Bismillah...
Assalamualaikum...
Ops, ari ni punya tajuk macam rendah diri dan kurang bersyukur pula kan?
memang, memang itu jawapan yang selalu saya bagi pada orang yang selalu tanya saya 'kerja apa?'.
dulu memang terasa rendah diri bila orang asyik tanya dan pandang semacam...'ooo..., kenapa tak minta jadi cikgu?'
ha! bukan senang nak jawab. ada pernah saya kena 'erm, kalau tak dapat tu kurang layaklah.'
ada juga cakap,'dah ambil course tu, nak kerja apa? bahagian apa.'
mau tak menggelegak hati saya ni...tapi itu dulu, waktu mula-mula memilih untuk jadi suri rumah. sepenuh masa.
ada juga yang kata, 'tak apa, untung jadi suri rumah..anak-anak boleh jaga sendiri...'
memang yang memahamipun ramai. yang kurang nak paham ni biasanya orang yang hanya nampak hidup ini kena ada duit banyak.
padahal duit tu bukan boleh beli masa lalu dan masa depan.
mula-mula dulu memang saya agak tertekan, sampaikan hampir setiap peluang kerja yang ditawar saya isi. ikut yang layaklahkan. tapi sampai hari ni saya tetap menjadi seorang suri rumah.
saya mendidik diri saya untuk berbangga menyatakan 'SAYA SEORANG SURI RUMAH!' walaupun kadang-kadang saya tumpas juga dengan sifat memandang rendah dgn kelebihan diri yang Allah kurniakan pada saya ni...kelebihan menggalas tanggungjawab suri rumah!
ialah, suri rumah semua kerja buat. dari buka mata sampai tutup mata, semua sendiri buat. semua boleh buat. yang boleh lah, yang tak boleh buat ada juga...hehehe.
ikut kemampuan kita lah...
tak percaya? cuba jadi suri rumah sepenuh masa dalam masa sebulan dan lebih. tahulah macam mana...bukan setakat jadi cikgu je, jadi badutpun kita sanggup. demi anak-anak!
mai sini nak cerita apa yang seorang suri rumah jadi. so, jangan lagi kita kata, 'eleh belajar tinggi-tinggi pun duk ceruk dapur juga.'
pula tu, memang orang yang selalu kena macam ni orang yang belajar tinggilah. yang kurang tinggi tak pula 'orang-orang' ni fikir macam tu. padahal, belajar tinggi ke tak tinggi ke suri rumah itu sama saja kerja dan tanggungjawabnya!
takkan tak boleh pulak nak belajar tinggi untuk jadi suri rumah?
orang yang tak belajar tinggi tu bukan sebab dia tak nak tapi peluang dah tak ada mungkin... rezeki kita bukan ditentukan oleh tinggi mana belajar, tapi ditentukan oleh Allah. sudah tersurat lah orang seperti kami ni jadi suri rumah. jadi terima dengan syukur.... alhamdulillah.
eh, melalut pula. ni sambung apa yang seorang suri rumah jadi di rumah....
ibu lapar... agak-agaklahkan apa si ibu (suri rumah)buat? order mc d, kfc, pizza atau bawa terus ke kedai?
saya yang menjadi ibu tu akan putar api gas, letak kuali, jadi master chef! walaupun kurang master. sekadar apa yang ada dan reti saja.
bila dah kenyang, berlari pula main si anak-anak ni... erm suami tetap bekerja mencari rezeki untuk keluarga. kan tak payar bayar babysiter dah..untong! anak-anakpun membesar depan mata. silap hari bulan kita pun jadi kawan anak. ikut main kejar-kejar! hehehe...
auch! itulah, ibu cakap kalau berlari main pusing tiang tu, jangan gosok-gosok tiang kayu tu, kan dah kena selumbar..
jadi cik nurse la pulak... kena selumbar takkan nak bawa ke klinik kot, tak dibuangkan bernanah nanti...usaha kan juga buang...
bila si babah pulang kerja, makan dah terhidang. walau kadang-kadang, 'babah, ibu kurang rajin nak masak hari ni...kita makan kat luar lah'. itupun seminggu sekali, tak termasuk hari munggu ye...hehehe.
terhibur hati babah, senang hati pergi balik kerja. training sana sini, melawat itu ini.
hari minggu time untuk kita outing. sama macam orang lain...
ibu, seluar ni cantik dan selesa, cuma labuh sikit. boleh potong?
hurm, pulak dah. jadi tailor, alter baju seluar. jahit mana yang koyak...
bila jalan-jalan hujung minggu, taksah kalau tak singgah kedai buku. tak belipun tak apa. baca saja..hihihi.
ibu nak buku ni...ha, yang ni pula kena jadi cikgu tadika! bercerita, ajar abc, jadi ustazah ajar alif ba ta...
dah balik berjalan karang, bukan boleh rehat baringpun selagi anak tak tidur. layanlah mereka sampai sudah. budak-budak ni tak tahu penat!
termasuklah juga kerja kita...
ibu sakit gigi, bukan anak je, babah pon sama! kena jadi dentist.
panjanglah kalau nak membebel kat sini. kalau yang dah jadi suri rumah tu, taulah macam mana. yang bakal jadi suri rumah tun bersedialah dari sekaran!
jadi, janganlah memandang rendah kepada pekerjaan suri rumah. tak kiralah sepenuh masa ke separuh masa ke. masing-masing ada tugas dan tanggungjawab. jangan ingat jadi suri rumah kerja senang.walaupun kaki bergoyang tapi tangan bergerak jalankan tugas.
ini peringatan untuk saya juga. memanglah kita tak mewah-mewah dengan gaji setiap bulan. nak itu ini kena minta dengan orang. tapi, habuan kita indah. anak-anak dekat dengan kita. depan mata kita nampak mereka menbesar. esok-esok anak-anak jadi orang, kita yang berbangga, kalau jadi 'orang-orang' pon kita juga yang rasa. tangan kita sendiri yang membesarkan...semoga anak-anak ibu manjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.
wahai suamiku dan suami-suami diluar sana. silalah menghargai setiap usaha seorang suri rumah yang ada di dalam rumah anda, kerana mereka adalah pengurus yang terbaik. segala benda diuruskan demi kelancaran sebuah kehidupan keluarga...
alhamdulillah, suamiku sentiasa memberi sokongan.
peringatan untuk diri sendiri juga, jangan selalu mengeluh atas nikmat Allah memberikan tugas sebagai suri rumah, kerana seorang suri rumah itu adalah sebenarnya satu benteng yang Allah cipta untuk kita supaya terpelihara dari dosa. dosa mata, telinga dan lidah. wanitakan sinonim dengan 'mengumpat'. jadi bila jadi suri rumah di kalangan orang yg bekerja ni, satu dari punca dosa ini sudah terhindar. sebab mengumpat memang tak boleh terjadi kalau seorang diri di rumah. ha! mengumpat guna pesbuk ngan twitter pulak. yang tu kena pandai-pandai jaga...selalulah pesan pada hati, Allah dah berusaha menjauhkan diri kita dari dosa, mengapa kita pula mencari jalan mendekati dosa. (macam saya tak ada pesbuk)hehehe. guna lah medium sosial ni untuk kebaikan...
akhir kata, saya pon tak tahu apa yang saya bebelkan ni. tapi benar! jangan selalu membanding dan memperlekeh kerja kita. setiap apa yang Allah berikan pada kita ni adalah mengikut kesesuaian diri kita. Dia tidak akan memberi kita sesuatu yang tak mampu kita tanggung...
nota ini sebenarnya untuk hati saya yang kadang-kadang datang bisikan yang selalu merasai bahawa saya tidak beruntung kerana hanya menjadi suri rumah. tapi sebenarnya saya lebih beruntung!
Hanya Allah dan saya tahu betapa saya beruntung...
alhamdulillah dengan nikmat ini...
jumpa lagi nanti...
wassalam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan