Assalamualaikum...
Allahu Akbar. baru berkesempatan menyambung pengembaraan yang telah dimulakan. Alhamdulillah, en. suami meninggalkan bini keduanya ini dirumah, jd saya ambil peluanglah....heheheh. walaupun dah lama ia bermula dan terhenti saja, tetap juga saya mahu menyambung pengembaraan kami ini...
hari kedua ni hari yang agak membosankan juga lah. lepas sarapan pagi, kami ronda-ronda sekitar hotel. layan swiming pool. memula tu kakak dan adik main celop-celop kaki jer, seliar dah selak paras lutut. bila ibu bagi signal ijau, apalagi terjun terus. adik pula penakut. duduk tengok dan main simbah air atas tangga saja...air paras pinggang kakak je pun...

memula ini gayanya, bertemankan babah...
tak puas main celup kaki ajer....
setakat tu je yang dia berani...hehehe.
doirang ni kalau dapat main air memang susah nak naik, puas pula nak pujuknya..dengan perjanjian makan, nak lah juga naik. kenalah tepati janji nanti... lepas siap keringkan baju seluar, kami naik lepak kat bilik.
babah keluar jam 12 tghri tuk visit airport dan visit 'ex-anak buah' yang pernah 'dilanyak' dulu. hehehe. katanya nak jumpa madam nafisah yang menjemput kami datang ke Hyderabad ni. jemputan atas urusan kerja....kami tumpang 'kerja' jugalah... heheh
bosan sudah kami menatap dinding bilik hotel. kakak dan adik layan katun doraemon caakap hindi. alhamdulillah ada wifi hotel. layan pesbuk jelah ibu..itupun bukan ada orang kat pesbuk yang nak melayan..heheheh. dah time malaysia jauh kedepan dah...hehehe. tgharinya babah balik untuk solat zuhur. masa tu anak-anak dah tidur selepas asyik mengaduh ke lapar. babah order nasi goreng hotel semangkuk. makan sikit sorang. semangkuk nyer banyak kalau makan sorang. nasi dah sejuk baru dua orang ni bangun, babahpon dah keluar lagi dijumput seseorang...
waktu petang baru babah balik, ibu dah bersiap-siap nak turun menunaikan janji, babah dah sampai. nak tak nak kena turun juga ke swiming pool. tapi sekejap sahaja mainnya sebab babah nak bawa keluar cari makan kat terminal airport yang unik.
yang sayangnya kami tidak bawa kemera. babah ingat ibu bawa, ibu ingat babah bawa. sudahnya kami bergambar pakai hp ajelah. di terminal airport diorang ni tak boleh masuk bagi orang yang tiada pas n tiada tiket. berlegar di luar sajalah. ada foodcourt di bawah, tapi macam tak berapa menarik. ada mc donald, juga kurang menggoda. hehehe. ragu sedikit sebab tak tertera tanda halal. sudahnya kami naik ke atas semula, masuk dalam terminal, kena bayar 20rupee sekepala bagi dewasa. kalau pakai pas n ada tiket memang tak kena bayar. tapi kalau dah turun flight keluar terus, nak masuk balik kena bayar juga. dia punya kontrol memang kaw-kaw lah.
last-last makan subway je. anak2 memang dah kenyang makan nasi goreng. diorang makan aiskrim mc donald ajelah... lepas tu kami balik ke hotel dengan kenderaan hotel yang memang sedia berkhidmat menghantar dan menjemput kami...hehehe.
dah sampai hotel, scan apa yang patut pada badan dan barang, masuk legar-legar kat lobi, pastu naik bilik. golek, guling, lama-lama tidur terus. ibu dan juga layan narnia...pastu sume zzzzzzzzzzzzzzzz.....
itulah hari kedua yang tak berapa best...huhuhu.
jom kita ke hari yang seterusnya.