Cakkk!
osp, assalamualaikum semua rakan dan sahabat...
ni nak kongsikan hari yang ketiga ni...kenapa saya katakan ia separa bosan?
hurm...apalagi kalau bukan kena terperap dalam bilik juga...hehehe.
nak wat guana dah datang atas urusan kerja bukan urusan jenjalan saja...heheheh
bangun pagi tu memang sejuk betol aircond nya. kena warning 'farawahida', bgn subuh, baru saya bingkas..heheheh. tok imam dah kasi warning. (padan muka, sapa suh layan narnia malam tadi) heheheh.
'ala, baru 5.30pg la babah.' tapi bila selak langsir, alamak! burung celah dahan pon dah boleh nampak...huhuhu. korang kalau datang sini, jangan tiru macam saya tau...hehehe.
lepas solat subuh, apalagi...masuki semula dalam kepompong. hehehe. pukul 7pg baru turun sarapan.
osp, assalamualaikum semua rakan dan sahabat...
ni nak kongsikan hari yang ketiga ni...kenapa saya katakan ia separa bosan?
hurm...apalagi kalau bukan kena terperap dalam bilik juga...hehehe.
nak wat guana dah datang atas urusan kerja bukan urusan jenjalan saja...heheheh
bangun pagi tu memang sejuk betol aircond nya. kena warning 'farawahida', bgn subuh, baru saya bingkas..heheheh. tok imam dah kasi warning. (padan muka, sapa suh layan narnia malam tadi) heheheh.
'ala, baru 5.30pg la babah.' tapi bila selak langsir, alamak! burung celah dahan pon dah boleh nampak...huhuhu. korang kalau datang sini, jangan tiru macam saya tau...hehehe.
lepas solat subuh, apalagi...masuki semula dalam kepompong. hehehe. pukul 7pg baru turun sarapan.
inilah antara menu sarapan yang terhidang di hotel. rasanya bole ditelan...;)
yang ini memang saya tak bole telan. rasa masam semacam je...
sudahnya saya hanya bersarapan dengan roti dan bubur dan buah. buah mangga yang sedap. cara dia orang potong mangga saya kira sedikit pelik. (ke memang semua hotel potong gitu?) saya pun tak tahu. dia potong dengan kulit sekali. saya tengok orang dia makan pakai sudu untuk mengambil isi yang masih melekat pada kulit. saya hentam 'tokok' pakai gigi macam makan tembikai pada kulit tu. abih orang pandang...huhuhu (ada aku kesah...) baru puas hati makan macam tu. walopun sedikit kurang sopan. hehehe..(laki aku dah izin ok!) :D
en suami kata, cubalah rasa makanan tempatan ni. saya kata esok-esok saya cubalah ambil masuk dalam pinggan sendiri...makan ke tidak belum tentu...hehehe. balik-balik makan roti n mufin aje. untuk selamat makan yang ada tanda bulat hijau, maknanya vegetarian. kalau yang bulat merah tu ada campuran unsur daging dan sebagainya.
kalau korang tak kenal buah ni tak tahulah nak cakap....hehehe
saya gunakan dua askar kecik ni tuk ambil buah ni. hehehe. tapi kat bilik tak ada pisau...bayangkan saja kami makan macam mana..hehehe..
dah tengahari babah kerja lagi. melangut lah semula di dalam bilik...kata babah, dia balik petang nanti kita naik bus ke bandar..."hurray!" so, sabar ajalah menunggu petang. kalau rajin nak tunaikan janji ngan anak-anak ke swiming pool, kalau malas, swiming bed jelah. heheheh
alamak, bilik air banjir plak...paip dia bocor. so, tunggu pakcik cleaner ni keringkan bilik air sambil makan semangkuk megi. sampai waktu petang belom balik lagi. kata nk balik selepas solat jumaat. banyakla gamaknya kerja babah tu...
kalau dah asyik lapar je mulutnya berkata-kata, ibu oderkan dia mee goreng selepas makan megi. sudah kenyang. sehari suntuk duk dalam bilik memang tak ada benda yang dia tak main...
tak tau nak call sape...terpaksa cabut kabel telefon..huhuhu
dah siap guling, main, lari, lompat. keputusannya turunlah bawa diorang ke bawah. swiming jap...dah janjikan. babahpun belum balik lagi. tak dapat dihubungi pula tu...ada pula orang hantar nasi briyani, ku sangkakan babah. terus rasa terharu..hehehe.
dh siap nk turun ada lagi orang tekan loceng bilik. sapa pula yang nak hantar barang ni. rupanya babah. kami dh siap nak turun. anak dah tunggu depan pintu keluar. rupanya nasi tu dihantar oleh madam nafisah. dia tak dapat hubungi saya. suamipun tak dapat hubungi saya...huhuhu. kami turunlah dulu ke bawah dengan disusuli babah selepas tu...maka dua orang budak comot ni berendamlah sampai dekat magrib..
ni gayanya bila nak berendam tapi penakut...hihihi
sebalah malamnya pula ada orang nak belanja makan briyani. lepas solat, kita orang turun ke lobi hotel kawan tu sekeluarga dah tunggu. pakai sari lip lap lagi. kami dapat sejambak ros merah. :D
(masa tu baru cakap, babah tak pernah bagi bunga kat ibu melainkan masa konvokesyen je) tetiba dah dapat bunga pula. alhamdulillah...
lepas sembang sepatah dua, terus naik kereta. jauh juga nak sampai rasanya. terpaksa pula beli pampes adik yang memang tak bawa stok banyak. konar sana, konar sini sampai lah kedai runcit...fuhh! dia punya jalan nak pergi kedai tu macam gaya orang naik unta. sebab lalu jalan batu n tanah merah di celah-celah bangunan. mungkin rumah sebabnya masa kami lalu tu tak ada letrik. memang tak nampak apa la..jalan pon kecik je..'bergaduh' pula dalam kereta nye tak bagi kami turun beli pempes tu, katanya biar dia yang belikan je..bukan si kawan tu aja yang tak bagi turun, isteri dia pon sama. takdop arahlah, dah kereta dia..hihihi
budak kali pertama dapat munge!!!!
lepas setel beli pampes, baru bergerak semula ke restoran briyani tu. yang bagusnya, diorang ni siap jaga parking tp kena bayar . hihihi. tukang jaga paking garang gila! huhuuh. pastu dia suh naik atas, tempat makan khas untuk orang yang datang dgn family...dia punya lif, mak ai...gerun. pintu tutup pakai grill besi silang-silang macam kedai apek kat pasir mas. huhuhu. naik muat-muat. dahlah naik berasingan dengan en suami. memang ngeriiii.....sayangnya tak ada gambar lif..
mari menjamu selera...
bila dah duduk di meja makan ni, lepas satu-satu nye oder makan, suruh kami rasa. dahlah sume pedas. suksik-suksik lah sya makan. walaupon pedas tapi sedap. makanlah juga kerana orang belanja. lagipun si kawan ni asyik suruh makan. semua dihulur, tak ambilkan lain pula katanya..hihihi
ini pembuka mulut, hihi. ayam goreng berempah. cicah dgn chadni (sos yg dibuat dr daun pudina)
ha..ni pulak nama dia manchuria- sayur-kapsicum dgn kubis..lepas tu dia goreng. sedap!
makan ayam dua tiga ketul, benda ni dua ketul. kenyang dah. ingat ke dah berenti makan, rupanya di oder lagi briyani kambing. memang malam ni, malam melantak sedunia lah. dahla patang tadi dah ngap nasi briyani ayam sebekas. anak-anak memang tak makan. sebab semua makanan tu pedas. dia oder pulak ayam separuh yang dimasak tak pedas tuk anak-anak saya. anak-anak dia takpe semua makan pedas..huhuhu.
tu diaa...melantak pulak briyani kambing! memang tak habis...
alhamdulillah. memang murah rezeki. petang briyani ayam, malam briyani kambing. kenye betok...
memang tak habis sepinggan tu. boleh masuk tiga pat sudu je...huhuhu
bila dah siap makan, borak-borak. anak-anak dia dah tido..baru nak minta bill. benda lain pula yang dia hantar...:)
benda nampak cam biji beras ni namanya souf. mcm mentos mint rasanya. kecik-kecik nampak cam 'atoh berah' tu ialah jintan manis...
cara diorang makan, amik segenggam masuk mulut kunyah.
huhuhu.
perut pon dah tak ada ruang untuk cacing bernafas dah. tibalah masa baliknye...ngeri kali kedua turun lif. heheh. ingatkan terus balik, rupanya si kawan ni singgah lagi beli aiskrim koneto, tp lain jenama...
punya lah saya ni taknak, nak kongsi dengan anak je sebab dah tahu dua orang ni makan bukannya habis. tapi siap dibuka letak kat tangan saya. apa boleh buat...makanlah pelan-pelan. huhuhu. sambil makan aiskrim adik dah tertidur. jadi dua aiskrim di tangan saya...dah lah aiskrim coklat, kalau vanila saya paksakan perot juga habiskan..heheheh.
sampai sudah di hotel. saat perpisahanlah..hihii. terima kasih belanja kami makan..jumpa lagi...
moralnya hari ni ialah; lapar di siang hari, kenyang di malam hari. alhamdulillah rezeki Allah beri.
satu lagi, dalam banyak-banyak visit babah yang saya ikut, ini paling baik rasanya dia punya layan. mungkin sebab bila dah lama tak jumpa. anak buah yang pernah menuntut seciput ilmu dengan gurunya..hehehe. tapi memang terbaik dia punya hormat pd bekas jurulatihnya ini. bukanlah tempat lain tu tak bagus tapi rasanya disini lain mungkin sebab lain agama dan lain budaya...tetapi hormatkan guru tu memang terbaik..
Alhamdulillah...damai di bawah lindungan-Mu.
jumpa lagi dalam episod seterusnya.
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan