Halaman

Rabu, 15 Februari 2012

syarat poligami....

assalamualaikum.

jangan salah faham pada tajuk yang tertera!
saya sekadar mahu pandangan sahabat di ruang maya tentang kisah yang bakal saya paparkan di bawah, yang mana tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun. saya tetiba terlintas dan hanya mahu tahu pandangan orang lain shj.

suami: saya mahu berkahwin lagi dan memohon izin awak.
isteri: saya tidak izinkan!
suami: mengapa tidak, saya mampu dari segi zahir dan batin.
isteri: bagaiman dengan nasib saya dan anak-anak jika awak berkahwin lain?
suami: saya berjanji akan berlaku adil.
isteri: baik tapi dengan bersyarat, segala tanggungan nafkah saya dan anak-anak harus tidak berubah dari sebelum awak kahwin ni atau selepas awak kahwin.
suami: alhamdulillah, tidak ada masalah. saya akan bertanggungjawab. apa lagi syarat awak.
isteri: selepas dia jadi madu saya, saya mahu separuh dari gaji dia adalah hak saya. terus masuk ke akaun di atas nama saya dan anak-anak.
suami: mengapa begitu, itu mata duitan namanya.
isteri: kerana dia ingin sebahagian dari hak saya dan anak-anak, sebelum ini masa dan perhatian awak adalah hak kami sepenuhnya.tiba-tiba selepas ini kami perlu serahkan sebahagian awak kepada dia, jadi saya mahu sebahagian dari hak dia untuk jaminan kami...
suami: saya akan bincangkan dgn dia...////


saya memerlukan pandangan sahabat tentang isu yang cuba saya sampaikan. apakah kejam seorang isteri bertindak sebegitu kerana menegakkan hak.
jika anda sudi, jadilah ahli perbincangan isu ini. saya sekadar mahu tahu sama ada wanita dan lelaki di luar sana satuju atau tidak jika perkara ini berlaku...

selamat memberi pandangan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan