urm..bersua lagi kita untuk kali ini.
sempena hari terakhir saya di Maldives pada Ramadhan ini. sy luangkan sedikit masa untuk mencoret pada ruang ukhwah ini.
sangat terkesan di hati apabila kami sekeluarga menjalani ibadah puasa di bumi islam yang bergelar Maldives ini. di sini saya belajar erti berjimat. hehehe. sungguh merasa cukup dengan apa yang ada.
tidak ada kuih-muih, lauk pauk yang kena pada lidah sewaktu berpuasa di malasia.
pasar ramadhan pun tak ada. setiap hari masak, masak dan masak. sungguh saya sangat rindu pada ramadhan di Malaysia.
inilah makanan sebelom puasa dan dalam pose serta seelepas pose nanti bagi orang maldives.
roshi, dal, ayam masak merah (taktahu bahasa dia
panggil apa)
dalam minggu pertama puasa saya sempat pergi ke fish market. mencari kalau-kalau ada kelainan pada hasil tangkapan nelayan dalam bulan puasa ni. tidak banyak bezanya, ada tambahan jenis ikan sahaja. hargapun naik. orang tiga kali ramainya...
tu dia orang yang mengunjungi fish market ------->
bukan datang membeli, pelancong pon ada. sesak nak duduk lama-lama.
Apa yang menariknya ramadhan di sini ialah, bazarnya bermula dua minggu sebelum ramadhan.
macam-macam ada jual, dari kain baju, kasut selipar, pinggan mangkuk. semua kelengkapan rumah lah ada. masa ni lah diorang membeli segala persiapan raya. pada bulan ramadhan dah tak ada persiapan raya dah. hanya persiapkan diri beribadat jer..
dah hujung-hujung nak akhir puasa di sini, selalu orang male ni jemput berbuka rumah diorang. sempat lah kami berbuka di tiga buah rumah sahabat di sini. setiap rumah yang kami pergi, menu wajib yang ada terhidang adalah, roshi, mashuni, kuih/kek. kuih atau kek yang telah dipotong petak-petak. diorang panggil bookivaa..kalau kita dah potong ke xpotong ke tetap panggil kek/kuih.
haaa..ini hidangan berbuka diorang. ini rumah pertama yang menjemput kami berbuka.
rumah yang seterusnya menjadi mangsa menghidangkan kami makan adalaha rumah sahabat terbaik babah. hehehhe uncle loney. rumah yang hanya ada satu bilik sahaja. ruang tamu dan ruang makan hanya satu. tapi sayang kami tidak bawa kamera untuk merakam gambar, hanya terakam di dalam telefon...
dan yang terakhir kali berbuka dengan orang male adalah semalam (13.8. 2012). di rstoran di tepi pantai. restoran yang kecik dan padat. berhampiran dengan rumah kami je.. bila dah sampai, waktu berbuka lambat lagi, kami lepak tepi pantai...
merenung ombak. hehehe. diorang ramai yang lepak tepi pantai waktu ramadhan. main layang-layan. memang pelik tengok. adaka patut main layang-layang bula puasa. waktu nak berbuka pula tu. angin memang kuat. ombak besar. orang cakap ombak lipat...kalu surfing memang cantiklah. tp bulan puasa mana ada orang surfing.
inilah makanan mereka yang menjadi makanan saya. semua yang terhidang saya ambil. pratha, roshi, mashuni yang pelbagai versi, nasi briyani ayam, megi goreng. kenyang yang teramat. nasi saya tak dapat nak habiskan. satu lagi yang sedap tp tak ada gambar. isi ikan tuna yang bahagian perut yang dipanggang. memang sedappp...
sekarang ni dah habis cerita tentang makanan orang tempatan sini. sekarang nak cerita tentang benda lain. sedih juga memikirkannya. memandangkan saya hanya berterawikh di rumah, jadi gambarnya saya tidak ada. pernah balik dari rumah seorang sahabat, saya lihat di dalam masjid penuh orang, sampai ke kaki lima masjid orang solat. tapi cuma lelaki. (tidak semua masjid di sini ada ruang solat untuk perempuan). tidak sampai 500 meter ke depan, ada lagi masjid, juga penuh. yang ini ada wanita di ruangan atas. saya hanya sempat memandang sekilas kerana kami menaiki teksi untuk balik ke rumah.
ini gambar ihsan suami yang saya minta untuk dia ambilkan....
sampai di sini sahaja, semoga bersua lagi. kami dah nak gerak balik malaysia!
walau di mana bumi dipijak, langit yang membumbunginya adalah tetap sama warnanya. walau dimana tempat kamu melangkah, selagi islam tetap dihati, disitu akan kamu temui persamaan..
wassalam. sejahtera ke atas kamu. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
selamat hari raya aidilfitri...
nik ada blog , huhu ><
BalasPadamBaru tahu...dh lama dh ada, tp kurang aktif....huhuhu
BalasPadam