Halaman

Isnin, 7 November 2011

AidilAdha di Putatan.

assalamualaikum wbt.

Jumpa lagi. Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang raya Qurban kami di Sabah ni. Ini merupakan tahun pertama kami beraya di Sabah. Sehari sebelum raya kami ke pasar besar KK. Dalam hati niat saya kalau ada jual daun palas, saya nak buat ketupat palas. Rupanya memang ada jual. Alhamdulillah. tapi beras pulut pulak yang tak ada dalam simpanan. Kami singgah supermarket dan tamu [pasar tani] beli barang.

Sampai rumah dalam lebih pukul 12 tgh, kiranya sampai waktu Zuhur la juga. Time tu la nak masak ketupatlah, rendanglah, beras pulut tak rendam lagi. Daun palas tak payah citer la sebab baru beli. Babah plak puasa. Rancang punye rancang saya masak rendang ayam dulu. Lepas gali lengkuas, terus saya wat rendang tu ikut resipi dalam buku 365 hari masak-chef Hanilieza. Sambil tunggu rendang tu, saya buka daun palas. Beras pulutpun dah rendam. Kira-kira kul 10 malam baru siap bungkus semua ketupat palas tu. Perh....dia punye penat tu tak yah cerita la...macam tu rupanya mek penat kalau menjelang raya. Itu okla kira ada juga kaki tangan lain yang tolong. Saya semua wat sendiri. huhuhu. Namapun beraya di perantauan. Ada PA dua orang ni kecik lagi, babah yang tolong kawal diorang. huhuhu. Sambil bukuh tupat tu kawe dengar ore takbir raya di mesjid blakang rumah nih... sayu sungguh hati.. 

Pagi esoknya, kul 6 pg tepat saya bangun tido, terus je masak nasi kerabu. Siap sempat kukur kelapa lagi. huhuhu.. Babah pergi solat sunat AidilAdha, saya teruskan keje masak lepas siapkan Qilah n Atiqah cantik-cantik. Saya suruh diorang tengok katun kat astro. Dekat kul 11pg, dah siap terhidang atas meja. Saya punya turn plak bersiap cantik-cantik..[huhuhu] dan tunggu tetamu [Rafi sekelurga] datang. Dah kenyang. :) alhamdulillah.

Lepas tetamu saya balik, saya terus baring, tidur sama anak-anak yang dah lena. Baru nak mimpi. Kakak sebelah rumah datang bagi daging qurban. Alhamdulillah. Dapat gak makan daging segar walaupun tak dapat 'geabok'. Lepas tu saya sambung lagi rehat a.k.a zzzz...tapi hon kereta bunyi lagi. Rombongan kedua tetamu raya datang. Alamak, nasi macam tak cukup. Saya masak lagi tapi nasi biasa dah la. Tak biru dah... janji tetamu kenyang.

Malamnya pulak pergi 'potluck' di rumah kawan babah. Banglo rumahnya. huhuhu. Makan kambing bakar. yummy......Qilah makan banyakkkkk. Cuaca malam tu tak berapa elok. Ribut. Dalam kul 10 mlm kami balik. 

Walaupun tak merasa macam raya seperti di kampung tapi Alhamdulillah. Tak rasa raya sebab tak dapat tengok orang sembelih lembu. Biasanya kalau tak tengok orang sembelih lembu pun, dapat juga tengok daging lembu yang banyak. Tapi kat sini tak ada. Menurut 'orang sini', qurban dilakukan di masjid dan diagih-agih daging lembu. semua ajk masjid yang buat. Macam kat Pahang juga la. Tapi biasanya bila saya beraya di Pahang, lepas solat sunat tu pergi tengok orang potong lembu juga. Kat Masjid Kg Contoh ni, sembelih lembu qurban hari raya ke-2. Kami pulak hari ni [raya ke-2] beraya di rumah kawan babah. Kat sini hari raya, babah balik dari solat sunat tu, terus tidur baring-baring tengok tv je...huhuhu. Kami tak tahu nak buat apa, tunggu tetamu datang je.

Itulah pengalaman pertama kami beraya di Sabah.
Sekian. Wassalam.....

Inilah juadah raya saya di perantauan. Alhamdulillah...

Khamis, 3 November 2011

mak sendiri vs mak mertua

assalamualaikum wtb.

jumpa lagi!
hari ini 3.11.2011, wanita hari ini bersiaran tentang tajuk tinggal bersama mertua- bahagia atau derita?
jadi saya terpanggil untuk berkongsi rasa di sini.
pada diri saya sekarang yang merupakan seorang anak dan seorang menantu merasakan tidak bermasalah untuk tinggal bersama mertua tetapi tidak untuk tempoh dan jangka masa yang lama. jika dalam tempoh tertentu rasanya tidak bermasalah. alhamdulillah keluarga mertua yang dianugerahkan kepada saya adalah baik setakat ini. jadi saya tidak bermasalah jika tinggal di rumah mertua. malah anak pertama dan kedua saya dilahirkan di sebelah mertua.

tunjangnya adalah berdasar pada situasi kedua-dua belah pihak. kalau kedua-duanya baik maka jadi baik. kalau salah seorang 'buat hal', makan hati lah seorang lagi tu. tak kiralah sama ada si menantu atau si mertua.

pengalaman saya sendiri, alhamdulillah mak mertua saya baik walaupun cerewat. saya letakkan dalam hati saya dia adalah mak saya juga. jadi jika dia menegur kesalahan saya, saya cuba untuk terima dengan hati yang positif. bohonglah kalau saya tidak terasa dan merungut tapi saya fikir banyak kali selepas itu. dan saya berasa bertuah. orang lain mungkin mendapat mak mertua lebih teruk daripada saya. kalau mek (mak sendiri) pun 'kompem' akan tegur saya kalau kesalahan yang saya wat. malah rasanya mek saya akan lebih panjang lebar ceramahnya. mana ada ibu yang tidak cerewet tentang anaknya. jadi saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk meletakkan mak sama taraf dengan mek di sisi saya. jadi dengan itu ketersinggungan saya jadi setara dan cepat reda. jadi kalau korang di tempat saya boleh praktikkan sama.

tapi itulah , nasib kita ini berbeza-beza. perjalanan hidup berbeza-beza. ujian dan anugerah juga berbeza-beza. ada di kalangan kenalan saya mendapat mertua yang cukup cerewet. selalu sindir-sindir, marah-marah. sedangkan menantu itu telah 'berkhidmat' dengan baik. ingatlah itu semua ujian. mungkin Allah nak beri kita pahala lebih. dalam situasi begitu, si suami lah kena jadi tegas sama ada mahu terus tinggal di rumah mertua ataupun cari rumah sendiri. kalau suami tidak juga mahu berdikari, maka pada saya bertahanlah dengan sabar. Kerana Allah ada ganjaran-Nya. cakap memanglah senangkan tapi untuk melakukannya cukup payah, berdoalah semoga Allah membuka pintu hati semua untuk menerima kita seadanya. Mak mertua kita tu dah tua, hayatnya mungkin tak lama, atau mungkin kita yang dijemput dulu pun tidak tahu juga. walaupun dia seperti bencikan kita tapi sebenarnya di sayang.

terima kasih mek dan mak. saya nak kongsikan sebuah cerita benar. kenangan saya memiliki mek dan mak.
saya pernah tanya mak, "kalau cucu mak ni b*r*k, mak marah tak kalau saya suruh abg long (suami saya) basuh?". kata mak saya "buat apa nak marah, mak pun akan suruh dia buat." jawapan ringkas mak saya. tapi kalau depan mek saya, saya suruh suami uruskan anak-anak, tadah la telinga tu dengan nasihat dia.

mak saya terbuka sikit. tapi mek saya orang kg yang masih memegang prinsip bahawa wanita harus memikul tanggungjawab 100% menguruskan anak-anak. jadi kalau depan mek saya, kena berhati-hati kalau nak minta tolong suami itu dan ini. kadang-kadang saya geram juga banyak pantang larang dia tapi kalau fikirkan balik, saya senyum jer. kalau tak ada dia, siapa nak komen tingkah laku kita mana yang betul dan tidak. alhamdulillah suami saya seorang yang ringan tulang dan tak banyak songeh. tapi kadang-kadang saya geram juga, kalau buat benda-benda nak saya putuskan. bila difikirkan semula dia nak bertolak ansur dengan saya la tu....jadi alhamdulillah Allah anugerahkan mek, suami dan mak yang baik dalam hidup saya. memanglah mak dan mek cerewet tapi semua tu untuk kebaikan saya.

jadi anda pun cubalah bertolak ansur sedikit dengan mak mertua. dia bukan orang lain pada kita. ibu kepada suami kita. perkahwinan yang berlaku bukan hanya dengan suami tapi dengan ahli keluarganya juga. jadi terima mereka semua sebagai sebahagian dari hidup kita..

wassalam...
alhamdulillah.

korban idul adha '2011

assalamualaikum wtb.

alhamdulillah dapat ambil masa sikit untuk berkongsi rasa hari ini. anak-anak sedang menonton rancangan kegemaran 'wordworld'. memang kata 'orang pakar' kartun tidak bagus untuk kanak-kanak yang sedang membesar tapi pada saya kalau kita pandai pilih rancangannya, sesuatu yang negatif itu boleh jadi positif. pokok pangkalnya kita sebagai penjaga wajib tentukan yang  boleh dan tidak boleh. alhamdulillah untuk setakat ini rancangan ini sedikit sebanyak membantu dia. Insya Allah ke arah positif.

6 november 2011 ni dah raya haji. jatuh pulak hari ahad. subhanallah. cepatnya masa berlalu. betul2 korban raya untuk saya tahun ni. seumur hidup saya tidak pernah beraya sendirian tanpa balik kampung. baik masa 'single-mingle' mahupun dah beranak-pinak ni. masa bujang dolu, cuti keje dapat 2 hari pun balik gak kg. yang penting raya bersama orang tua. masa dah ada family sendiri ni, balik juga raya kat raub tu. walaupun encik habibi cuti pada hari raya je pon.

tapi tahun ni, kami berempat akan beraya di sabah. uwaaaa....
nak masak pe pon taktau untuk pagi raya tu. tambahan pula tak tau camana orang sabah ni sambut raya haji. sembelih lembu ke kuba ntahle...huhuhu. nampaknya tahun ni xdapat makan gear box-sup dan yang sewaktu dengannya la...dapat makan daging lembu segar ke tidak pun tak tau lagi lah...

memang betul2 pengorbanan tahun ni. mulanya saya tak berapa rasa sangat tapi bila dah tengok kelendar, baru sedar raya haji dah nak tibe...hukhuk...maka berayalah kami berempat di putatan sabah ni. jemputlah datang beraya di sini. tahun lepas saya terselamat dari ujian ini sebab habibi kena bertugas di maldive 3 bulan, saya dan anak2 di post ke kuantan. tahun ni nampaknya ujian ni harus dihadapi juga. saya hargai pengalaman pertama ini kerana mungkin di masa akan datang ia akan jadi lebih teruji lagi. Maha Suci Allah yang menentukan segalanya..Alhamdulillah.

wassalam. hingga berjumpa lagi di masa yang akan datang...