Halaman

Isnin, 20 Jun 2011

betul ke tak?

korang rasa tak apa yang saya rasa. erhmmm... saya merasainya semenjak saya menjadi suri rumah sepenuh masa ni. jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi nya di sini. sekadar untuk renungan bersama.

oleh kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa saya tidak suka dan berharap sura rumah saya tu tidak sesibuk mana seperti sekarang ni. tapi tanggungjawab kerja dia berat jugak. tambah2 bulan ni memang dia sibuk. jentera baru sampai n ada audit pulak minggu ni.

suka ke tak suka ke saya kena hadapi jugak. kerja biasa masuk kul 8. ok la...tp time balik terlajak. tu yang saya tak suka. saya nak masa berkualiti untuk keluarga. satu lagi saya tak suka bila kat rumah pun buat kerja. korang suka tak kalu sura rumah buat kerja kat rumah? dah la sepanjang hari buat kerja di ofis.. balik umah buat kerja jugak. kadang2 tu bole la. sebab kt rumah tu masa berkualiti untuk anak-anak dan isteri. betul tak?

mungkin sebab saya tidak berkerjaya jadi saya merasai benda ini sedikit sabanyak mengganggu jiwa saya. kalau saya kerja bagaimana la anak2 menghadapi hari2 mereka tanpa ibu dan babah. kesian... lainla kalu ada ALONG...(heheheh).

bukanlah saya ni tak faham situasi orang yang bekerja. memang komitmen kerja penting tambah2 lagi kalu jadi 'bos'.  tapi ciptakan masa dan ruang yang cukup untuk keluarga. itu juga penting. memang cari duit untuk keluarga tapi kalau ketandusan waktu dengan keluarga duit banyak pun tak guna.

alhamdulillah sura rumah saya masih tidak sesibuk mana walaupun bulan ni dia memang agak sibuk tp dia tetap balik lunch bersama kami walaupun hanya untuk makan. biasanya dia sempat solat zuhur di rumah. tidak mengapalah sesekali tidak balik lunch. tapi saya rasa lain semacam je kalau makan sorang...

ermh...walau sesibuk manapun anda saya harap anda menciptakan sedikit waktu berkualiti untuk keluarga selagi mereka masih bersama....

semoga Allah merahmati pekerjaan kita semua hari ini, esok dan akan datang. amin...

wassalam...

1 ulasan:

  1. bagi aku la fara....benda ni depends pada org...macam kes ko ni..mungkin encik suami tak niat pun nak bawak balik keje ke rumah..tapi ko pun tau kan..hambatan waktu kat pejabat camne...bukan nye boleh siap kan keje semua di pejabat...kat pejabat tu..banyak lagi halangan nye yang ada ....so nak tak nak dia kene bawak balik ke umah jugak..which is bagi aku...daripada dia pulang lewat ke umah , baik lah dia bawak balik keje dari pejabat..at least ko nampak dia ada di umah...pada pendapat aku la...=)

    BalasPadam