Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

ganti2!

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

bersua lagi walaupun mengambil masa yang lama..bukan terlalu sibuk tetapi kurang berpeluang untuk ini kerana kekangan rutin harian, biarpun hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

kali ni saya nak berkongsi satu peristiwa yang berlaku depan mata saya sendiri. kejadian ni berlaku sebulan yang lepas. saya tak tahu nak klasifikasikan kejadian itu sebagai kejadian positif atau negatif. bergantung kepada mata yang memandang dan akal fikiran yang mentafsir.

suatu pagi saya bersarapan di kedai. memang pelanggan silih berganti. macam-macam orang dan pelbagai peringkat umur. saya menikmati hidangan nasi yang dikongsi dengan anak-anak. sebentar kemudian datang satu keluarga dengan dua anak yang saya kira berturut tahun umur anaknya, dalam dua tahun dan setahun mungkin. mereka duduk di hadapan sebelah kiri meja kami. anak kecil mereka merengek tidak mahu duduk dalam babychair. (mcm anak saya masa kecil) si ibunya mendodoi sambil menepuk belakang anaknya sementara suaminya mengambil hidangan (layan diri). saya hanya memerhati sekali-sekala sambil melayan anak-anak saya makan.

saya ingatkan si suami berganti menjaga anak kecil supaya isterinya boleh ambil makanan tetapi sebaliknya dia terus makan. saya memandang muka si isteri itu, wah sabarnya dia. dia terus melayan anaknya yang di riba. saya tak pernah begitu kalau keluar makan dengan suami, kami sentiasa makan bersama walau anak 'mengacau'. saya fikir mungkin si isteri itu sudah kenyang. macam-macamlah terbit dalam minda saya. 'sampai hati suami dia makan sorang sedangkan isteri hanya memandang'.

lama saya memerhati sehingga si suami selesai makan. rupanya dia berganti tugas dengan isteri. terus anak kecil tu bertukar tangan. si isteri pula yang mengambil makanan dan menikmatinya sambil lagi melayan anak pertama mereka. adus, pengorbanan betul ni. sanggup isteri itu hanya memandang sambil menelan air liur sementara suaminya makan. pengorbanan isteri, sambil makan layan jugak dua anaknya itu sedangkan suaminya tadi makan tanpa menghiraukan anak mereka. saya faham suaminya mahu cepat-cepat makan untuk mengambil alih tugas menjaga anak kedua supaya isterinya boleh makan. mungkin itu cara mereka menjalani keharmonian keluarga...

pengajaran yang saya dapat dari peristiwa itu ialah bila menjadi suami isteri harus sedia memberi dan menerima dalam susah dan senang, suka dan duka. semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat.
semoga Allah swt merahmati keluarga saya dan kita semua. amin..

wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan