuk keluarga. satu lagi saya tak suka bila kat rumah pun buat kerja. korang suka tak kalu sura rumah buat kerja kat rumah? dah la sepanjang hari buat kerja di ofis.. balik umah buat kerja jugak. kadang2 tu bole la. sebab kt rumah tu masa berkualiti untuk anak-anak dan isteri. betul tak?

mungkin sebab saya tidak berkerjaya jadi saya merasai benda ini sedikit sabanyak mengganggu jiwa saya. kalau saya kerja bagaimana la anak2 menghadapi hari2 mereka tanpa ibu dan babah. kesian... lainla kalu ada ALONG...(heheheh).

bukanlah saya ni tak faham situasi orang yang bekerja. memang komitmen kerja penting tambah2 lagi kalu jadi 'bos'.  tapi ciptakan masa dan ruang yang cukup untuk keluarga. itu juga penting. memang cari duit untuk keluarga tapi kalau ketandusan waktu dengan keluarga duit banyak pun tak guna.

alhamdulillah sura rumah saya masih tidak sesibuk mana walaupun bulan ni dia memang agak sibuk tp dia tetap balik lunch bersama kami walaupun hanya untuk makan. biasanya dia sempat solat zuhur di rumah. tidak mengapalah sesekali tidak balik lunch. tapi saya rasa lain semacam je kalau makan sorang...

ermh...walau sesibuk manapun anda saya harap anda menciptakan sedikit waktu berkualiti untuk keluarga selagi mereka masih bersama....

semoga Allah merahmati pekerjaan kita semua hari ini, esok dan akan datang. amin...

wassalam...

Selasa, 7 Jun 2011

nikmatnya sakit

bersyukurlah jika kita sihat hari ini
kerana mungkin esok Allah memberikan kita sakit
bukan kerana menghukum
tapi memberi ruang untuk kita mengaut pahala
dengan syarat bersyukur dan redha
bukan mengeluh dan mengaduh

kekadang kita alpa pada-Nya
sebab itu diberikan sakit
supaya kita kembali ke jalan lurus
tapi masih juga ada yang belum sedar
besarnya nikmat sakit itu...

semoga Allah swt membimbing diriku juga keluargaku, sanak saudaraku, guru-guruku, dan sahabat handai serta seluruh umat Islam di seluruh dunia..

amin ya rabbal 'alaminn..... 

Ahad, 8 Mei 2011

memori kota singa!

1 Mei 2011.

Tiba juge hari yang dinanti. terujanya rasa mahu menjejaki Kota Singa.
Mengejutkan Aqilah dari tidur pukul 5.00 pg cukup menguji iman. Nak atau tak terpaksa juga menjadikan 5.30 pg waktu berangkat kami ke KKIA Terminal 2. Siap dan berangkat tetiba bahbah cakap ops paspot ibu tertinggal. Terpaksa patah balik. Nasib baik baru jalan kat simpang depan rumah. heheheh.
Bersama penumpang lain kami diterbangkan ke Senai Airport JB. Alhamdulillah dalam kapal tu princess ibu berdua ni tidur. Bila sampai susah la nak kejut si Aqilah ni bangun. Mari ikuti dialog pujukan ibu ini....
" ibu, makan nasi dulu la baru turun"
"erm..kakak kan tido tadi, babah xbeli la nasi. nanti turun kita makan nasi yer. kakak nak nasi lauk apa?"
"lauk ayam..."

Alhamdulillah dia tak teruskan merajuk dia. Nasi dalam kapal terbang kami dah langsaikan. hahahah
Kami dah tiba di Senai Airport dalam lebih kurang pukul 10 pg la...Check-in hotel dalam pukul 2 ptg. jenuh kami melepak di Senai Airport tu kami pun terus ke hotel. sambung lepak lagi sehingga tahap boring menjelma. Keputusannya naik teksi pergi Angsana. Beg simpan kat hotel kena caj RM2 satu beg/hari. Biasalah Tune hotel. bisnes. Sampai sudah jam 2 ptg, kami pun terus balik dan check-in hotel. makan, rest, solat. Malam tu naik teksi lagi pergi Angsan cari makan. RM8 sehala naik teksi.


2 Mei 2011.

Ini dia hari yang ditunggu-tunggu. cuaca mendung semacam jer.. Teruji lagi iman saat mengejutkan Aqilah. Kaedah sama la. Angkat masuk bilik air la jawabnyer. Kerana itu kami sedikit terlewat dari masa yang ditetapkan oleh bas yang trip ke sana tu. Agensi bas tu bawah Tune hotel. senang jela nak uruskan perjalanan ke sana. Tiba di Emigresen Malaysia. Lepas siap cop-cop pasport tu terus lagi perjalanan sampai la di emigresen Singapura. "beg semua bawa turun ya, kalau hilang nanti saya tak nak bertanggungjawab". Pakcik bas tu menjerit. Lepas scan beg semua kami naik smula bas. Jalan tenang jer sebab hari cuti. Sampai sudah di Sentosa. Ramai yang turun kat sini. Kami dan seorang lelaki tu turun di Marina Bay Sand.

Wow! itu jela yang pertama kali terdetik di hati bila dah sampai. Hujan dah mula merintik...huhuhu. Kalau bukan kerana ada princess berdua ni kami redah jer. bila hujan dah semakin reda. Apa lagi menapak la dari 3 tower tu ke Singapore Flyer. Jauh jugak la. Semput la juge sambil dukung adik yang 10kg ni. Jalan pun laju sebab ujan. Pastu gilir dukung. Padahnya bila terlupa bawa troli. huhu.

Langit masih mencurahkan rahmat-Nya di bumi Singapura ni. Kami dah berada di dalam Singapore Flyer. Subhanallah. Cantik. Penuh dengan hutan batu, terfikir jugak hati guane la agaknya kalu tsunami melanda kota singa ni...Bila turun dari benda gayat tu kami tengok ikan di bawah tu. kemain suka lagi Aqilah n Atiqah ni. siap panjat pagar ikan tu. semua benda dia panjat. Lepas tu ajak Aqilah pergi tandas. Rupanya tandas tak sama macam Malaysia. huhuh. Nasib baik ibu menyediakan wet tissue tu.

Selepas lepak-lepak di tempat tu. Kami pun menyusuri jalan di Kota singa ni menuju ke mercu tanda singa yang bosar tu. jauh perjalannya. letih, tak larat, penat dan semua yang sewaktu dengannya kami letak tepi.
"katapun kembara jadi kita jalan la." itu keputusan babah n ibu. Kalau nak naik bas boleh tapi taknak. Alhamdulillah dengan menapak ni banyak tempat kami lalui n tengok sendiri. singgah-singgah bergambar gedik bagai. hehhe. Kami dah sampai di Olympic Walk. Jalan-jalan kat tepi pantai ni sambil memenuhkan memori kad kamera. :)

Fuhh! dah 2,3 kali berhenti rest baru sampai kat tempat pertapaan singa tu. rupanya dia wat hotel kat situ.. ooo. bukan untuk tidur tp tuk bergambar. panjang orang beratur jadi kami macam malas nak join Q tu. Ambil jela gambar kat anak singa tu. hehehe.

Penat dan lapar dah menyerang. Waktu Zuhur pun dah masuk. Jom jelajah mencari masjid! Masjid tu terletak di Arab street. Kami  pecah lemak lagi menuju ker stesen mrt. keretapi laju. Pas beli tiket guna mesin tu, kami naik pergi ke stesen Bugis. Jalan berputa-putar di Bugis Street tu sampai Adik n Aqilah dh tidur. Suasana tempat ni macam pergi kat apa yer.. dia lorong yang penuh kedai-kedai jual baju, kasut, cenderamata dan macam2 la...Padat maksima lah orang kat situ.  Belum juga nampak bayang masjid ni. Kami berhenti lelah di tangga sebuah plaza sambil membuka peta. muka masing-masing dah  penat n lapar. datang lah pak guard tu tanya bila nampak kami macam dah blur jer.
" nak pergi mana.."
"kami cari masjid."
"oo..ikut jalan ni. lurus  jer, belakang bangunan putih tu ada masjid besar, Masjid Sultan. kalau tak jumpa tanya jer orang kat situ mesti tau masjid ni."
"terima kasih ya"...

dengan hati yang berbunga2 kami melangkah kaki ke masjid.(semoga setiap langkah itu dikurniakan pahala yg setimpal) babah dukung Aqilah, Ibu dukung adik. duanya dh tidur. Rupanya dekat saja dari stesen mrt tu. kami xkeluar ikut situ rupanya.

tengah jalan nak menuju ke masjid tu kami ditahan plak oleh seorang pakcik. ibu dh blur kenapa pula pakcik ni. rupanya cari masjid juga.
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaa........rest jap kt masjid. tetiba datang tukang jaga masjid tu cakap "maaf yer bang, orang pompuan tak boleh duduk belah sini. ruang solat ada kat atas, tempat rehat pun ada."

takdop arah la....lepas selesai tumai kewajipan. hati pun dah tenang. maka time! tengah duduk-duduk tunggu babah tu tetiba satu kejadian yang menjatuhkan trus mood makan.
"bu, kasut adik ilang sebelah. ke ada letak dalam beg."
"ha? tak ada memang letak kat situ semua."

dengan hati walang jom makan la. nanti pk kasut tu. memang dah tak ada rezeki.
KALAU KORANG G MASJID SULTAN TU JUMPA KASUT KANAK-KANAK KALER PURPLE SIZE4 SILA POS KE ALAMAT SAYA YER....
bole ke? hehehe.

selesai kat sini dah 4ptg. kami ambil tiket mrt tu terus ke Marina Bay  stesen. kena tukat mrt kat stesen yg bawah tanah tu.
 sesampai di marina tu tercari-cari la juge arah nak menuju ke 3 menara unik tu...
dah nampak dh. so jalan2 melengahkan masa menunggu kul 7mlm bas jemput di sini.
lepak-lepak kat tepi laut. Aqilah wat hal plak. seronok sangat duk manjat pagar dawai tu sambil kejar2 ngan adik yang tak pakai kasut. tetiba...
"ibu, nak cencing."
"hah, alamak tandas jauh ni, ok meh sini pakai pampes..."
belom sembat buka beg seluar dah basah. tukar la seluar baju kat tengah orang ramai tu...huhuh.
kami menghabiskan masa di shopping mall marina sampai hampir kul 7mlm.

bas dah sampai. jom balik bilik. dah smapai dah kat bilik. letak beg terus turun ambil teksi ke Angsana. beli kasut baru adik!


3 Mei 2011

hari kedua kami akan membakar lemak di kota singa ni. destinasi hari ini ialah Universal Studio Singapore. Terpaksa lagi Aqilah n Adik bangun pagi. hari yang mencabar ni. seluruh badan dah sakit sebab banyak jalan semalam. (sakitnye macam lepas kali pertama training kawad) dolu-dolu la. heheheh.
 cuaca snagat cerah hari ni. mood pon dah jadi secerahnya pagi hari. Kalau semalam kami jadi orang last naik bas tp hari ni kami jadi orang pertama naik bas. Aqilah semangat sebab nak tengok dinosor. huhu.
 proses perjalan biasa berlaku. tapi yang paling biasa nya ialah jalan SESAK! penuh kereta kat atas jambatan. motor pun penuh.  nasib baik naik bus. moralnya kalau nak pergi dengan kereta sendiri kena g hari cuti. :)

setibanya di USS tu blom buka lagi. jam 10pg baru bukak maa...huhu. Alamak sakit prot plak. dah la tandas tidak berair! moody la sekejap. heheh. terpaksa jadi oku.

merayap hari kedua ni tak mencabar sangat kalau nak dibandingkan dengan hari semalam. Hari ni berlegar-legar dalam ruang ni jer sambil menyaksikan benda-benda katun ni. Tak banyak benda yang kami boleh masuk sebab Adik n kakak belum layak nak main. heheh. jadi kami pun taknak lah main benda yang diorang tak boleh main. menjelang petang diorang plak dah tidur.

Di USS ni kami bergambar jelar bersama 'badut' katun tu. Aqilah n Adik takut. hehehhe.
Pas makan n solat kami raoun skali lagi tengok n bergambar. best la. sampai kul 7.30 mlm bas datang. perjalan balik pbermula bersama bermulanya Aqilah 'giyak'. huhu.

Dalam bas dorang tidur. tak bangun-bangun sampai pagi esoknyer. Malam tu ibu dan babah makan mamee cup jer kongsi. hehehe. bercuti makan magge. Aki yang ajar.. heheheheh.
jom kemas barang!

4 Mei 2011

Hari ni nak bertolak balik ke kk. Air Asia sedang menunggu di Senai Airport. Magiknyer hari ni Aqilah bangun tak payah dikejut. Bangun terus minta susu. Pastu mandi dan bersiap. Lepas Check-out, teksi sampai untuk bawa kami ke Senai Airport. Pukul 9.30pg kami dh terbang kembali ker KKIA. Tengah tunggu beg sekali lagi Aqilah " ibu nak giyak". huhu. apo nak dikato....
Dah sampai rumah.
penatnyer kembara ini. Kat rumah tak ada air. Aqilah plak mintak nak makan nasi lauk ayam ngan sayur toge. makan Pizza la jawabnyer dah air takde. huhuhu. badan pon penat. Lemak sumer dah hancus... huhu.

Inilah kembara namanyer!!!
sehingga berjumpa lagi...

[sebahagian perkataan di atas tidak boleh digunapakai untuk kertas periksa anda] :)

Selasa, 19 April 2011

kek batik sihat.


nilah hasil kek yang terjadi secara tiba-tiba sambil tengok telenovela marimar.... :)
kek ni belum betul-betul beku sebab tak sabar nak makan....

bahan-bahan ni diperlukan jika anda nak buat kek batik macam ni...

* biskut jacob (weetameal) dalam lebih kurang 20 keping.
* susu pekat manis. [sukatan ikut tahap kemanisan korang]
* serbuk koko. 2 sudu setengah.
* milo. [3 in 1: 1 paket.] kalau milo biasa tu buh sama banyak ngan serbuk koko.
* air soya. setengah cawan.
* oat- 4sudu [boleh buh sebanyak mana yang korang suka.]
* buter.-25g.

proses pertama yang korang kena wat ialah patahkan biskut. jgn hancur sangat nanti tak jadi batik. dan masukkan oat. ketepikan dulu biskut dan oat.
kemudian bancuh susu, serbuk koko, milo, air soya.
cairkan butter dalam kuali dan masukkan bancuhan. kacau sampai mendidih.
bila dah mendidih dan pekat sikit masukkan biskut + oat dan kacau sampai sebati.
[kalau dia punya bancuhan macam terlebih dari biskut, cepat2 tambahkan biskut.]
kalau dah sebati semuanya masuk kan dalam bekas dan tekan sampai padat.

berdasarkan pengalaman saya kalau bancuhan lebih dari biskut, kek jadi lembik sikit.

itu saja untuk kali ini. selamat mencuba...:)

Selasa, 29 Mac 2011

demi cinta laela/s3

Kepulangan Laela disambut gembira oleh ahli keluarganya. Mereka semua mempamerkan wajah yang ceria. Begitu juga Laela cuba melindungi duka hatinya dengan mempamerkan senyum yang selebar mungkin. Tapi hati tua ibunya dapat membaca riak wajah Laela tidak sama dengan rasa hatinya. Saat memeluk ibunya Laela tidak mampu membohongi diri sendiri lagi dan lantas melepaskan segala duka di hatinya dengan airmata. Bahu ibunya yang gempal itu menjadi hamparan untuk airmata Laela. Ibunya hanya membiarkan sahaja. Tahu akan parasaan si anak yang masih berduka. Duka kerana didustai oleh janji palsu lelaki.

Ibunya hanya menggosok halus belakang Laela. Hanya itu yang mampu dilakukan waktu itu untuk cuba menenangkan Laela. Hati wanitanya tersentuh juga, entah apalah hikmah di sebalik ujian yang diberikan Allah swt ini kepada Laela. Atau mungkin itu adalah hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Dia tidak pasti tentang itu dan hanya mampu berdoa untuk anaknya yang bernama Laela ini.

"Sudahlah Laela, mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk Laela."
"Kenapa semua lelaki sengaja meninggalkan Laela. Apa hati Laela ni hanya layak untuk disakiti?"
"Jangan cakap macam tu Laela. Allah menguji setiap hamba-Nya yang disayangi. Semua orang diuji cuma bentuk ujian sahaja yang berlainan. Sudahlah jangan ditangisi apa yang telah berlaku. Kan lebih baik Laela buka buku baru dan hidup dengan tenang."
"Hati Laela hancur ibu. Dua orang lelaki yang Laela sayang semuanya tinggalkan Laela. Laela ni perempuan yang tidak cukup baik ke mak?"
"Laela, Allah dah janjikan bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitu juga lah sebaliknya. Mungkin ada lelaki yang lebih baik untuk Laela tapi belum tiba jodoh Laela. Mungkin ini jalan yang ditentukan untuk Laela jumpa dengan jodoh Laela tu."
"Rasanya Laela dah tak mahu dah mak, cukup lah dua kali terluka. Mulai hari ini Laela akan tutup pintu hati Laela untuk mana-mana lelaki. Laela tak mahu lagi kecewakan hati Laela ni."
"Terpulanglah pada Laela. Tapi kita manusia tidak akan mampu melawan takdir. Mengubahnya mungkin kita berpeluang. Kalau sampai waktunya, semua akan dipermudahkan segala urusan. Sekarang ni Laela kena kuat dan bina hidup baru dengan hati waja Laela tu supaya tidak ada lagi orang yang berani menyakiti LAela. Kalau ada juga nanti Laela cakap kat mak..."
"Kenapa kena cakap kat mak?"
"Biar mak pancung kepala dia.."
"Hah..."

Dua beranak itu saling berpandangan dan akhirnya terhambur keluar ketawa kedua-duanya menyebabkan ayah Laela bergegas keluar melihat keadaan dua beranak yang edang menghabiskan baki ketawa mereka itu.

"Hairan aku dua berana ni, sekejap menangis, sekejap ketawa. Ada apa yang melucukan kamu berdua ni, Imah?"
"Tak ada apalah. Ini hal orang perempuan. Awak tak perlu tahulah. Jom Laela kita masuk dapur dan makan. Mak ada masak lauk kegemaran kamu."

Mereka melangkah beriringan menuju ke dapur. Laela nekad, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah merubah hidupnya. Menjadikan apa yang berlaku sebagai sejarah yang tidak akan boleh diubah. Dan apa yang berlaku di depan hari nanti akan dilalui dengan penuh berhati-hati. Dia tidak akan tewas selagi berpegang pada hukum Allah swt.
 

Jumaat, 25 Mac 2011

cerpen- demi cinta laela/s2

Hari-hari yang dilalui Laela bagai tiada mendung dan hujan. Ceria, bahagia dan gembira. Selepas dia menjadi tunangan Ejoi dirasakan dunia ini indah belaka. Namun kadang-kadang timbul juga gundah di hatinya. Risau andai Ejoi berubah dan mengalihkan cinta pada insan lain seperti yang pernah Farid lakukan. Tapi Ejoi meyakinkan dirinya bahawa cintanya hanya milik Laela.

Laela mempercayainya dan menaruh harapan tinggi yang suatu masa nanti cinta mereka akan bersatu dengan ikatan suci sebuah perkahwinan. Dia akan buktikan jarak bukan penghalang untuk menyulam cinta. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tiga tahun lagi masa yang harus Laela tunggu untuk merealisasikan impiannya bersama Ejoi.

Masa dirasakan begitu lambat berjalan. Tiga tahun dirasakan begitu lama. Ditambah pula akhir-akhir ini Ejoi jarang menghubunginya. Apakah itu petanda hubungan mereka akan berkubur. Kalau dulu setiap hari mereka akan berhubung. Jika tidak telefon, e-mail dan berbagai macam lagi tak terkecuali poskad dan surat. Tapi sekarang Ejoi hanya diam. E-mail langsung tidak balas. Pernah juga dia menyuarakan pada Ayu dan Nini tentang perkara itu.

"Ala Laela...mungkin joi sibuk kot. Nanti dia dah tak sibuk dia balas la e-mail kau tu."
"Aku pun harap begitu. Tapi kadang-kadang aku terfikir juga munngkin dia dah ada orang lain menyebabkan dia sibuk dan tak ada masa dah nak hubungi aku."
"Tak baik kau fikir macam tu. Itu macam doa kau tahu. Kalau Allah makbulkan baru kau tahu."
"Betul cakap Nini tu Laela. Tunggu la sehari dua lagi nanti dia hubungi la kau tu."

Pujukan kawannya itu berjaya membuang prasangka yang mula bersarang dalam hati Laela. Namun prasangka itu masih mengusik nalurinya. Tidak dia tahu mengapa. Sehingga membawa ke dalam mimpi. Dalam doanya memohon supaya dihindari prasangka itu.

Sudah sebulan Ejoi menyepi diri. Tidak dia tahu mengapa. Telefon tidak berjawab, mesej juga tidak berbalas. Laela hilang punca mahu bagaimana lagi untuk mengetahui keadaan Ejoi di sana bagaimana. Apakah Ejoi melupai dirinya. Hari indahnya sudah diselaputi awan hitam. Mungkin hujan kan turun. Tiba-tiba inbox e-mailnya berbunyi menandakan ada e-mail yang masuk. Mungkinkah dari Ejoi. hatinya berbunga riang. Laela cepat-cepat menanggalkan telekung sembahyangnya. Dirasakan tidak sabar untuk mengetahui gerangan apa yang dilakukan oleh Ejoi sehingga tidak menghubunginya begitu lama.

~assalamualaikum...
salam untuk Laela penuh kemaafan dari Ejoi. Maafkan Ejoi kerana lama menyepi agak lama. Bukan tidak merindui Laela tapi Ejoi sibuk di sini. Laela, Ejoi tak bagaimana nak cakap pada Laela tentang perkara ini. Tapi Ejoi harus bagitahu pada Laela. Benar dan sungguh Ejoi menyintai dan menyayangi Laela.~

Laela terasa lega kerana Ejoi tidak menghubunginya kerana kesibukan dan yang paling penting Ejoi masih menyintainya. Terasa mahu dijeritnya satu alam ini bahawa dialah wanita yang baling bahagia kini. Namun Laela masih belum menghabiskan surat di laman maya itu. Dia kembali meneruskannya.

~Tapi Ejoi gagal untuk mempertahankan cinta itu Laela. Ejoi tewas. Dunia perantau ini begitu banyak cubaan sehingga membuatkan Ejoi alpa. Ejoi minta maaf sekali lagi kerana gagal menunaikan janji yang Ejoi ucapkan.~

Kegembiraan sebentar tadi lenyap dan lebur bagai debu. Debaran di dada Laela semakin kencang. Apakah prasangka nya benar? Apakah mimpinya sudah menjadi realiti. Laela harus menamatkan surat maya itu agar dia jelas tentang kedudukan yang sebenar.

~Maafkan Ejoi kerana melukakan hati Laela. Laela lupakan Ejoi. Jika aa lelaki lain yang lebih layak gantikanlah tempat Ejoi dengan lelaki itu. Ejoi sudah berkahwin di sini. Itu sahaja yang mampu Ejoi jelaskan dan harap Laela lupakan Ejoi dan bina hidup baru. Jangan tunggu Ejoi lagi. Salam sayang dari Ejoi.~

"Aaaaaaa...lelaki semuanya sama. Penipu. aku benci kau!"

Jeritan kuat itu membuatkan Ayu dan Nini terkejut. Mereka meluru menuju ke bilik Laela. Menerpa lAela dan bertanya akan masalah yang dihadapi sehingga sahabatnya itu berada dalam keadaan yang diluar jangkaan. Laela tidak pernah sebegitu. tidak pernah mengamuk sebegitu. Laela menunjukkan E-mail yang baru selesai dibacanya itu pada Ayu dan Nini. Kedua-dua mereka terkejut dan bersimpati pada nasib Laela. Disangkakan Ejoi tidak membuat onar tapi rupanya sama sahaja. Ayu dan Nini puas memujuk Laela dan akhirnya Laela tenang dalam dakapan mereka.

Rupanya prasangka yang menghantui nalurinya saban waktu adalah petanda yang hari bahagianya sudah berakhir. Sudah seminggu dia dia tidak bekerja. Melayan perasaan gulananya. Sudah puas Ayu dan Nini memujuk.

"Ayu, Nini. Aku nak minta maaf dengan korang. Aku nak berhenti kerja dan balik kampung."
"Kau biar betul Laela. Takkan kerana jantan tu kau nak musnahkan masa depan kau.?"
"Aku nak memulakan hidup baru. Dan hidup baru aku akan bermula di kampung."
"Apa yang kau boleh buat di kampung kau tu.."
"Macam-macam ada. Aku harap kau faham. Kau jangan risau aku tak akan buar kerja-kerja bodoh k. Aku ok. Memang lah aku merana tahap gila. Hanya dengan berada di kampung aku mampu mengubati hati aku."
"Kalau dah itu keputusan kau aku hanya menyokong kau dari belakang."

Nini hanya menggangguk tanda bersetuju. mereka bertiga berpelukan. Lama. Saatnya mereka bertiga berpecah dan Laela akan membawa haluannya selepas kecewa. Semoga hidup baru nanti lebih ceria dan bahagia untuk dirinya.  Laela sendiri yang memujuk hatinya kini. Selamat tinggal kenangan.

Khamis, 24 Mac 2011

cerpen-demi cinta laela

(cerpen ni saya hasilkan ketika di tahun akhir pengajian. harapnya anda gumbira dengan sebuah cerita mudah ni..Insya Allah jika ada pleuang akan menyusul siri yang seterusnya...)

Laela termenung jauh di jendela rumahnya. Entah apa yang difikitkan, Ayu mendekatinya, cuba menyelami kegusaran sahabat tercinta. Tubir mata Laela kelihatan bergenang. Menangis lagi. Semenjak dua menjak ini Laela seringkali menyendiri dan bersedih. Ayu pening memikirkan perubahan sahabatnya. Laela tidak sepatahpun menceritakan masalah yang dihadapinya walaupun Ayu mendesak.

Nini juga sudah puas bertanya akan masalahnya, tapi Laela hanya dian dan membisu. Kata Laela hanya masalah kecil je, dia mampu menyelesaikannya. Ah, jika kecil mana mungkin Laela akan berkeadaan begitu sepanjang hari. Walau apa cara sekalipun dia akan memaksa Laela akan memaksa Laela untuk menceritakan apa yang mengganggu jiwa sahabatnya itu.

"Laela...kalau masih anggap kami sahabat, ceritakanlah pada kami apa masalah yang kau fikir. Aku dah sakit mata tengok kau monyok macam ni."
"Aku tak ada masalah Ayu, Nini, aku ok."
"Kau jangan nak bohong orang yang celik macam aku dan Nini ni. Kau nak tipu orang buta takpe..."
"Kau ada masalah dengan Ejoi ek..." Nini cuba mmebuat serkap jarang.
"Kenapa korang nak kaitkan dengan Ejoi. Dia kawan jela, aku dengan dia ok. Macam biasa je."
"Laela, kita kawan dah lama. Aku dan Nini sedia membantu kalau kau ada masalah. Ceritakanlah pada kami. Aku tahu Laela, kau ada masalah.Sampai bila kau nak pendam macam ni."
"Sudahlah Ayu, Laela mungkin tidak memerluka kita lagi. Jom kita keluar. Kalau dia rasa kita kawan dia, dah lama dia ceritakan pada kita. Tak kiralah masalah tu besar ke kecil."

Nini menarik tangan Ayu menuju ke bilik, Laela ditinggalkan terkebil-kebil di biliknya. Sengaja Nini melakukannya untuk mengajar Laela erti sebenar persahabatan, yang sanggup menghadapi susah senang bersama.
Seketika kemudian Laela menjenguk kepala di pintu bilik mereka. Ayu dan Nini sering tidur di bilik yang sama walaupun masing-masing ada bilik sendiri.

"Boleh aku masuk?"
Ayu dan Nini saling berpandangan. Mereka tersenyum. "Masuklah Laela kalu kau rasa kami kawan kau." Nini masih meneruskan niatnya untuk cuba mengumpan Laela supaya menceritakan masalahnya. Dia faham tentang Laela yang tidak senang jika hati sahabatnya terguris.

"Aku minta maaf kalau aku buat korang tersinggung. bukan niat aku nak merahsiakan dari korangtapi aku tak nak korang menanggung bebannya juga."
"Laea..kita dah lama kawan...takkan kau masih..ah, malas aku nak cakap dengan kau!" Nini bangun cuba meninggalkan Laela, namun sempat ditahan oleh Laela.
"Aku faham Nini, Ayu...tapi, aku bingung nak memikirkannya."
"Apa masalah kau sebenarnya?"
"Farid nak kembali dalam hidup aku."
"What!!" Ayu dan Nini melopong. terkejutnya bukan sedikit.
"Kot ya pun kau terkejut, tutup la mulut tu, nanti tak pasal-pasal kau telan nyamuk malam-malam buta ni." Laela masih mampu berseloroh.
"Betul apa yang aku dengar ni Laela..."

Laela menceritakan segala-galanya pada malam itu. Farid Hashim gila talak. Laela mati kutu bila Farid datang kembali ingin menjadi kekasihnya untuk kali kedua. Memang dulu dia menyintai pemuda itu hampir seluruh jiwanya. Sengsaranya hanya Tuhan saja yang tahu bila Farid memutuskan untuk meninggalkannya kerana gadis lain yang lebih cantik daripadanya. Sekarang ni dia bingung untuk membuat keputusan. Farid saban hari mengganggu dan mendesak untuk kembali ke pangkuannya. Mungkin dan tak mungkin dia akan kembali.

Nini dan Ayu melarang keras kalau-kalau dia ada niat untuk menerimasemula Farid. Tapi dia masih manyayangi. Sukar baginya untuk meluputkan kenangan cinta Farid di hatinya. Tujuh tahun menyemai cinta bersama Farid, sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Farid berubah bila dia berjaya melangkah kaki ke menara gading yang berasingan. Farid tewas dalam mempertahankan cinta mereka dan menduakan Laela. Air mata Laela menitis lagi. Benar dia masih menyintai Farid tapi lelaki itu telah melukai hati wanitanya.

Dia bingung memikirkan tentang Farid. Kenapa lelaki itu mesti kembali dalam hidupnya untuk kali kedua setelah dia betah berdiri tanpa lelaki itu. Kehadirannya membuatkan luka Laela berdarah kembali. dia takut untuk menerima semula cinta lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Nini dan Ayu juga melarang keras dia menerima Farid semula.

"Laela, aku rasa tak patut kau terima semula Farid. Dia dah banyak melukai hati kau dulu."
"Betul cakap Ayu tu Laela, kalau kau terima dia semula mungkin dia akan melakukan seperti mana dulu. Aku sebagai sahabat hanya menasihati sahaja, ia terpulang pada kau."
"Kau fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan."
"Tapi aku sayang dia Nini, Ayu. Tujuh tahun kisah cinta kami, kami lalui bersama, tapi...."
"Tapi tujuh tahun tu tak memberi apa-apa input pun pada kau. Dia tinggalkan kau. Ada dia terfikir tujuh tahun tu sebelum dia tinggalkan kau. Sekarang bila dia gila talak dia nak ungkit perkara yang tujuh tahun tu. Kau fikirlah semasak-masaknya Laela. Keputusan di tangan kau. Ini untuk masa depan kau."
"Laela...keputusan memang di tangan kau, kami sebagai sahabat tak nak kau bersedih lagi selepas ni. Tak mustahil dia akan mengulanginya. Kau fikirlah sendiri. Kami hanya menasihati.

Laela hanya memandang siling yang putih itu dengan pandangan yang berbagai. Kepalanya ligat memikirkan apa yang diperkatakan temannya tadi. Mungkin benar Farid akan mengulangi perbuatannya. Dan dia tidak rela diakiti untuk kali yang kedua.
********************************
Tika dia sedih memikirkan tentang kehilangan Farid dulu, Ejoi datang mencurahkan cinta. Kenapa Ejoi datang sekarang. Ah.....dia bingung antara Farid dan Ejoi.

"Laela, Ejoi sayang Laela. Tapi Ejoi takut nak cakap. Ejoi tahu cinta Laela masih pada Farid tapi Ejoi akan tunggu sampai pintu hati Laela terbuka untuk Ejoi."
"Apa mimpi Ejoi ni cakap mengarut macam ni. Bagi Laela Farid dah mati. Tiada Farid lagi dalam hati Laela. Dan tidak akan ada lelaki lagi dalam hati LAela buat masa sekarang. Laela ingin bebas begini...."
"Tapi sampai bila Laela?"
"Sampai bila-bila pun tak apa Ejoi, Laela tak ingin lagi disakiti..."
"Tapi Ejoi janji tak akan menyakiti Laela, Ejoi janji akan jaga Laela."
"Farid pun pernah berjanji, tapi apa yang berlaku sekarang? Jangan berjanji Ejoi kalau belum pasti akan tunaikan."
"Ejoi dan Farid adalah orang yang berbeza Laela. Ejoi adalah Ejoi dan tak sama dengan Farid."
"Lelaki...Ejoi, sama!"
"Tak semua lelaki sama Laela, fikirkanlah. Ejoi bagi Laela masa untuk fikirkan. Ejoi akan tunggu seberapa lama lagi."

Kenangan dua tahun lalu itu kembali mengetuk pintu hati Laela. Tiada siapa yang tahu tentang perkara ini. Ayu dan Nini juga tidak tahu tentang hal ini. Dia tidak pernah menceritakannya. Pada dia biarlah dia menyimpannya sendirian, tidak perlu tergesa-gesa menceritakan kepada kawannya itu. Hubungan dia dan Ejoi biasa sahaja. Selepas hari itu Ejoi tidak lagi mengungkit tentang perkara itu. Mungkin Ejoi tidak serius dalam meluahkan isi hatinya.

Ejoi sahabat yang disayanginya dan tidak mungkin lebih dari itu. Pernah dia cuba menggantikan tempat Farid dengan Ejoi tetapi dia tidak dapat memaksa hatinya untuk menyayangi Ejoi seperti mana dia menyayangi Farid. Tetapi Farid adalah lelaki pendusta.

Ejoi tidak lagi menghubunginya kini setelah setahun berada di perantauan. Kadang-kadang dia rindukan Ejoi. Sebelum ini mereka sering berhubung. Laela tidak betah lagi berdiam bila tiada khabar dari Ejoi.

"Laela!" Laela berpaling ke arah datangnya suara itu. Suara yang pernah membuatkan jantungnya bergetar satu waktu dulu.
"Dengar dulu apa yang abang nak cakap, lepas ni terpulangla pada Laela nak terima abang ataupun tidak"
"Herm....abang...Laela tak pernah ada abang. Tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan Farid. Semuanya dah jelas. Laela tak akan ubah sebarang keputusan yang Laela buat. Bila Laela menyayangi, Laela akan betul-betul menyayangi. Dan bila membenci, usah datang seribu alasan, Laela tidak akan menerimanya."
"Abang..."
"Sudah! Laela tidak pernah ada abang. Pergilah...jangan ganggu Laela lagi. Laela dah bahagia sekarang dengan hidup Laela,dengan...."
"Dengan siapa Laela. Cakap!" Keras nada suara Farid. Tangan Laela digenggam kuat.
"Lepas Laela Farid. Laela tak suka macam ni. Lepas!" Dia merentap kasar tangannya dari genggaman Farid. Dia melangkah meninggalkan Farid, tak guna melayan lelaki yang gila talk macam Farid.
"Laela dengar dulu apa yang abang nak cakap ni." Farid menghalang langkahnya.
"Laela tak perlukan penjelasan. Semuanya dah jelas, dan untuk pengetahuan awak Encik Farid bin Hashim,  Nur Suci Laela Abdullah akan menjadi tunangan orang. Jangan ganggu Laela lagi, faham!" Dia melangkah pantas. Dia mencari satu bala lagi. Pening dia memikirkan hal itu.

Ayu dan Nini tumpang gelisah melihat Laela tidak senang duduk. Selepas bangun dia duduk, kemudia dia bangun lagi. Risau mereka dibuatnya. Dalam kegelisahan itu Laela tidak henti-henti mengunyah.

"Laela, kau ni risau apa. Makan tak henti." Kemudian merek sama-sama ketawa.
"Kalau Farid tanya korang, pandai-pandai lah korang kelentong ya, belasah je nama sapa-sapa yang terlintas pada korang."
"Apa susah Laela, kan aku dah cakap Ejoi ada. Mana tahu jadi betul-betul dengan Ejoi."
"Ops...mulut celupar kau. Takkan Ejoi nak suka aku, selekeh macam ni."
"Kalau dia suka kau, kau terima tak?"
"Erm...sebenarnya kan dulu Ejoi pernah cakap yang dia sukakan aku. Saja akau taknak cakap kat korang sebab benda tak tahu hujung pangkal..."

Belum habis Laela bercerita Ayu dan Nini sudah menerkamnya.
"Ooo...pandai berahsia ya..hah! Kau ingat kami tak tau pasal kau dan Ejoi? Kau memang tak cakap tapi kami tahu..."
"Mana korang tahu, Ejoi cerita ek?"
"Ok..ok..serius sekarang ni, jangan gelak. Dewan parlimen nak bersidang."
"Banyakla kau punya dewan parlimen. Izin laluan yang dipertua..."
"Dah Ayu, Nini. Kau rasalah kan Ejoi masih seperti dulu ke dah berubah?"
"Entahlah Laela, kau masih berhubung dengan dia ke?"
"Kami e-mail je. Dia jauh diperantauan kan..?"
"Terimalah dia Laela, dah lama dia tunggu kau kan, aku dengan Nini bukan apa...kami tumpang gembira kalau kau bahagia."
"Mungkin dia dah lupakan aku. Dah lama dia tak hubungi aku. E-mail aku dah lama dia tak balas. Mungkin dia dah lupakan aku. Janji hanya tinggal janji."
"Janji? Apa yang dia janji dengan kau..."
"Dia janji akan menunggu sehingga hati aku terbuka untuk menerima dia. Tapi sekarang ni dia dah tak hubungi aku. Aku berharap dia akan pulang dan mengulangi apa yang pernah dia cakap pada aku dulu. Tapi sekarang entahlah. Mungkin dia sudah bosan menanti. Dia pun sama macam Farid."
"Kalau dia pulang dan ucapkan lagi pada kau macam mana?"
"Kadang-kadang aku rindukan dia. Tapi aku yakin dia tak akan pulang. Mungkin sayang yang dia ucapkan dulu dah tak ada. Sebenarnya aku sudah mula menerima dan menyayangi dia."
"Betul apa yang kaua cakapkan ni Laela?"
"Kalau betulpun tak ada gunanya Ayu, Nini. Dah la bincang pasal dia. Kalau Farid tanya tentang aku cakap je Ejoi tu tunang aku. Dia bukan kenal pun. Ejoi pun bukannya tahu. kalau dia betul-betul tunang aku kan bagus."

Ayu dan Nini saling berpandangan. Laela sudah mula menerima Ejoi. Sangkaan mereka tepat.
*************************************
Kepulangan Laela disambut gembira oleh ibu dan ayahnya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Urusan kerjanya terlalu banyak sehingga tidak mempunyai kesempatan untuk menjenguk keluarga di kampung. Cuti seminggu akan dimanfaat sepenuhnya untuk bersama keluarga. Petang itu dia bersama Murni ke kebun limau di balakang rumahnya. Kebun milik ayahnya itu yang membawa pertemuan pertamanya dengan Ejoi.

Waktu itu dia sedang mengutip buah limau dengan Murni. Sengaja dia ingin membaling Murni dengan limau buruk. Tapi bukan Murni yang dibaling sebaliknya Ejoi yang kebetulan datang untuk membeli buah limau. Dia ingatkan Murni yang berada di celah pokok, rupanya Ejoi. Habis kepala Ejoi terkena limau buruk. Laela tersenyum bila teringatkan kenangannya bersama Ejoi. Dia mula merindui lelaki itu.

"Kak long, Murni balik dulu.." Sayup kedengaran suara murni menadakan dia telah jauh meninggalkan Laela. Laela berpaling. Terkejutnya bukan sedikit bila sekujur tubuh yang berada di depannya itu. Terlalu dekat sehingga Laela tidak dapat mengimbangi badannya dan hampir terjatuh. Namun sempat disambut oleh tangan sasa lelaki itu. Tangan lelaki itu masih melingkari pinggang Laela. Tapi seketika kemuadia dia melepaskan  lingkaran tangannya, Laela jatuh terduduk.

"Aduh, jahatnya."
"Adilkan, dulu Laela baling limau busuk kat kepala Ejoi." Ejoi duduk bersila di depan Laela yang masih belum bangun.
"Kenapa tiba-tiba muncul depan kita ni. Dah lama tak dengar serita. Maklumlah orang sibukkan."
"Buruknya muka tunang Ejoi kalau merajuk."
"Aik...Bila kita jadi tunang dia, pandai-pandai je buat kenyataan."
"Tak apalah kalau tak nak tunang, kita kahwin terus."
"Malas nak layan Ejoi la, ni apa cerita tiba-tiba muncul ni. Cuba cerita."
"Ok, kita balik dulu. Dah petang ni, rumah cerita!" Ejoi bingks dan menghulur tangan pada Laela. Lama Laela memerhati.
"Hai takkan dah jadi tunang nak segan lagi kot."
"Hoi, Encik Ezrul, kita belum jadi tunang awak!"
"Tak apalah , bakal kan..."
"Malas nak layan."

 Laela bingkas meninggalkan Ejoi. Ejoi laju menyaingi Laela. Mereka berjalan menuju ke rumah. Laela masuk melalu pintu dapur dan Ejoi terus ke depan rumah. Laela menjenguk sekilas ke depan rumah dan melihat Ejoi sedang berborak sesuatu dengan ayahnya. Ejoi bersalaman dengan ayahnya dan pulang. Laela hanya menghantar Ejoi pulang dengan ekor mata.

Lelaki itu yang dirinduinya kini berada di depan mata. Tetapi kenapa? Lama dia tidak dihubungi oleh Ejoi. Alangkah indah andai Ejoi benar-benar menjadi tunangnya. Dia bermonolog sendiri. Ketukan di pintu biliknya menyedarkan Laela. ibunya masuk dan duduk bersebelahannya.

"Barang apa kau nak beli untuk majlis nanti?"
"Majlis apa ni mak?"
"Ish, budak ni. Lusa kan majlis tunang kau. Ejoi tak bagi tahu ke?"
"Hah, Ejoi tak cakap apa-apa pun."
"Hai...budak-budak muda zaman sekarang ni. Esok Ejoi datang nak bawa kau beli cincin." Kemudian ibunya berlalu.

Dasar Ejoi. Bukan nak cakap apa-apa pun. Dah la tak buat apa-apa pesiapan pun...

Pagi itu Ejoi datang seperti yang dikatakan oleh ibunya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Benarkah dia akan menjadi tunangan Ejoi. Dia keluar mendapatkan Ejoi dan kemudian keluar meninggalkan rumah. Geram dihatinya mesti dilepaskan juga.

"Kenapa tak cakap yang Ejoi datang semalam tu berhajat.?"
"Saja."
"Ejoi dah la tak jawab Laela tanya semalam. Geramnya!"
"Betulke nak tahu ni."
"Taklah gurau je.."
"Laela ...Ejoi balik dan datang jumpa Laela hanya satu sebab je...demi cinta Laela!"

Selasa, 22 Mac 2011

sup ayam madu...

Tiba-tiba terasa nak isi ruangan ini dengan resipi paling mudah ni. saja nak berkongsi dengan anda semua....
Senang sangat resipi sup ayam madu ni.
Memula barang yang yang wajib ada ialah:
- ayam dan air (sukatannya ikut berapa banyak yang korang nak makan.)
- 1 sup bunjut
- bawang merah -potong
-bawang putih, halia, buah keras- tumbuk
-kayu manis, bunga lawang
-batang saderi, karot, (paper jer yang korang nak campak bole jer...)
-garam
-madu
-sos tiram


(gambar sebagai ilustrasi shj)  :D


yang ni campak terus dalam periuk...:)

langkah demi langkah tuk menjadi sup ialah:
-basuh ayam sampai bersih dan masuk dalam periuk (guna periuk kaca.)
-masukkan air (kalau nak hirup kuah banyak masukkan lebih)
-masaklah atas api dan masukkan bunjut.
-masukkan sekali segala jenis bawang, halia, buah keras, kayu manis, bunga lawang
-reneh sampai masak dan kuah jadi sedikit pekat.
-bila dah masak, masukkan sos tiram dan garam. reneh lagi sekejap
- last sekali tuang madu dalam sup tu..kacau biar sebati dan tutp api gas.
Tip: Madu jangan letak banyak sangat nanti korang punye sup manis plak. Letak sikit-sikit dan rasa dulu.

Korang juga kena guna periuk kaca dan senduk kayu or plastik. Besi tak boleh guna untuk madu. Nanti khasiatnya hilang. mangkuk pun guna yang kaca/plastik gak. Termasuk sudu pon.

Ini saja ikhlas dari saya. Nanti resipi lain akan menyusul. InsyaAllah...

wahai adik-adikku.

Malam tadi secara tidak sengaja saya ter-menonton rancangan akhir adik-adikku musim ke2. Musim pertama memang tengok. Sebenarnya saya tunggu nak tengok trilogi cinta. Oleh kerana rancangan sume tv tak brapa best jadi sy layan jer adikku itu. Tupon tengok sikit 2-3 org peserta jer. Yang sempat tengok Siha, Munir dan ada sorang lagi yg puas nak ingat nama dia ni tp masih tak ingat juge...{fitrah semulajadi manusia tu pelupa.:]}...

Tahniah kepada Adik-adikku kerana berani menampilkan idea bernas dan berani beraksi dengan baik sekali. Dan tahniah juga kepada Murabi kerana berjaya memberi bimbingan yang baik. Sebetulnya kalau turun pun Murabbi dari ceruk mana pun kalau tiada kemahuan dan kehendak dari Adikku, tidak akan sampai ke peringkat setinggi itu. tahniah kepada semua.

Bakat Adikku tidak terpendam di sudut sahaja bila adanya program seperti ini. pelbagai kebolehan yang dicungkil. Petah bercakap, menyanyi, menari, bermain alat muzik dan yang menghiburkan saya adalah penyampaian lagu urdu oleh peserta musin pertama. Sangat comel tarian mereka. tahniah dan syabas..

Yang menarik perhatian saya juga adalah penampilan istimewa Siti Nurhaliza yang bertudung penuh. Dalam erti kata sebenar tidak nampak jambul. CANTIK. Kehebatan Siti menyampaikan lagu ermmm...saya dah lupa tajuknya. Saya ni susah sikit ingat tajuk lagu..hheheh. Best lagu tu...(nak cari nanti). Rasanya kalau Siti terus dengan penampilan seperti malam tadi tu, tidak akan menjejaskan apa-apa dalam dunia seni dan bisnes dia. Dia lebih cantik dengan bertudung penuh dari pakai serkup sekerat tu..(ala-ala mek aku g mnoreh getoh jah) huhu. jangan marah yer....

Satu lagi yang menarik juga ialah Isteri PM yang datang pakai baju jubah ala klawar kaler hijau pekat. Cantik baju dia.. Selendang pon cantik tapi yang tak cantikknya jambul jer keluar.. huhuhu. Apa yang saya nampak isteri PM ni suka ke budak-budak. Tambah-tambah lagi bila Munir menyampaikan 'ceramah' nya yang bertajuk permata ummah tu. Ala-ala permata negara gitu... memang menang la budah Munir tu. Bukan sebab bodek tapi gaya penyampaian dia memang baik dan menarik...Sampaikan isteri PM ni dah merancang nk kedepankan bakat adikku ini sampai keluar negara. Usaha murni tu... Semoga berjaya...

Tiba-tiba teringat akan nasib adikku yang berada di negeri di bawah bayu ni. Dalam ala-ala setahun duk sini, banyak yang saya perhatikan. Terutama adikku yang di Sabah ni. Saya mudah tersentuh tentang isu pengabaian terhadap kanak-kanak ni. Diorang kat sini macam tidak terurus. Berkeliaran sana sini mencari duit. di Sinsuran terutamanya, bila membeli barang adikku ini akan datang kepada kita minta nak bawa barang dan minta upah. Saya bagi jer duit sebab kesian tapi bukan bagi kat semua la. pokai gak saya pon... Satu lagi kat pasaraya kegemaran saya di sini. adikku ni akan ikut kita yang bawa troli jauh. nanti dia akan minta untuk hantar troli ni dan duitnya dia amik. satu troli diunya RM1. Terfikir juga kenapa mak bapa diorang ni biarkan je.. Tapi terfikir lagi sekali, agaknya diorang ni orang susah. Kalau orang kaya mesti siang malam hantar anak pegi kelas. Bila difikir lagi adikku yang melalui hidup macam diorang ni lebih kuar dan tabah dalam menjalani hidup. dia tidak bergantung harap hanya pada mak bapa untuk mendapatkan wang. semoga adikku ini menjalani kehidupan dengan lebih tabah dan baik...amin.

Kena berhenti membebel di sini dulu. MAu layan periuk dan kuali sekejap.
menu hari ini ialah sup ayam dan sayur kubis. Itu sahaja yang masih tinggal dalam peti..heheheh.
Wassalam

Isnin, 21 Mac 2011

senja sejuk..

dr lelaki ke dr pompuan?

untuk kesekian kalinya kena lagi berdepan dengan doktor gg. Terpaksa, nak wat guana dh masa kecik-kecik dolu tak berapa rajin nk jaga gg. tapi sebenarnya bukan kerana langsung xjaga gg, fitrah dh tersurat sebagai wanita, gg memang cepat rosak tambahan bila dah melahirkan.
jadi pesan saya kepada anda wanita di luar sana supaya sentiasa menjaga gg dan santaplah makanan yang berkhasiat+kalsium untuk tulang yang sihat.

pada pandangan korangla, dr gg lelaki lagi bagus ke dr gg pompuan lagi bagus?...
bagus tu pada aspek kekemasan dan kecekapan serta kebersihan dan apa-apa yang berkaitan.

saya ada pengalaman berjumpa dengan kedua-dua dr gg ini. sekali dengan dr lelaki dan 3 kali dengan dr pompuan termasuk yang kali ini.

masa jumpa dengan dr lelaki tu dulu saya terdesak. itu sahaja klinik yang terdekat yang ada di kuantan. maka dengan rela hati la saya menyerahkan gg saya untuk dibaikpulih. pulih tu ada tapi baiknyer tidak. sudahla dia menjalanakan rawatan tanpa menggunakan sarung tangan. walaupun dia basuh tangan tapi kan lebih bagus guna sarung tangan. dia buat rawatan tu sambil berdiri sahaja. (mungkin tu cara dia) tapi tidak nampak ketelitian pada kerja yang dilakukan. gg saya jadi comot dan lebihan tampal tu macam berkumpul kat pangkal gg. saya memang tak puas hati lah. dan nekad tak akan pergi lagi ke klinik tu.

kali ni saya pergi dan takdir-Nya saya berjumpa dengan dr pompuan di putatan. alhamdulillah. gg saya yang sama juga dibaikpulih oleh dr yg berlainan. semakin baik walaupun ada sedikit comot.dr pompuan ni pula asyik bercerita/bercakap dengan husben dia sambil buat gg saya. buatnya tersalah langkah, terzappp gusi saya...ngeri nak membayangkannya. tapi Alhamdulillah. dia buat tugas dengan baik walaupon sedikit comot.
taktau la sikit ke banyak. bila saya cuba flos, tak dapat kerana ruang antara gg dah tertutup rapat dengan benda tampal tu. sama saja situasi dengan yang dibuat oleh dr lelaki tu cuma baik sikit jer. mungkin sebab gg saya ni rapat sangat kot...

paper pon terima kasih kepada dr yang pernah merawat gg saya..
nasihat saya jaga gg anda.
macam teringat pulak masa sekolah dulu orang cakap saya pakai gg palsu. macam jadi kenyataan ke apa saya ni akan pakai gg palsu? ya Allah jauhkanlah kalau boleh...

Dunia Baru.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...
Sudah lama saya mengimpikan memiliki ruang ini untuk saya berkongsi apa-apa yang patut sahaja. Tetapi setelah disediakan ruang ini oleh SESEORANG (tq) itu, saya tidak tahu apa yang harus diisi dan dikongsi buat masa sekarang. InsyaAllah ada masa nanti ruangan ini akan diisi dengan sesuatu yang indah, menarik dan bermanfaat. Amin...

Sebenarnya dan sebetulnya saya mahu mengisi ruangan ini dengan hasil kreatif saya. Hobi saya mengarang cerita samada cerpen atau novel. Niat di hati mahu menerbitkan tetapi terasa sukar untuk memulakan langkah untuk menjejak agensi penerbitan. Itu memang halangan yang besar dalam diri yang sukar saya kikis. Lagipun saya bimbang jika hasil minda saya itu tidak dapat diterima.

Akhirnya saya memilih untuk memiliki ruangan ini untuk mencuba mengenengahkan hasil minda saya. Semoga ia mendapat sambutan daripada saya hanya menyimpannya sebagai koleksi diri.

Terima kasih jika anda sudi menjadi sebahagian insan yang sudi untuk menatap ruangan saya ini..
Kena beredar dulu..(nak masak untuk orang-orang tersayang). wassalam..