Halaman

Selasa, 28 Ogos 2012

Popia apa adanya~

Assalamualaikum....

hurmm..jumpa lagi. selamat hari raya semua. mood raya ada lagi ni tapi tinggal di kampung halaman...heheheh
kali ni nak cerita pasal kuih raya, bukan kuih sebarangan nih, kuih yang paling senang yang saya buat di maldives ni. hehehe...kalau duk di malaysia, kompem saya beli kat kedai dah...(nampak sangat pemalasnya..hehehe)

ceritanya bermula bila si kak long dan si adik ni suka pula makan kuih rangup dan manis dan berkrim ni...en suamipun makan juga. saya tapau sebekas penuh je dari malaysia. ingatkan saya sorang je yang suka...heheh. bila dh habis, si anak asyik duk makan serdaknya sahaja, jadi saya rajinkanlah diri hari ini menggulungnya.....

ha...ni dia hasil setelah digulung dan digunting.

rasanya kalau orang lain buat, tak jadik secantik yang saya buat ni..(perasan la pulak) sebabnya saya terlebih propesenal. hahaha. inilah jadinya. erhhmm, yang penting, rangup n sedap. dah tinggal separuh dah pon...hehhe.

lepas dah tos sekejap minyaknya, gulinglah dalam serbuk dalam bekas eskrim kaler biru tu...

meh sini nak cerita macam mana boleh tubik nama popia apa adanya tu...hikhikhik.
saya gian nak buat popia ni sebab kesian kat kak long duk makan serdaknye aja. carilah cara nak buatnya kat google, memang jumpa. org dlm google tu guna nestum dan susu tepung dan gula. dalam dapur saya pula hanya ada susu tepung dan gula. mana nak jadi.

pikir punya pikir, keluarlah lampu kat atas dahi! guna oat segera yang ada dalam lemari dapur, yang dah berzaman tak terusik. (belom xpired date lg) so, cuba rasa dulu. cam lebih kurang nestum jelah. layan jelah buat sampai jadi...hihihi. jadilah popoa apa adanya di dalam dapur...

caranya..

kulit popia gulung dan lekatkan dengan gam (hehehe)
gunting dan goreng sampai masak, (jgn sampai hanget nanti pait plak)
sebelum tu campurkan 3 peket quaker oat segera dgn 4 skop susu tepung (ducth lady 456, madu) ini je yang ada. (hehehe)
bila dah siap tos minyak, gulinglah dalam oat yang dh bercampur susu tadi,
letak dalam bekas ataupun dalam mulut..;D


p/s- jgn pakai gam cap gajah tuk gam kulit popia, :)
       wat gam sendiri- air + tepung gandum.

*ibu, nak ni. tapi tak nak makan sendiri...nak ibu suap!
~alahai anak!!!

wassalam

selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan