Halaman

Jumaat, 11 Mei 2012

~cara hentikan susu ibu~

assalamualaikum...
 lamanya saya ambil masa untuk bersua semula di alam maya ni....
alhamdulillah Allah izinkan lagi saya menulis di sini untuk berkongsi satu pengalaman berharga saya menjadi seorang ibu.

cara ini saya praktikkan untuk anak kedua memandangkan anak pertama saya terpaksa dihentikan susu secara mendadak apabila saya bleeding masa mengandungkan anak kedua. masa tu umur anak pertama (auni aqilah) 1 thn lebih.

oleh kerana saya kesihan melihat aqilah terpaksa diberhentikan susu mendadak begitu, jadi untuk anak kedua rasanya tidak sanggup saya untuk menghadapi situasi itu sekali lagi. lagipun jika ikut petua 'orang' lama mereka letak macam-macam pada breast (bawang putih, sirap ros, dll) yang saya kira xsesuai dengan jiwa saya. lagipun macam terkejut pulak anak bila tiba2 dia nak minum susu jadi gitu.

jadi saya ambil pendekatan sendiri untuk 'melepaskan' susu ibu. mulanya saya pun tidak pasti ia berkesan ataupun tidak tapi hati saya tergerak kerana Allah, sebabnya saya sentiasa memasang niat dalam hati untuk berhenti menyusu penuh anak kedua (auni atiqah) pada umur 2 tahun. alhamdulillah dimakbulkan Allah kerana itu sunnah-Nya.

pada umur atiqah cukup setahun setengan, saya mula mengenalkan dia dengan susu botol yang sebelum ini dia langsung tak pernah rasa kecuali semasa umur dia baru dua tiga hari. setiap hari saya mesti buatkan dia 2 auns susu. minum atau tidak belakang kira. yang penting saya bagi dia rasa 'puting getah' tu bagaimana. subhanAllah, kena terlalu banyak sabar kerana dia memang tidak akan minum, malah meraung-raung. tapi saya buatkan juga, masa nilah kita cube pelabagai susu untuk dia sebab nak tahu yang mana sesuai dengan dia. setiap kali kakaknya minum susu, saya akan buatkan untuk dia sekali. dia sampai lempar botol susu tu ke dinding. ada yang dia tenyekkan pada lantai.. sabar, sabar, dan sabar. kata hati saya walaupun kadang-kadang terlepas juga marah.

minggu pertama, kedua dan ketiga begitulah setiap hari. cuma semakin hari dia semakin menerima 'kehadiran' botol susu dalam mulut dia. sehinggalah jumpa susu yang sesuai. mula-mula dia minum siang sahaja. dan di rumah sahaja. malam dan berjalan-jalan dia akan minum susu ibu.

dari hari ke hari, alhadulillah atiqah semakin menggemari susu barunya. sehinggalah sekarang dia berumur 2 thn 3 bulan dia sudah tidak minum susu ibu lagi.

cara saya berkesan! anda juga harus mencubanya dengan penuh kesabaran.. InsyaAllah akan berjaya kalau anda mahu. insyaAllah.

sehingga berjumpa lagi...

wassalam.

2 ulasan:

  1. salam...aku pun dlm proses nk ceraikan susu. aku dh bg susu btl tp dia bkn penggemar susu. so aku ltk bwg putih + nisan, berkesan..dia mmg xse nyusu tp mslh nya ialah aku sdri. bengkak susu...sakit sgt, aku xthn so aku bg gak akhirnya. sampai aku rs nk demam..cane ek xnk bg bengkak susu?
    www.imanzulaikha.blogspot.com

    BalasPadam
  2. wsalam. ooo...aku perah susu letak dalam botol. pahtu bagi kedia.. lama2 nanti susu dengan sendiri kurang. tapi makan masa la..sampai 3,4 bulan dah stop nyusupun masih ada lagi susu tapi kurang. akupun bengkak juga..nak buang sayang, perah dalam botol simpan, buat stok kedia..

    BalasPadam