assalamualaikum wtb.
jumpa lagi!
hari ini 3.11.2011, wanita hari ini bersiaran tentang tajuk tinggal bersama mertua- bahagia atau derita?
jadi saya terpanggil untuk berkongsi rasa di sini.
pada diri saya sekarang yang merupakan seorang anak dan seorang menantu merasakan tidak bermasalah untuk tinggal bersama mertua tetapi tidak untuk tempoh dan jangka masa yang lama. jika dalam tempoh tertentu rasanya tidak bermasalah. alhamdulillah keluarga mertua yang dianugerahkan kepada saya adalah baik setakat ini. jadi saya tidak bermasalah jika tinggal di rumah mertua. malah anak pertama dan kedua saya dilahirkan di sebelah mertua.
tunjangnya adalah berdasar pada situasi kedua-dua belah pihak. kalau kedua-duanya baik maka jadi baik. kalau salah seorang 'buat hal', makan hati lah seorang lagi tu. tak kiralah sama ada si menantu atau si mertua.
pengalaman saya sendiri, alhamdulillah mak mertua saya baik walaupun cerewat. saya letakkan dalam hati saya dia adalah mak saya juga. jadi jika dia menegur kesalahan saya, saya cuba untuk terima dengan hati yang positif. bohonglah kalau saya tidak terasa dan merungut tapi saya fikir banyak kali selepas itu. dan saya berasa bertuah. orang lain mungkin mendapat mak mertua lebih teruk daripada saya. kalau mek (mak sendiri) pun 'kompem' akan tegur saya kalau kesalahan yang saya wat. malah rasanya mek saya akan lebih panjang lebar ceramahnya. mana ada ibu yang tidak cerewet tentang anaknya. jadi saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk meletakkan mak sama taraf dengan mek di sisi saya. jadi dengan itu ketersinggungan saya jadi setara dan cepat reda. jadi kalau korang di tempat saya boleh praktikkan sama.
tapi itulah , nasib kita ini berbeza-beza. perjalanan hidup berbeza-beza. ujian dan anugerah juga berbeza-beza. ada di kalangan kenalan saya mendapat mertua yang cukup cerewet. selalu sindir-sindir, marah-marah. sedangkan menantu itu telah 'berkhidmat' dengan baik. ingatlah itu semua ujian. mungkin Allah nak beri kita pahala lebih. dalam situasi begitu, si suami lah kena jadi tegas sama ada mahu terus tinggal di rumah mertua ataupun cari rumah sendiri. kalau suami tidak juga mahu berdikari, maka pada saya bertahanlah dengan sabar. Kerana Allah ada ganjaran-Nya. cakap memanglah senangkan tapi untuk melakukannya cukup payah, berdoalah semoga Allah membuka pintu hati semua untuk menerima kita seadanya. Mak mertua kita tu dah tua, hayatnya mungkin tak lama, atau mungkin kita yang dijemput dulu pun tidak tahu juga. walaupun dia seperti bencikan kita tapi sebenarnya di sayang.
terima kasih mek dan mak. saya nak kongsikan sebuah cerita benar. kenangan saya memiliki mek dan mak.
saya pernah tanya mak, "kalau cucu mak ni b*r*k, mak marah tak kalau saya suruh abg long (suami saya) basuh?". kata mak saya "buat apa nak marah, mak pun akan suruh dia buat." jawapan ringkas mak saya. tapi kalau depan mek saya, saya suruh suami uruskan anak-anak, tadah la telinga tu dengan nasihat dia.
mak saya terbuka sikit. tapi mek saya orang kg yang masih memegang prinsip bahawa wanita harus memikul tanggungjawab 100% menguruskan anak-anak. jadi kalau depan mek saya, kena berhati-hati kalau nak minta tolong suami itu dan ini. kadang-kadang saya geram juga banyak pantang larang dia tapi kalau fikirkan balik, saya senyum jer. kalau tak ada dia, siapa nak komen tingkah laku kita mana yang betul dan tidak. alhamdulillah suami saya seorang yang ringan tulang dan tak banyak songeh. tapi kadang-kadang saya geram juga, kalau buat benda-benda nak saya putuskan. bila difikirkan semula dia nak bertolak ansur dengan saya la tu....jadi alhamdulillah Allah anugerahkan mek, suami dan mak yang baik dalam hidup saya. memanglah mak dan mek cerewet tapi semua tu untuk kebaikan saya.
jadi anda pun cubalah bertolak ansur sedikit dengan mak mertua. dia bukan orang lain pada kita. ibu kepada suami kita. perkahwinan yang berlaku bukan hanya dengan suami tapi dengan ahli keluarganya juga. jadi terima mereka semua sebagai sebahagian dari hidup kita..
wassalam...
alhamdulillah.
harap2 aku pun bakal dapat mertua yg baik sepertimana aku dapat seorang bakal suami yg baik..insyaAllah.
BalasPadamamin. lelaki yang baik untuk wanita yang baik. InsyaAllah...
BalasPadam