Hari-hari yang dilalui Laela bagai tiada mendung dan hujan. Ceria, bahagia dan gembira. Selepas dia menjadi tunangan Ejoi dirasakan dunia ini indah belaka. Namun kadang-kadang timbul juga gundah di hatinya. Risau andai Ejoi berubah dan mengalihkan cinta pada insan lain seperti yang pernah Farid lakukan. Tapi Ejoi meyakinkan dirinya bahawa cintanya hanya milik Laela.
Laela mempercayainya dan menaruh harapan tinggi yang suatu masa nanti cinta mereka akan bersatu dengan ikatan suci sebuah perkahwinan. Dia akan buktikan jarak bukan penghalang untuk menyulam cinta. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tiga tahun lagi masa yang harus Laela tunggu untuk merealisasikan impiannya bersama Ejoi.
Masa dirasakan begitu lambat berjalan. Tiga tahun dirasakan begitu lama. Ditambah pula akhir-akhir ini Ejoi jarang menghubunginya. Apakah itu petanda hubungan mereka akan berkubur. Kalau dulu setiap hari mereka akan berhubung. Jika tidak telefon, e-mail dan berbagai macam lagi tak terkecuali poskad dan surat. Tapi sekarang Ejoi hanya diam. E-mail langsung tidak balas. Pernah juga dia menyuarakan pada Ayu dan Nini tentang perkara itu.
"Ala Laela...mungkin joi sibuk kot. Nanti dia dah tak sibuk dia balas la e-mail kau tu."
"Aku pun harap begitu. Tapi kadang-kadang aku terfikir juga munngkin dia dah ada orang lain menyebabkan dia sibuk dan tak ada masa dah nak hubungi aku."
"Tak baik kau fikir macam tu. Itu macam doa kau tahu. Kalau Allah makbulkan baru kau tahu."
"Betul cakap Nini tu Laela. Tunggu la sehari dua lagi nanti dia hubungi la kau tu."
Pujukan kawannya itu berjaya membuang prasangka yang mula bersarang dalam hati Laela. Namun prasangka itu masih mengusik nalurinya. Tidak dia tahu mengapa. Sehingga membawa ke dalam mimpi. Dalam doanya memohon supaya dihindari prasangka itu.
Sudah sebulan Ejoi menyepi diri. Tidak dia tahu mengapa. Telefon tidak berjawab, mesej juga tidak berbalas. Laela hilang punca mahu bagaimana lagi untuk mengetahui keadaan Ejoi di sana bagaimana. Apakah Ejoi melupai dirinya. Hari indahnya sudah diselaputi awan hitam. Mungkin hujan kan turun. Tiba-tiba inbox e-mailnya berbunyi menandakan ada e-mail yang masuk. Mungkinkah dari Ejoi. hatinya berbunga riang. Laela cepat-cepat menanggalkan telekung sembahyangnya. Dirasakan tidak sabar untuk mengetahui gerangan apa yang dilakukan oleh Ejoi sehingga tidak menghubunginya begitu lama.
~assalamualaikum...
salam untuk Laela penuh kemaafan dari Ejoi. Maafkan Ejoi kerana lama menyepi agak lama. Bukan tidak merindui Laela tapi Ejoi sibuk di sini. Laela, Ejoi tak bagaimana nak cakap pada Laela tentang perkara ini. Tapi Ejoi harus bagitahu pada Laela. Benar dan sungguh Ejoi menyintai dan menyayangi Laela.~
Laela terasa lega kerana Ejoi tidak menghubunginya kerana kesibukan dan yang paling penting Ejoi masih menyintainya. Terasa mahu dijeritnya satu alam ini bahawa dialah wanita yang baling bahagia kini. Namun Laela masih belum menghabiskan surat di laman maya itu. Dia kembali meneruskannya.
~Tapi Ejoi gagal untuk mempertahankan cinta itu Laela. Ejoi tewas. Dunia perantau ini begitu banyak cubaan sehingga membuatkan Ejoi alpa. Ejoi minta maaf sekali lagi kerana gagal menunaikan janji yang Ejoi ucapkan.~
Kegembiraan sebentar tadi lenyap dan lebur bagai debu. Debaran di dada Laela semakin kencang. Apakah prasangka nya benar? Apakah mimpinya sudah menjadi realiti. Laela harus menamatkan surat maya itu agar dia jelas tentang kedudukan yang sebenar.
~Maafkan Ejoi kerana melukakan hati Laela. Laela lupakan Ejoi. Jika aa lelaki lain yang lebih layak gantikanlah tempat Ejoi dengan lelaki itu. Ejoi sudah berkahwin di sini. Itu sahaja yang mampu Ejoi jelaskan dan harap Laela lupakan Ejoi dan bina hidup baru. Jangan tunggu Ejoi lagi. Salam sayang dari Ejoi.~
"Aaaaaaa...lelaki semuanya sama. Penipu. aku benci kau!"
Jeritan kuat itu membuatkan Ayu dan Nini terkejut. Mereka meluru menuju ke bilik Laela. Menerpa lAela dan bertanya akan masalah yang dihadapi sehingga sahabatnya itu berada dalam keadaan yang diluar jangkaan. Laela tidak pernah sebegitu. tidak pernah mengamuk sebegitu. Laela menunjukkan E-mail yang baru selesai dibacanya itu pada Ayu dan Nini. Kedua-dua mereka terkejut dan bersimpati pada nasib Laela. Disangkakan Ejoi tidak membuat onar tapi rupanya sama sahaja. Ayu dan Nini puas memujuk Laela dan akhirnya Laela tenang dalam dakapan mereka.
Rupanya prasangka yang menghantui nalurinya saban waktu adalah petanda yang hari bahagianya sudah berakhir. Sudah seminggu dia dia tidak bekerja. Melayan perasaan gulananya. Sudah puas Ayu dan Nini memujuk.
"Ayu, Nini. Aku nak minta maaf dengan korang. Aku nak berhenti kerja dan balik kampung."
"Kau biar betul Laela. Takkan kerana jantan tu kau nak musnahkan masa depan kau.?"
"Aku nak memulakan hidup baru. Dan hidup baru aku akan bermula di kampung."
"Apa yang kau boleh buat di kampung kau tu.."
"Macam-macam ada. Aku harap kau faham. Kau jangan risau aku tak akan buar kerja-kerja bodoh k. Aku ok. Memang lah aku merana tahap gila. Hanya dengan berada di kampung aku mampu mengubati hati aku."
"Kalau dah itu keputusan kau aku hanya menyokong kau dari belakang."
Nini hanya menggangguk tanda bersetuju. mereka bertiga berpelukan. Lama. Saatnya mereka bertiga berpecah dan Laela akan membawa haluannya selepas kecewa. Semoga hidup baru nanti lebih ceria dan bahagia untuk dirinya. Laela sendiri yang memujuk hatinya kini. Selamat tinggal kenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan