Halaman

Rabu, 19 September 2012

Male ke Hyderabad: Hari Ke-4 (petang), sesi keringkan poket!

Bismillah...
Assalamualaikum...

hai, ini kali mau sambung cerita semalam...hihihihi

hari ke-4 ni memang panjang ceritanya. mau tak panjang, pagi punya cerita terharu, petang punya cerita gumbira!, hah..malam apa lagi cerita letih lah...

sampaikan si Aqilah tanya saya, 'ibu, kenapa kita asyik masuk  rumah je?'...huhuhuhu. nasib baik dah depan pintu rumah last, rumah Puan Napisah. apalagi diorang berdua dah tak hengat dunia, punya main lompat lari sana sini...dari tadi kena kontrol je sebab ibu tak bagi.. kami ke rumah Puan Nafisah ni sebabnya nak bungkus ayam dan daging segar nak terbangkan ke Male nanti. kenalah packing baik punya kasi beku, kalau tak...tau sajalah penerbangan 4jan campur transit lagi, memang lama lah juga. kalau tak dibekukan mau busuk la benda itu...hehehe

lepas planing baik punya, kami bertolak lepas solat zuhur +asar. jamak qasar le.... terpaksa singgah di hotel dulu ambil kelengkapan yang perlu sebab bawa askar-askar ni kena lah bawa senjatanya..susu, pampes, air, dan segala macamlah lagi...

bila dah selesai semua yang wajib-wajib ni, haa...ni lah masanya melihat wajah Hyderabad yang sebenar.
jalan nak ke bandarnya, MasyaAllah sibuk. menyelit-nyelit motor tayar dua, tayar tiga, lori, kereta, basikal. segala benda kenderaan ada atas jalan raya. suka hati diorang jer...helmet memang tak pakai, itu tak kisahlah. banyak je negara yang undang-undang tak payah pakai helmet. yang tak tahannya, selagi ada tempat duduk kat atas motor tu, selagi itu dimuat orang!


diorang memang menggunakan secara maksima ruangan yang ada pada kenderaan ini....
ada berani nak cuba? 












ha, tengok lah sendiri...memang diorang ni berani. kat malaysia tak jumpa orang buat macam tu kat jalan sibuk ni, kecuali kat jalan kampung. hihihihi
(saya pernah juga buat masa kat kampung) heheheh...








korang pernah nampak benda ni kat tempat korang tak? ini adalah jalan bandar, hihihih.
menurut sumber, ini bandar lama. bangunannya pun bangunan lama.











berderet kat tepi jalan kedai khemah macam ni. macam-macam ada. makananpun ada! tapi kena hati-hati kalau membeli...nanti orang dia beli harga lain, kita yang muka lain sikit ni beli harga lain!
berganda-ganda pula tu...









jangan tak pelik pula bila saya letak gambar ni. ini adalah pondok trafik light. itu orang kat tengah tukang jaga trafik. jadi lampu isyarat. heheheh. memang unik lah...

ini pula adalah Charmina. mercu tanda bagi Hyderabad. Char-empat, mina-menara. menara ni terletak di tengah-tengah jalan. sekelilingnya ada pagar. ya, memang macam kat tengah round about jalan. dalam tu boleh masuk lepak-lepak santai. boleh naik ke atas menara. tapi kami tak sempat berbuat demikian, memang sayang sekali. nak buat macam mana memang ruang parking tak ada. nak berhenti bergambar depan tu pun tak dapat. jalannya subhanallah, sesangat lah sibuknya. silap hari bula kita yang jalan daa...

sepanjang jalan memang sibuk, tempat ni memang banyak ada bangunan dan halangan kekal di tengah jalan. mulanya saya tak tahu tapi Puan Napisah bercerita. tengah kami terhegeh-hegeh dalam kesesakan jalan tu dengar pula lagu bahasa diorang ni berkumandang. ingatkan apa. rupanya dari kuil yang terpacak tengah jalan. kuil lama tapi masih digunakan. bukan kuil yang diorang pindah, tapi jalan yang diorang 'kona' ke tepi mengelak kuil tu. jalan lagi kereta terhegeh-hegeh, jumpa pula kubur tengah jalan. dua kubur dalam pagar yang di cat warna hijau. ada sepohon pokok ditengahnya. memang jalan yang beralah ke tepi. kubur ditengah-tengah jalan? korang boleh bayang. bukan tanah perkuburan besar tapi dua kubur sahaja, barangkali suami isteri kot...kalau kat malaysia, nak buat pembangunan, nak buat jalan, satu tanah perkuburan pun sanggup pindah!
kat sini kubur, kuil dan masjid kat tengah jalan memang tak beralih, jalan yang kena bengkok kelain, lepas tu bercantum balik jalan. kalau nak semua jadi.. hihihi. kata sumber kami. orang di sini memang sensitiviti agama diorang kuat. tak kira lah rumah ibadat apapun, berapa lama pun, diorang tak akan usik kalau berkaitan agama.
ha, satu lagi di Hyderabad ni tempat orang islam. adalah dengar azan berkumandang. masjid dia cat hijau. kalau bangunan tu tanda hijau maksudnya itu adalah bangunan islamik lah. senang cerita, Hijau = Islam. Hijau yang macam bendera pas tu lah...

macam ni lah rupanya masjid. hijau....


kata Puan Napisah lagi, orang di Hyderabad ni lelaki sahaja solat di masjid. tak macam di negara kita. pernah dia dan anaknya masa mula menetap di sana, masih belum faham lagi budaya mereka. waktu jalan-jalan, selalu kalau kena waktu solat kita di malaysia akan singgah bersolat di masjid. tapi diorang tak bagi masuk, dan memang tak ada tempat untuk orang wanita solat. sudahnya terpaksa solat di kaki lima masjid sahaja. mungkin fahaman mereka ni lain sikit kot...

nah! penat sudah melalui proses terhegeh-hegeh dalam kereta, akhirnya sampailah kami di tempat yang di tuju. kedai menjual kain dan macam-macam! seronoknyaaaaa!!!. encik suami memang kebosanan melayan anak-anak sementara saya dan Puan Napisah melayan nafsu berbelanja kami. hehehehe memang rambang mata. en suami bagi sekepuk mahatma ghandi pada saya. dua kali pula tu bagi. sayang abang!! memang memahamilah...hehehe...

memang tak lepaskan peluang lah! Puan Napisah memang sporting habis! mau saya tak rambang mata, murah semurah-murahnya. mana boleh dapat di Malaysia kain cotton dgn harga  kurang dari 5 henggit je semeter. bukan kain yang buat sarung bantal tu. ini kain yang lembut dan cantik!!! memang betul kata Puan Napisah, lepas ni menyesal kalau tak borong habis-habisan. kalau tak cukup duit, boleh pinjam saya dulu...kata dia. tak pula sya ni nak berbelanja sampai kena meminjam...hehehe. takut tak terbayar sbb tak tahu bila jumpa lagi nanti..

tapi sangat kena berhati-hati di sini, memang orang padat sangat. lepas tu peminta sedekah lagi. petuanya jangan bagi sebab nanti kita kena kerumun beramai-ramai. huuuuu, sanggup? terpaksa jadi kedekut! lepas tu akan ada budak-budak, mak budak menjaja barang-barang mcm sapu tangan, alatan dapur dan macam-macam lagi. dia akan datang dekat kita minta, pun jangan beli, nanti kena hurung juga...huhuuh.


ini dia tahap kekesakan lorong-lorong yang menjual ni, yang membeli dan menjual semua ada dalam lorong ni. heheh. yang jual di kedai tu memanglah, yang jual secara junjung, bimbit, sangkut, tolak. segala macam ada. motor tayar dua pun redah masuk juga. nasib baik yang tayar tiga tak masuk!



hurm...kalau terasa nak makan samosa bila dah penat-penat membeli belah tu boleh lah beli dengan brader ni.... sekejap je dah habis! kompem sedap kot....heheheh.










tengok! rajin kan budak-budak ni. taktaulah dah habis sekolah ke belom...tapi memang ramai yang menjaja macam ni. sekali tengok kesian tapi nak beli benda tu yang memang kita tak perlukan. kalau beli juga kompem datang rombongan diorang serbu kot....









mula-mula saya tak tau juga apa yang dijual tu, cantik warna oren. rupanya sejenis manisan yang dibuat dari kelapa. diorang punya makanan tradisilah ni....tak berani pula nak cuba sebab tak tahu bagaimana ia dihasilkan. lagipun tak tahu status halalnya.. dua versi orang menjual benda yang sama...

 

ini selingan iklan dari penari-penari tiang....hehehhe.
jenuh juga diorang menari sambil menunggu ibu memilih kain. ibu pula memang tengah rambang mata masa tu. macam semua cantik...

lepas tenaga dan pokek sudah kempis, apa lagi....chow chin chow la...Puan Napisah call pemandunya untuk datang ambil kami. katanya memang kena stail macam ni, drop n go..xdop istilah tunggu sebabnya memang tak boleh parking langsung. kalau yang dapat parking tu nasib yang tersangatlah baik. sambil tunggu pemandunya datang, melilau dulu mata tepi jalan...

kakak-kakak relek jer jual rempah ratus kaki lima kedai yang dittutup. macam-macam rempah dia jual. ha, kedai sebelah tu pula semua sari yang blink-blink..ini satu benda yang saya tak beli. iaitu sari. rugi pula rasanya. bkn nak pakai tp nak buat kenangan..mana tahu esok-esok boleh buat langsir...hihihi.

bila kereta yang nak jemput kami tu sampai, memang tak boleh ke tepi langsung, terpaksalah kami berkejar ke tengah jalan, naik kereta tengah jalan. trafik memang slow sangat sebab kereta bersusun macam semut nak masuk sarang. hehehe. dengan motor tayar dua dan tayar tiga, yang tolak kerata jual barang. basikal lagi. memang sesak habis. fuh! bila dah ada sdalam kereta memang lega. hilang lenguh kaki yang dari tadi tercegat memilih barang...cuci mata tengok kedai-kedai tepi jalan lah pula sementara sampai ditempat yang dituju.....


pakcik ni jual cawan kecik-kecik comel je. satu set 6 biji. en suami saya nak beli ingatkan barangan tempatan, rupanya made in china. terus tak jadi... yang kedai periuk belanga tu pula tengok sambil lalu dari dalam kereta. kalau en suami memang nak berenti saya dah rembat satu biji..hehehe.

tu diaaaa...sampai dah kedai kedua yang kami tuju. kedai manik!!!! rambang mata lagi lah saya. murah-murah. memanglah bukan manik jepun tapi untuk jahit di baju tak lah buruk sangat. ok...bergayalah anak saya raya nanti...hehehe.

ini dia kedai seterusnya untuk mengeringkan poket seluar babah! yehoooo...pilih jangan tak pilih. dalam rak yang tersusun dengan kotak-kotak kecik bekas tu adalah manik pelbagai jenis dan warna. suai padan lah dengan baju....










lepas dah pilih-pilih yang berkenan di hati, lambak kat atas kaunter, nanti dia timbang nak berapa gram. 10gram= Rp5. murah tak? korang kiralah murah ke tak. Rp100=Rm5...










tengah syok saya memilih biji manik ni, si kecik ni wat hal pula...dia yak! adus, rumah jauh lagi ni, di sini memang tak ada tandas awam. diorang ni main gaya bebas tepi bangunan je. bertahan ya adik...pulak tu memang dia cirit. makan apalah gamaknya ni..huuhuh.

bila dah siap bayar, macam biasa Puan Napisah call keretanya untuk menjemput kami. jalan di kawasan kedai ni memang muat-muat kereta je tapi diorang boleh jadikan dua hala. bayangkanlah macam mana kami tersekat dalam kesesakan lorong yang kecik tu. di belakang kereta nak masuk, di depan kereta nak keluar, disebelah pula beca angkut kayu yang bertimbun...dah lah becanya tak boleh kayuh sebab basikalnya tak ada rantai. pakcik yg berbeca tupun dah tua. kesian pula saya tengok dia..tp dia tetap tersenyum, di bawah terik matahari angkut kayu hanya dengan beca....

sayangnya gambar ni hanya nampak separuh saja. tak nampak pula tuan beca tu.
 dengan bantuan seorang lelaki mengarahkan pemandu Puan Napisah ni, depan belakang, undur, maju...macam-macam lagi, lepaslah kami keluar dari ruang yang memang muat-muat tu je...memang saya tabik spring pd pemandu ni. kalau saya memang turun kereka bagi orang tu keluarkan kereta saya. heheheh.  en suami pun tak berani nak memandu kalau macam ni punya keadaan jalan, apatah lagi saya yang lesen hanya simpan dalam beg je ni...hehehhe.


bila dah berjaya keluar dari jalan yang melemaskan itu, kami hanya membuat keputusan untuk balik sahaja. sebelum tu singgah beli nasi briyani dulu. dua jenis nasi briyani, kambing dan ayam. Puan Napisah tak makan kambing. jadi ayam untuk dia yang lain tu untuk kami...

dalam kereta semerbak je bau perfume adik. nak tak nak saya usahakan basuh. tanya si pemandu dia yang baru siap pergi tapau nasi. kata dia, memang tak ada tandas di sini. basuh je tepi jalan macam tu..haaa! ui, tak sanggup rasanya tapi memikirkan semerbak bau dan kesian kat adik yang duk asyik garu-garu...saya basuh lah juga. alhamdulillah bawa air meneral sebotol besar. memang dia dah pancit keluar. terpaksalah tukar seluarnya...rupanya tak seorang pun dr masyarakat orang sini yang pandang pelik pada kami yang tengah memproses sisa adik tu kat tepi jalan...oooh..baru tahu, diorang memang macam tu, patutlah masa tanyakan pada pemandu Puan Napisah, terus saja dia buka boot kereta dan cari plastik. hehehhe. kalau kat malaysia buat macam tu, memang semua orang pandang peliklah. kalau kat highway memang tak orang peduli tp ni kat jalan bandar sesak ni jangan buat pasai...adik punya kerja!

lepas tu kami melalui jalan-jalan balik ke rumah! sampai dirumah buka nasi yang ditapau dalam plastik. sekali tengok macam plastik keropok yang besar tu pula. hihi. nak buka kena gunting. satu bungkus tu semangkuk penuh, mangkuk yang 7inci tu rasanya. memang penuh. ayam seketul yang tang paha tu..bukan pahanya saja tapi sekor ayam potong 4. ha macam tu lah...lepas tu, satu bungkus tu memang untuk seorang makan. mak aii, perot apa diorang ni. saya dan suami makan semangkukpun tak habis.. sudahnya bila dah siap makan, Puan Napisah bagi dekat pemandunya. bukan bagi sisa tapi bagi yang kami tak makan lagi...nasi saja tinggal. lauk dah habis. hehehe. lauk sikit, diorang memang makan banyak nasi sikit lauk...

lepas dah siap relek dan sebagai, kami berangkat pulang ke hotel. bukan adik saja yang cirit-birit, kami pon sama daa...maklumlah, makanan orang sini sume hot n spicy. perot saya memang tak tahan pedas tambah lagi kalau pedas rempah....

penatnya Allah sahaja yang tahu...apalagi..membutalah lepas mandi dan solat...

moralnya hari ke-4 ni....
sesi pagi jejak kasih, petang hari perhabis pitis...hehehe. begpon tak muat.. lain kali datang kena bawa beg lebih besar...(kalau ada lain kali tu...)
lain kali itu juga kalau nak datang untuk shoping memang tak boleh bawa budak kecik...bukan menyusahkan tapi memang susah sebab sesak yang amat. takut leka nanti lain pula jadinya...kalau tak dapat beli kain tak apa, jangan anak hilang sudahlah....mintak jauhle...

moral yang sebelah paginya pula memang terharu tahap nak keluar air mata dah...
itulah kalau ikhlas menyampaikan ilmu, anak murid ingat dan hormat serta hargai...ialah, mana tak terharu tengok diorang pimpin tangan Sir Hidayat, bawa naik tangga sampai depan pintu rumah.
siapapun kita hari ini adalah kerana apa yang disampaikan oleh guru semalam. jika kita gunakan dengan baik memang berguna setiap ilmu itu....
tak kiralah siapapun kita, agama apa, budaya apa tapi tetap kena hormatkan guru....diorang memang sangat menghormati guru. sampai sekarang ni, kalau hari guru di negara mereka, suami saya akan terima mesej ucapan terima kasih....
Subhanallah, kalau kita ikhlas memberi kerana Allah, insyaAllah kita mendapat sesuatu juga kerana Allah memberinya....

sampai di sini dulu ye...jumpa nanti di last day in Hyderabad....

*ops! pesanan penaja....
kalau perut korang kurang serasi dengan rempah dan kepedasan, sila kurangkan mkn briyani, kalau tak bercuti ni jadi tak best. hehehe. satu lagi sebelum keluar meronda kat bandar lama Hyderabad ni korang kena kosongkan karung dalam perut tu sebabnya diorang memang tak sediakan tandas awam!

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan