Laela termenung jauh di jendela rumahnya. Entah apa yang difikitkan, Ayu mendekatinya, cuba menyelami kegusaran sahabat tercinta. Tubir mata Laela kelihatan bergenang. Menangis lagi. Semenjak dua menjak ini Laela seringkali menyendiri dan bersedih. Ayu pening memikirkan perubahan sahabatnya. Laela tidak sepatahpun menceritakan masalah yang dihadapinya walaupun Ayu mendesak.
Nini juga sudah puas bertanya akan masalahnya, tapi Laela hanya dian dan membisu. Kata Laela hanya masalah kecil je, dia mampu menyelesaikannya. Ah, jika kecil mana mungkin Laela akan berkeadaan begitu sepanjang hari. Walau apa cara sekalipun dia akan memaksa Laela akan memaksa Laela untuk menceritakan apa yang mengganggu jiwa sahabatnya itu.
"Laela...kalau masih anggap kami sahabat, ceritakanlah pada kami apa masalah yang kau fikir. Aku dah sakit mata tengok kau monyok macam ni."
"Aku tak ada masalah Ayu, Nini, aku ok."
"Kau jangan nak bohong orang yang celik macam aku dan Nini ni. Kau nak tipu orang buta takpe..."
"Kau ada masalah dengan Ejoi ek..." Nini cuba mmebuat serkap jarang.
"Kenapa korang nak kaitkan dengan Ejoi. Dia kawan jela, aku dengan dia ok. Macam biasa je."
"Laela, kita kawan dah lama. Aku dan Nini sedia membantu kalau kau ada masalah. Ceritakanlah pada kami. Aku tahu Laela, kau ada masalah.Sampai bila kau nak pendam macam ni."
"Sudahlah Ayu, Laela mungkin tidak memerluka kita lagi. Jom kita keluar. Kalau dia rasa kita kawan dia, dah lama dia ceritakan pada kita. Tak kiralah masalah tu besar ke kecil."
Nini menarik tangan Ayu menuju ke bilik, Laela ditinggalkan terkebil-kebil di biliknya. Sengaja Nini melakukannya untuk mengajar Laela erti sebenar persahabatan, yang sanggup menghadapi susah senang bersama.
Seketika kemudian Laela menjenguk kepala di pintu bilik mereka. Ayu dan Nini sering tidur di bilik yang sama walaupun masing-masing ada bilik sendiri.
"Boleh aku masuk?"
Ayu dan Nini saling berpandangan. Mereka tersenyum. "Masuklah Laela kalu kau rasa kami kawan kau." Nini masih meneruskan niatnya untuk cuba mengumpan Laela supaya menceritakan masalahnya. Dia faham tentang Laela yang tidak senang jika hati sahabatnya terguris.
"Aku minta maaf kalau aku buat korang tersinggung. bukan niat aku nak merahsiakan dari korangtapi aku tak nak korang menanggung bebannya juga."
"Laea..kita dah lama kawan...takkan kau masih..ah, malas aku nak cakap dengan kau!" Nini bangun cuba meninggalkan Laela, namun sempat ditahan oleh Laela.
"Aku faham Nini, Ayu...tapi, aku bingung nak memikirkannya."
"Apa masalah kau sebenarnya?"
"Farid nak kembali dalam hidup aku."
"What!!" Ayu dan Nini melopong. terkejutnya bukan sedikit.
"Kot ya pun kau terkejut, tutup la mulut tu, nanti tak pasal-pasal kau telan nyamuk malam-malam buta ni." Laela masih mampu berseloroh.
"Betul apa yang aku dengar ni Laela..."
Laela menceritakan segala-galanya pada malam itu. Farid Hashim gila talak. Laela mati kutu bila Farid datang kembali ingin menjadi kekasihnya untuk kali kedua. Memang dulu dia menyintai pemuda itu hampir seluruh jiwanya. Sengsaranya hanya Tuhan saja yang tahu bila Farid memutuskan untuk meninggalkannya kerana gadis lain yang lebih cantik daripadanya. Sekarang ni dia bingung untuk membuat keputusan. Farid saban hari mengganggu dan mendesak untuk kembali ke pangkuannya. Mungkin dan tak mungkin dia akan kembali.
Nini dan Ayu melarang keras kalau-kalau dia ada niat untuk menerimasemula Farid. Tapi dia masih manyayangi. Sukar baginya untuk meluputkan kenangan cinta Farid di hatinya. Tujuh tahun menyemai cinta bersama Farid, sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Farid berubah bila dia berjaya melangkah kaki ke menara gading yang berasingan. Farid tewas dalam mempertahankan cinta mereka dan menduakan Laela. Air mata Laela menitis lagi. Benar dia masih menyintai Farid tapi lelaki itu telah melukai hati wanitanya.
Dia bingung memikirkan tentang Farid. Kenapa lelaki itu mesti kembali dalam hidupnya untuk kali kedua setelah dia betah berdiri tanpa lelaki itu. Kehadirannya membuatkan luka Laela berdarah kembali. dia takut untuk menerima semula cinta lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Nini dan Ayu juga melarang keras dia menerima Farid semula.
"Laela, aku rasa tak patut kau terima semula Farid. Dia dah banyak melukai hati kau dulu."
"Betul cakap Ayu tu Laela, kalau kau terima dia semula mungkin dia akan melakukan seperti mana dulu. Aku sebagai sahabat hanya menasihati sahaja, ia terpulang pada kau."
"Kau fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan."
"Tapi aku sayang dia Nini, Ayu. Tujuh tahun kisah cinta kami, kami lalui bersama, tapi...."
"Tapi tujuh tahun tu tak memberi apa-apa input pun pada kau. Dia tinggalkan kau. Ada dia terfikir tujuh tahun tu sebelum dia tinggalkan kau. Sekarang bila dia gila talak dia nak ungkit perkara yang tujuh tahun tu. Kau fikirlah semasak-masaknya Laela. Keputusan di tangan kau. Ini untuk masa depan kau."
"Laela...keputusan memang di tangan kau, kami sebagai sahabat tak nak kau bersedih lagi selepas ni. Tak mustahil dia akan mengulanginya. Kau fikirlah sendiri. Kami hanya menasihati.
Laela hanya memandang siling yang putih itu dengan pandangan yang berbagai. Kepalanya ligat memikirkan apa yang diperkatakan temannya tadi. Mungkin benar Farid akan mengulangi perbuatannya. Dan dia tidak rela diakiti untuk kali yang kedua.
********************************
Tika dia sedih memikirkan tentang kehilangan Farid dulu, Ejoi datang mencurahkan cinta. Kenapa Ejoi datang sekarang. Ah.....dia bingung antara Farid dan Ejoi.
"Laela, Ejoi sayang Laela. Tapi Ejoi takut nak cakap. Ejoi tahu cinta Laela masih pada Farid tapi Ejoi akan tunggu sampai pintu hati Laela terbuka untuk Ejoi."
"Apa mimpi Ejoi ni cakap mengarut macam ni. Bagi Laela Farid dah mati. Tiada Farid lagi dalam hati Laela. Dan tidak akan ada lelaki lagi dalam hati LAela buat masa sekarang. Laela ingin bebas begini...."
"Tapi sampai bila Laela?"
"Sampai bila-bila pun tak apa Ejoi, Laela tak ingin lagi disakiti..."
"Tapi Ejoi janji tak akan menyakiti Laela, Ejoi janji akan jaga Laela."
"Farid pun pernah berjanji, tapi apa yang berlaku sekarang? Jangan berjanji Ejoi kalau belum pasti akan tunaikan."
"Ejoi dan Farid adalah orang yang berbeza Laela. Ejoi adalah Ejoi dan tak sama dengan Farid."
"Lelaki...Ejoi, sama!"
"Tak semua lelaki sama Laela, fikirkanlah. Ejoi bagi Laela masa untuk fikirkan. Ejoi akan tunggu seberapa lama lagi."
Kenangan dua tahun lalu itu kembali mengetuk pintu hati Laela. Tiada siapa yang tahu tentang perkara ini. Ayu dan Nini juga tidak tahu tentang hal ini. Dia tidak pernah menceritakannya. Pada dia biarlah dia menyimpannya sendirian, tidak perlu tergesa-gesa menceritakan kepada kawannya itu. Hubungan dia dan Ejoi biasa sahaja. Selepas hari itu Ejoi tidak lagi mengungkit tentang perkara itu. Mungkin Ejoi tidak serius dalam meluahkan isi hatinya.
Ejoi sahabat yang disayanginya dan tidak mungkin lebih dari itu. Pernah dia cuba menggantikan tempat Farid dengan Ejoi tetapi dia tidak dapat memaksa hatinya untuk menyayangi Ejoi seperti mana dia menyayangi Farid. Tetapi Farid adalah lelaki pendusta.
Ejoi tidak lagi menghubunginya kini setelah setahun berada di perantauan. Kadang-kadang dia rindukan Ejoi. Sebelum ini mereka sering berhubung. Laela tidak betah lagi berdiam bila tiada khabar dari Ejoi.
"Laela!" Laela berpaling ke arah datangnya suara itu. Suara yang pernah membuatkan jantungnya bergetar satu waktu dulu.
"Dengar dulu apa yang abang nak cakap, lepas ni terpulangla pada Laela nak terima abang ataupun tidak"
"Herm....abang...Laela tak pernah ada abang. Tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan Farid. Semuanya dah jelas. Laela tak akan ubah sebarang keputusan yang Laela buat. Bila Laela menyayangi, Laela akan betul-betul menyayangi. Dan bila membenci, usah datang seribu alasan, Laela tidak akan menerimanya."
"Abang..."
"Sudah! Laela tidak pernah ada abang. Pergilah...jangan ganggu Laela lagi. Laela dah bahagia sekarang dengan hidup Laela,dengan...."
"Dengan siapa Laela. Cakap!" Keras nada suara Farid. Tangan Laela digenggam kuat.
"Lepas Laela Farid. Laela tak suka macam ni. Lepas!" Dia merentap kasar tangannya dari genggaman Farid. Dia melangkah meninggalkan Farid, tak guna melayan lelaki yang gila talk macam Farid.
"Laela dengar dulu apa yang abang nak cakap ni." Farid menghalang langkahnya.
"Laela tak perlukan penjelasan. Semuanya dah jelas, dan untuk pengetahuan awak Encik Farid bin Hashim, Nur Suci Laela Abdullah akan menjadi tunangan orang. Jangan ganggu Laela lagi, faham!" Dia melangkah pantas. Dia mencari satu bala lagi. Pening dia memikirkan hal itu.
Ayu dan Nini tumpang gelisah melihat Laela tidak senang duduk. Selepas bangun dia duduk, kemudia dia bangun lagi. Risau mereka dibuatnya. Dalam kegelisahan itu Laela tidak henti-henti mengunyah.
"Laela, kau ni risau apa. Makan tak henti." Kemudian merek sama-sama ketawa.
"Kalau Farid tanya korang, pandai-pandai lah korang kelentong ya, belasah je nama sapa-sapa yang terlintas pada korang."
"Apa susah Laela, kan aku dah cakap Ejoi ada. Mana tahu jadi betul-betul dengan Ejoi."
"Ops...mulut celupar kau. Takkan Ejoi nak suka aku, selekeh macam ni."
"Kalau dia suka kau, kau terima tak?"
"Erm...sebenarnya kan dulu Ejoi pernah cakap yang dia sukakan aku. Saja akau taknak cakap kat korang sebab benda tak tahu hujung pangkal..."
Belum habis Laela bercerita Ayu dan Nini sudah menerkamnya.
"Ooo...pandai berahsia ya..hah! Kau ingat kami tak tau pasal kau dan Ejoi? Kau memang tak cakap tapi kami tahu..."
"Mana korang tahu, Ejoi cerita ek?"
"Ok..ok..serius sekarang ni, jangan gelak. Dewan parlimen nak bersidang."
"Banyakla kau punya dewan parlimen. Izin laluan yang dipertua..."
"Dah Ayu, Nini. Kau rasalah kan Ejoi masih seperti dulu ke dah berubah?"
"Entahlah Laela, kau masih berhubung dengan dia ke?"
"Kami e-mail je. Dia jauh diperantauan kan..?"
"Terimalah dia Laela, dah lama dia tunggu kau kan, aku dengan Nini bukan apa...kami tumpang gembira kalau kau bahagia."
"Mungkin dia dah lupakan aku. Dah lama dia tak hubungi aku. E-mail aku dah lama dia tak balas. Mungkin dia dah lupakan aku. Janji hanya tinggal janji."
"Janji? Apa yang dia janji dengan kau..."
"Dia janji akan menunggu sehingga hati aku terbuka untuk menerima dia. Tapi sekarang ni dia dah tak hubungi aku. Aku berharap dia akan pulang dan mengulangi apa yang pernah dia cakap pada aku dulu. Tapi sekarang entahlah. Mungkin dia sudah bosan menanti. Dia pun sama macam Farid."
"Kalau dia pulang dan ucapkan lagi pada kau macam mana?"
"Kadang-kadang aku rindukan dia. Tapi aku yakin dia tak akan pulang. Mungkin sayang yang dia ucapkan dulu dah tak ada. Sebenarnya aku sudah mula menerima dan menyayangi dia."
"Betul apa yang kaua cakapkan ni Laela?"
"Kalau betulpun tak ada gunanya Ayu, Nini. Dah la bincang pasal dia. Kalau Farid tanya tentang aku cakap je Ejoi tu tunang aku. Dia bukan kenal pun. Ejoi pun bukannya tahu. kalau dia betul-betul tunang aku kan bagus."
Ayu dan Nini saling berpandangan. Laela sudah mula menerima Ejoi. Sangkaan mereka tepat.
*************************************
Kepulangan Laela disambut gembira oleh ibu dan ayahnya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Urusan kerjanya terlalu banyak sehingga tidak mempunyai kesempatan untuk menjenguk keluarga di kampung. Cuti seminggu akan dimanfaat sepenuhnya untuk bersama keluarga. Petang itu dia bersama Murni ke kebun limau di balakang rumahnya. Kebun milik ayahnya itu yang membawa pertemuan pertamanya dengan Ejoi.
Waktu itu dia sedang mengutip buah limau dengan Murni. Sengaja dia ingin membaling Murni dengan limau buruk. Tapi bukan Murni yang dibaling sebaliknya Ejoi yang kebetulan datang untuk membeli buah limau. Dia ingatkan Murni yang berada di celah pokok, rupanya Ejoi. Habis kepala Ejoi terkena limau buruk. Laela tersenyum bila teringatkan kenangannya bersama Ejoi. Dia mula merindui lelaki itu.
"Kak long, Murni balik dulu.." Sayup kedengaran suara murni menadakan dia telah jauh meninggalkan Laela. Laela berpaling. Terkejutnya bukan sedikit bila sekujur tubuh yang berada di depannya itu. Terlalu dekat sehingga Laela tidak dapat mengimbangi badannya dan hampir terjatuh. Namun sempat disambut oleh tangan sasa lelaki itu. Tangan lelaki itu masih melingkari pinggang Laela. Tapi seketika kemuadia dia melepaskan lingkaran tangannya, Laela jatuh terduduk.
"Aduh, jahatnya."
"Adilkan, dulu Laela baling limau busuk kat kepala Ejoi." Ejoi duduk bersila di depan Laela yang masih belum bangun.
"Kenapa tiba-tiba muncul depan kita ni. Dah lama tak dengar serita. Maklumlah orang sibukkan."
"Buruknya muka tunang Ejoi kalau merajuk."
"Aik...Bila kita jadi tunang dia, pandai-pandai je buat kenyataan."
"Tak apalah kalau tak nak tunang, kita kahwin terus."
"Malas nak layan Ejoi la, ni apa cerita tiba-tiba muncul ni. Cuba cerita."
"Ok, kita balik dulu. Dah petang ni, rumah cerita!" Ejoi bingks dan menghulur tangan pada Laela. Lama Laela memerhati.
"Hai takkan dah jadi tunang nak segan lagi kot."
"Hoi, Encik Ezrul, kita belum jadi tunang awak!"
"Tak apalah , bakal kan..."
"Malas nak layan."
Laela bingkas meninggalkan Ejoi. Ejoi laju menyaingi Laela. Mereka berjalan menuju ke rumah. Laela masuk melalu pintu dapur dan Ejoi terus ke depan rumah. Laela menjenguk sekilas ke depan rumah dan melihat Ejoi sedang berborak sesuatu dengan ayahnya. Ejoi bersalaman dengan ayahnya dan pulang. Laela hanya menghantar Ejoi pulang dengan ekor mata.
Lelaki itu yang dirinduinya kini berada di depan mata. Tetapi kenapa? Lama dia tidak dihubungi oleh Ejoi. Alangkah indah andai Ejoi benar-benar menjadi tunangnya. Dia bermonolog sendiri. Ketukan di pintu biliknya menyedarkan Laela. ibunya masuk dan duduk bersebelahannya.
"Barang apa kau nak beli untuk majlis nanti?"
"Majlis apa ni mak?"
"Ish, budak ni. Lusa kan majlis tunang kau. Ejoi tak bagi tahu ke?"
"Ish, budak ni. Lusa kan majlis tunang kau. Ejoi tak bagi tahu ke?"
"Hah, Ejoi tak cakap apa-apa pun."
"Hai...budak-budak muda zaman sekarang ni. Esok Ejoi datang nak bawa kau beli cincin." Kemudian ibunya berlalu.
Dasar Ejoi. Bukan nak cakap apa-apa pun. Dah la tak buat apa-apa pesiapan pun...
Pagi itu Ejoi datang seperti yang dikatakan oleh ibunya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Benarkah dia akan menjadi tunangan Ejoi. Dia keluar mendapatkan Ejoi dan kemudian keluar meninggalkan rumah. Geram dihatinya mesti dilepaskan juga.
"Kenapa tak cakap yang Ejoi datang semalam tu berhajat.?"
"Saja."
"Ejoi dah la tak jawab Laela tanya semalam. Geramnya!"
"Betulke nak tahu ni."
"Taklah gurau je.."
"Laela ...Ejoi balik dan datang jumpa Laela hanya satu sebab je...demi cinta Laela!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan