alhamdulillah, diharap semua sahabat sihat hendaknya.
kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya menjadi anak perantau, sayang rasanya tidak bermula dari dulu lagi semenjak mula menjadi orang nomad mengikut suami. sebelum di Maldives ni kami sekeluarga berumah tangga di Putatan, Sabah. (rindu sama kamu bah...)
Alhamdulillah tahun 2012 ni kami berada di sini. memang tidak terlintas sama sekali bahawa akan datang lagi ke sini selepas kali pertama dulu pada Nov 2010. cuma bezanya dulu datang pakai pas pelawat jer, tapi kali ni datang pakai visa doh...huhuhu
Haa... sekarang saya nak kongsi sedikit sebanyak dengan korang apa yang best dan tak best di sini. hujan emas di negeri orang, hujan perak di negeri sendiri...heheheh. Masa mula sampai untuk kali kedua ni pada 1 May 2012. encik suami datang dulu 3 bln awal setup rumah kat sini. Alhamdulillah datang rumah dah tersedia lengkap, kami hanya bawa pakaian aje. :) tupun tak banyak sebab dah tau nanti akan beli kat sini. macam masa duk sabah, datang 20 barang je tapi bila pindah balik sekali ganda kot. (tak taula betol ke tak sebab barang sampai kat smenanjung, saya dah ada di sini. huhuhu)
dalam sebulan sebelum dapat arahan en. suami kena tukar sini, saya macam teringat-ringat je nak makan submarine (alal2 roti john tapi isi ayam/daging. tanpa telor). En. suami kata Insya Allah nanti ada peluang. Tup! tiba-tiba tak lama lepas tu, en. suami dapat call dari bos n hr tanya sanggup tak nak datang sini. Allahu Akbar. masa tu baru balik dari hantar famili yang datang ziarah di KK. rasa nak menangis pon ada. Dis 2011 dia call suh datang Maldives ni seminggu lepas tu. memang kerja gila kalau sanggup. Atas budi bicara dapat tangguh sampai tengah Jan 2012. tinggallah kami 3 beranak di pahang, suami di Maldiv ni. heheheh. rindu tak yah citer lah. nasib baik dah biasa kena tinggal. huhuhu
Ni pulak nak citer pengalaman baru sebulan duk di kepulauan Maldives ni. kami tinggal di ibu negerinya yang bernama Male, di bangunan Vaifila Aage. jalannya nama Janavaree Magu. Aparment yang di bawahnya adalah kolej. Maps college. rumah yang di tingkat empat ni memang menggerunkan dengan tak ada gril besi nak cover pintu dan tingkap. kenalah saya berhati-hati yang teramat takut jugak anak jadi stan lompat tingkap. heheheh.
Erm...rasanya tak ada apa yang kureng pada rumah. tapi tuan rumah je kerek sikit.(shhh..diam-diam tau. heheh). dalam sebulan ni hampir setiap hari makan ikan ayo (tuna/tongkol) kalau bukan rebus (versi mek), saya singge (singgang). adalah sekali sekala wat kari. (kureng pas). heheheh
Pendek kata kalau pergi pasar ikan tu jelah yang ada. naik tensen dah juga saya asyik telan itu je. ayam ada tapi beku, beli juga lah walaupun made by brazil. sume barang di sini import dari luar. ikan lain ada kalau kena dengan masa. yang saya suka dapat makan ikan yang segar. ada juga ikan sardin yang hidup lagi. selalu makan ikan sardin dalam tin je. ikan bilis yang hidup. sini tak ada ikan bilis kering macam kat Malaysia. selama sebulan lebih duk sini baru sekali dapat ikan bilis yang masih menggelepar lagi tu. sokmo tak kena dengan masa. sebab pergi pasar belah petang, belah pagi anak-anak nak mandi kat pantai. tapi jarang bangun pagi. last-last dengan saya sekali tidur. hehehe.
nasib baik juga lah...ops, Alhamdulillah jugalah saya ni membesar dengan ikan ayo rebus jadi boleh lah nak go on. tapi kadang-kadang jemu gok nak hadap itu je. ikan tak mahal kat sini. dia jual pakai ekor. sekor kalau yang sederhana besar tu, adalah dalam 5-6 ringgit duit Malaysia. oklah. yang tak oknyer kalau korang datang n nak beli ikan ayo ni, dinasihatkan korang bawa plastik sendiri kalau taknak suh dia siang. sebab diorang main pegang ekor jer bawa balik rumah. cara diorang jual pon main susun je atas lantai.
ha..macam ni lah diorang jual ikan. pilih mana yang nak.hehehe
kalau korang nak suruh diorang siang, kena caj lain. korang dapat la plastiknya. diorang siang buang tulang n kulit sekali. ni kira yang kecik, ada yang besar dari budak pun ada. lebih besar dari anak saya umur 4 tahun. yang bernama aqilah yang gumuk...hehhehe
ni tukang siang ikan. nampak tak ikan yang besar tu...
kalau korang boleh telan ker? hehehe
ni pula ikan bilis yang segar tu. goreng memang sedap!
Ok, sekarang nak cerita pula bab lain, korang kalau datang sini sediakan satu plastik untuk buang sampah, sebab kalau jalan-jalan kat Male ni korang tak akan jumpa tong sampah kecuali tempat-tempat tertentu sahaja. macam taman ke gitu. dorang punya peel ni sampah main lempar je macam tu. kalau korang jalan kat jalan utama ke kawasan elit sikit ke memang tak kan jumpa sampah sebab pepagi bute lagi bangla dah sapu sampah. tapi kalau jalan kecik or lorong-lorong tu banyak je sampah...saya pun tak tahu kenapa kerajaan diorang di tak letak tong sampah sepanjang jalan. kalau tempat kita memang dah letak sekali ngan warning, buang sampah kena denda. hehhee. dalam laut diorang pun kalau tengok memang banyak samapah. 'kesian ikan'. kata anak saya. huhuhu. jadi kalau korang tak nak berperangai macam diorang, isi sampah dalam beg sendiri. buang dalam tong sampah kat rumah kalau tak jumpa tong sampah tepi jalan.
Ha, ni korang rasa pelik tak, duduk di pulau tapi nak mandi pantai tak boleh sebarangan, hehehe. maksudnya ada tempat khas yang kerajaan buat untuk rakyat jelata mandi. bagus jugakan? kalau tidak tak pasal-pasal kena ngap dengan jerung. heheh. ada pantai untuk mandi. pantai yang disediakanlah. Artificial beach. kalau nak mandi pantai n main pasir kat situla. Macam satu ruang bulat dia buat. ada ombak juga cuma diletak benteng tahan ombak tu sebab ombak kuat. maklumlah tengah laut, daratnya pun kecik-kecik aje.
nilah beach tu, blakang si Aqilah tu dia punya benteng
tahan 'ombak rindu'. hehehh. budak 4 org kat blakang tu
tengah tangkap ketam kat celah batu benteng.
sepanjang keliling pulau ni memang dia buat benteng untuk tahan ombak tu. di Male ni memang padat dengan bangunan. rumah penduduk plak kat celah-celah bangunan tu. rumah orang sini kecik je. untuk tidur dan berehat semata-mata. dorang suka berjalan malam. siang kerja, yang tak kerja tak tahu lah pulak buat apa. sebab saya waktu siang duk dalam rumah je. hehehhe. Ada satu tempat lagi untuk mandi tapi tu orang dewasa lah kot, tak ada pasir macam ni, cuma ada tempat berenang. tak jauh dari beach ni. tapi kalau korang nak mandi bersantai dan berjemur macam mat saleh tu boleh, tapi kena pergi pulau lainla...yang memang khas untuk mandi dan yang sewaktu dengannya. saya pun belum sampai lagi ke pulau-pulau lain selain dari Male, Kudha bandos dan Vilingili. ops satu lagi pulau baru yang bersambung dengan airport, dorang tambak jadikan pulau juga untuk isi muatan rakyatnya. hehehe. pulau Hulhumale. en suami cakap nama tu gabungan antara Hulhule (pulau airport) dengan Male. jadilah Hulhumale. Pulau ni jalan rayanya guna tar. tapi male jalan raya guna batu susun-susun tu. saya pun tak tau batu-bata tu orang panggil apa. hehehe
Saya rasa sampai di sini saja dulu, nanti saya akan kongsikan lagi pengalaman berada di bumi islam yang penuh suka duka ni.
sehingga bertemu lagi di lain tajuk. hehehe.
wassalam.

Do you need Personal Loan?
BalasPadamBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Sy ada buat pkej ke Maldives. Kepulauan Cantik sgt 😘. Maldives umpama sebutir Bintang di lautan Biru, ada yg mengatakan Maldives umpama syurga yg tertinggal.
BalasPadam#4info #plzz #call #me
📞0179732187
Like & Follow My...
Fb:TripMohholidayTemerloh
Instagram :#kakiz_jalan2aje