Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Dari Male ke Hyderabad: Pengembaraan bermula...

Assalamualaikum,
 alhamdulillah. baru diizinkan Allah untuk jemari ini bekerja.... pada 12 Julai 2012, bersamaan hari Rabu, kami mula bergerak ke airport pada pukul 9pg. tapi time berlepas kul 2.30ptg. tapi pada pagi yg indah ni, babah ada meeting dari kul 10-12. so kami di angkut sekali terus ke airport. melangutlah tunggu di ofis dia.
ni tugas si kakak dalam ofis babahnye...dh penat berlari berkejaran la ni...

mcm ni pula gaya adik...


kul 12 tghari, babah datang jemput kami dgn hilux merah menyala yg dipandu oleh pegawai bomba airport ni, nama dia Sappe. lepas je check in, terus masuk dan menuju tingkat atas untuk masuk ke balai perlepasan. emigresen! kami selamat lepaskan diri pada jam 12.30. (mcm penjenayah pula rasa). terus kami rushing sbb masa tu belum solat lagi.  penat betul berlari berkejaran nih...

pada satu masa dahulu (heheh) pernah aku terfikir macam mana muslimah male ni solat. pakai telekong macam org malaysia ke tidak. ha, masa ni la Allah beri jawapannya. diorang solat dengan apa saja pakaian yang ada di badan. janji menutup aurat. Akupun jadi mcm dorg juga. sbb telekung dah masuk dlm perot kapal dah...lepas sarung stoken tangan n kaki, terus saja jamak n qasar. Kulihat ada telekong di rak yang dekat tmpat ambil wuduk, tp diluar dari surau. pakai apa yang ada jelah. kat sini tak pelik, tp kalau kt malaysia, kompem ada yg pandang peliknyer...tp memang itu yang aku rancangkan...islam memudahkan,bukan menyusahkan...

lepas bergilir solat dengan babah, kami terus ke boarding gate di tingkat bawah. ada pula amoi jual aiskrim dalam pondok yang mewah. apalagi atiqah laju la, nak tak nak kena beli sebab dia ngamuk nak..ibu xnak kotorkan baju dia, tp baju  ibu pula yang comot...huhuhu.


<~~~~time ni tengah Q nak masuk kapal. memula cek tiket dgn pasport. malaysia pon sama. jalan dua tiga langkah, cek tiket lagi, sebelum kuar ke landasan ada cek lagi. padahal dua tiga langkah jer. cek benda yang sama. huhuhu. sangat jaga la diorang ni. Pengalaman di malaysialah, tak pernah macam ni...
sekarang dah sedia tuk panjat tangga AIR INDIA                                        ~~~~~>

<~~~~ salah satu cabaran bila naik kapal yang selain dari MAS. "ibu, tak naklah nasi ayam hijau ni tak sedap!" siyes, memang tak boleh telan. yang ijau tu tak tau apa, dia rasa tebal lidah. sudahnya makan ulam timun n karot tu je. pastu roti cicah dengan teh. hehehe. alhamdulillah!

ha! ni dia punya pesen dlm perot kapal. penat nak layan.



ni turn kakak pula. adik jadi cikgunyer....



memang tak terlayan diorang dalam kapal ni. tak tidur langsung. takdop arah dah budak, alhamdulillah penumpang tak ramai. cuacapun elok. jadi perjalanan 1j 45m, tak terasa sangat. kata babah, cantik betul tengok resort masa baru naik tadi. ibu tak dapat tgk sebab duduk seat tengah. kiri kanan anak yang lasak. seat babah dua lagi kosong. tak apalah, balik nanti turn ibu pula. ini memang kali pertama naik flight waktu siang di Male ni. memang teringin sangat nak tgk dari atas.

<~~~~ ni gambar dari atas yang di snap oleh babah. subhanallah. cantikkan ciptaan-Nya 


akhirnya kami sudah tiba di Bangalore International Airport. selalu tengok inspektor sahab dalam tv jer, ni betol-betol depan mata daa..... berkeliaran di airport. lepas je membolosi emigresen terus mencari pintu untuk check in sekali lagi untuk penerbangan ke Hyderabad. terima kasih kepada seorang hamba Allah yang menunjukkan pintu gerbang check in yang dijaga oleh dua orang inspektor sahab itu. dia punya cek kat pintu masuk punya lah lama, selai2 dia belek tiket dan pasport. huhuhu. sebab 4 org, demo yang berjalan sorang sekejap je lepas. hehehe.

pukul 4ptg, dah siap check in. boarding jam 6.50ptg. apalagi, cari port baik punya, buat susu tuk dua orang budak kecik yang dah mengamuk ni. dari dalam perot kapal lagi dia mengamuk, dalam bas selepas turun kapal. (kena naik bas dari kapal untuk ke terminal.) maka, dua orang ni pun minumlah susu yang dibancuh dengan iar sejuk. tak dapat air panas,sbb memang tak bawa. nak beli duit belum tukar. atiqah hentam saja labu! tapi si kakak ni setengah je minum. janji dapat susu. hari dah petang, perut dah lapar. segala bekal2 dalam beg semua keluar. ngap je apa yang ada....hehehe. namapun travel..

daripada duk buang masa dekat depan kaunter ni, baik naik atas. so, kami naik atas dan masuk dalam balai perlepasan tu.  ha, masuk ni kenalah lalu emigresen dorang. dia punya kaunter emigresen ni asing lelaki n perempuan. so, berbagilah anak-anak. adik ikut ibu, kakak ikut babah. scan barang n badan, walaupun takder bunyi 'tiiit' tetap kena 'raba' juga oleh org dia. tuk kaunter orang pompuan ni memang pompuan yang jaga. fuhh! dia punya security....

ni pesen dua orang budak yang baru dapat tiang....

lepas merayap sekitar kedai yang ada, kami tunggu depan gate je. adik dengan gumbiranya main bawah kerusi, kakak plak ralit dengan ipad...  




ni budak yang baru jumpa kerusi. ulang alik nyuruk bawah kerusi..

dah time masuk, terus Q dpn gate, tukang cek tiket dan pasport tu dah tanda dlm jadual dia. kami melangkah empat tapak, stop lagi bagi teket pada security yang duk tunggu depan pintu, lepas. jalan lagi dua tiga langkah, ada lagi security nih. hadoi, barapa kali nak cek. benda sama je pon... huhu.. jalanlah kami menuju ke pintu kapal dengan senang hatinya. sampai di pintu kapal kena tahan lagi minta tiket. uwaa... jadi dinasihatkan kpd korang xyah nak simpan tiket kt tempat yang susah nak capai..nanti susah bila dia mintak...huhuhu.
 oleh kerana penerbangan yang lebih kurang sejam ini adalah penerbangan domestik, jadi ramailah penumpangnya. beberapa ketul je orang asing, yang lain rakyat tempatan. terseksa betul i dalam flight ni sbb asyik bau bom atom jer...memula tu ingat adik yang 'yak' tapi clear je pempes dia...hadoi. macam nak suh pilot tambah kelajuan je suh cepat sampai....huhuhu.

pramugari datang bagi air kotak n kacang. budak berdua ni memang tak terkawallah. bagi main elektronik punya mainan baru diam! sambil makan kacang, main game.

alhamdulillah, sudah 'mempijak' tanah bertuah hyderabad. fuh, mana nak tuju ni? macam mana nak cari hotel ni? jalan je lah kuar. jalan punya jalan....uwaaa...tersergam indah mc donald di depan mata! aiyak, dh lah lama tak makan ni...erm...hahal ke? teruslah memujuk perut ni supaya bersabar. dari jauh dah nampak kaunter yang tertulis NOVOTEl. yes! tu dia, mesti dorang bawa kite ke hotel. memang terus dia nak bawa ke bas, tp kami nak selesaikan hal2 yang tertangguh dulu. heheheh. duitpun belum tukar lagi...jadi kami putuskan untuk mencari restroom dulu n money changer..tp rezekinya, dtglah seorang hamba Allah, 'sir, yes sir.' rupanya dia dah tunggu nak jemput kami. yehhho! 'bagos anak buah babah ni!' heeheh

dengan badan yang sangat letih, kami dah nampak dari jauh novotel,  tak jauhpun dari airport. hehehe. namapon Novotel Hyderabad Airport. Eh, ye ke? ke terbalik. hehehe. tapi itulah tempat penginapan kami....

ingatkan lepas kuar dari airport dh tak jumpa dh cek2 ni bagai, rupanya ada lagi. sebelum masuk ke gerbang hotel, keta kena cek dulu boot belakang. oklah untuk keselamatan kan..... sampailah kami ke dpn pintu hotel. aik? kenapa pintu hotel ni tak terbuka...ramai plak yang tunggu, bagus3. dorang nak tolong buka pintu la tu...

"Madam, your bag!" aku ingat dia nk tolong bawa beg sandang aku, mana boleh, ada brg peribadi nih...hehehe. rupanya, nk scan! Subhanallah. nak masuk hotelpun scan bag n badan juga....

panjang cerita tak guna, lepas check in bilik 315, terus laju je semuanya. melompat terus atas katil...anak2 sila mandi. dh seharian kita mengembara. lapar, lapar, lapar, itulah kakak. lepas ngap nasi goreng ayam n mee goreng ayam dari dapur hotel, kekeyanganlah kami 4 beranak. selesai yang wajib dan sunat, apalagi kroh2 sumenya.

sangat mencabar hari pertama ni...alhamdulillah dapat mengharunginya. cabaran bersambung ke episod dua yer....

moral of the story...syukurlah negara kita aman damai. kat airport security check tak sebanyak di sini. pintu hotel sentiasa terbuka 24jam...bebas nak keluar masuk. sini keluar bebas, masuk kena scan semula... badan dan barang sekali. mcm kt airport!

jumpa lagi di episod kedua...lagi mencabar! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan