Halaman

Isnin, 17 September 2012

Dari Male ke Hyderabad: Ke-4~Siri Jejak Kasih (pagi)

Assalamualaikum...

erm..berjumpa lagi kita. sebelum saya terus berkongsi pengalaman di sini, terdetik pula rasa hati ni. bimbang pula post saya berkenaan dengan pengembaraan ini menimbulkan ketidaksenangan orang yang mungkin fikir..."eleh, nk menunjuk-nunjuk lah tu pergi jalan sana sini!" sungguh demi Allah, tidak terbit sedikit pon rasa bangga dan riak dalam hati saya. alhamdulillah, Allah memberi rezeki kepada kami untuk melihat beberapa cebis isi alam yang lain selain dari Malaysia. saya tahu orang lain lebih lagi mendapat rezeki dari apa yang Allah kurniakan kepada saya ini. sesungguhnya, setiap yang datang dalam hidup ini adalah dengan izin Allah. (Ampunilah hamba-Mu ini Wahai Allah, andai terdetik sebesar zarah, rasa riak dan bangga dalam hati, sekiranya ada. Segalanya datang dari Kekuasaan-Mu Ya Allah) 

------------------oooooo--------------

Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga kami di Hyderabad. tapi hari keempat mengembara di bumi milik Allah Ta'ala ini. di sini, hari Sabtu bekerja separuh hari. jadi kami mendapat jemputan untuk berjumpa dengan Pn Nafisah pada tengahari untuk menunaikan agenda yang dirancangnya...memang saya suka! apa agaknya ya yang perempuan suka? heheheh..

macam pagi-pagi hari yang lepas, selesai subuh je berbungkus balik dalam gebar. pukul 7pg baru bangun bersiap untuk sarapan sebabnya pukul 8.50pg nanti orang datang jemput nak memulakan hari.:) saya hanya menurut kata encik suami, katanya bekas anak buahnya ini mahu membawa kami ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada isteri dan anak-anaknya. oh, terharunya!. sampai begitu sekali manyanjung bekas jurulatih mereka yang bernama muhammad hidayat ini.
seperti yaang dijanjikan, naik keretalah kami. sebelum di bawa ke rumahnya, si pemandu yang bernama Sajan ini membawa kami saya melihat sekitar airport dan balai bomba (suami memang dah tengok sebab tujuan dia datang pon sebab itu)

selepas itu baru dia membawa ke rumahnya. kuarters kediaman yang disediakan oleh GMR untuk pekerjanya. (bukan free tp sewa) saya pon ingat kuartes free. hehehe. tiba di rumah En. Sajan di bangunan kuarters yang bernama Lily. Sajan siap tekan lif untuk kami, ingatkan tinggi sangat rumahnya, padahal tingkat dua je. patutla dia naik tangga. heheh.
kata suami saya, tak perlulah kita bawa kelengkapan banyak sebab kita nanti balik semula ke hotel, pemandu puan Napisah akan jemput kami di hotel. jadi saya pon sehelai sepinggang lah bersama anak-anak.

ini rumah pertama kami bertandang, ingatkan rumah pertama dan terakhir, rupa-rupanya memang yang pertama! (En.Sajan dan keluarga)


buai ni terletak tengah rumahnya. apalagi dua orang anakanda ni seronoklah...

kemudian kami dihidang lagi dengan sarapan. makanan orang dialah. bimbang juga nak makan sebab dia orang bukan Islam. tapi tuan rumah ni faham makan dihidangkan kami dengan makanan berasaskan sayuran sahaja. airpun jus yang dalam botol yang memang halal untuk diminum... 

inilah hidangan yang disediakan untuk kami. namanya apom. dicicah dgn kuah dal (sayuran 100%)

rasa apam yang dibuat dengan beras ni sama macam apam kat malaysia juga. cuma dia digoreng tanpa minyak. apam kita kukus. alahai, sama macam apam wan cuma rasa lebih masam. (rindu apam wan :(....) kuah dal dia pula ala-ala dalca tu, rasanya memang masam. saya tak tertelan. tapi sumbat juga demi layanan yang diberikan.
masa kami tengah makan tu datanglah seorang lagi bekas anak buah babah (suami sy ni la). namanya Hakim. memang orang Islam. di sinilah bermulanya siri jejak kasih pelatih dan jurulatihnya.


ni dia tuan rumah (baju biru) yang sebelahnya Hakim dan yang seorang lagi tu chinta hati saya...:)

Hakim ni call sorang kawan dia yang juga pelatih, supaya bercakap dengan en suami saya ni. lepas dah bertitip kasih dua tu, nye call pula wife dia suruh cakap. (tang ini sy memang tak faham, apakah kaitan isteri dia dengan suami saya sampai suruh cakap juga) hurm, mesti korang fikir saya jeles kan. hahahah. memang saya jelespon...hahahah. saya ingatkan saya je pelik bila si Hakim ni suruh cakap dengan isteri dia, rupanya suami saya pon pelik. hadoi!!!
itulah orang india ni, dia orang ni memang segala benda dikongsi dengan pasangan. itu yang bagus yang saya belajar dari mereka. PERKAHWINAN INI SATU PERKONGSIAN.

lepas puas bercerita di rumah sajan, kami keluar untuk balik sebenarnya. tapi terserempak dengan seorang lagi kawannya yang memang dah di call. huuhuu. apa lagi berpeluk sakanlah mereka di koridor tu. saya yang memarhatipun rasa terharu. terus diajak ke rumah dia ditingkat atas.


 ini gambar rumah kedua kami menjejak kasih. --->
rumah mr Suresh. ini di blok yang berlainan.

yang ini tetiba datang pula jirannya juga salah seorang dari bekas anak murid en suami saya ni... dia sekeluarga nak pergi ke city, jadi hanya sempat bergambar.  










dirumah ni kami dihidangkan dengan satu jenis makanan yang digemari oleh atiqah dan aqilah. iaitu keropok kentang. yang uniknya dia buat sendiri. sedap....siap tapau untuk kami.


makan sudah, borak sudah, hajatnya nak balik dahlah. rupanya sudah heboh di kalangan mereka yang bekas jurulatih mereka ada di rumah orang tu dan orang ni. jadi semuanya nak suruh pergi ke rumah mereka. jadi kami layankan aja sambil tetap mengingatkan yang kami tidak boleh berlama kerana dah berjanji dengan Puan Nafisah.


ini rumah hakim, semata-mata nak ambil gambar jer rumah dia. isteri dia berada di tempat lain. sayapun kurang pasti di mana. rasanya kalau tak silap di daerah lain. sampai kasut slipar pon xsempat nak buka. ------>











lepas rumah hakim, ini pula rumah mr. Vijayan


menikmati hidangan yang disediakan kepada kami. makanan wajib diorang. laddu..memang manis! saya hanya cubit sikit je. tak berkesempatan nak bertanya dibuat dari apa sebabnya diorang sedang berbual mesra. malas saya mahu mengganggu orang yang sedang melepas rindu..heheheh 

 ha! ni baru betul-betul maruku. origenal dari india..heheh. sakit gigiku kunyah. seketulpon tak habis..



 ini pula rumah berhadapan dengan rumah Vijayan iaitu mr Radha. tapi sayang tuannya tak adasebab outstation, yang ada cuma isterinya sahaja. antara salah seorang yang suami saya mahu sangat berjumpa. jadi sebagai kenangan, kami hanya bergambar dengan isterinya sahaja.







oh, ini rumah terakhir kami jejak. nama tuan rumah ni Tiwari (taktahulah speling di betul ke tidak),rumah paling besar di antara semua rumah. dia berpangkat paling besar lah maksudnya. oleh kerana dah terlalu banyak rumah yang kami pergi sampai dah tak terkira. dah tak terambik gambar. ini je yang saya sempat snap. en. suami memang dah lupa sedab banyak sangat bercerita bersama mereka, anak buah yang telah lima tahun tidak berjumpa...







di rumah terakhir sebelum ke rumah Puan Nafisah ni, kami dihidang dengan ini. namanya kujabarfi. terbelit lidah nak menyebutnya. kata kaklong kuih diamond. rasanya manis, ada rasa kekcang sikit..rasa nak telan pon tak berapa boleh. hihihi. air yang dihidang pula air gas, memang saya tak minumlah. tahan sajalah rasa kuih tu dalam mulut. hihihi.


 dan yang semestinya rumah yang terakhir adalah rumah Puan Nafisah. sebab tu santai je dua orang ni. bukan main seronok lagi diorang ni berlari sana sini. rumah besar dan lapang.

ceritanya, dah pukul 11 lebih. dah tiba waktu perjanjian dengan puan Nafisah. tapi kami masih lagi berjejak kasih dari rumah ke rumah. erm.saya dan suami asyik tengok jam. dan katakan pada mereka yang kami kena balik ke hotel sebabnya nanti pemandu kepada Puan Nafisah nak jemput di hotel. kami ada urusan di rumahnya.

tiba-tiba puan Nafisah call, katanya dia nampak ada budak-budak berlari dekat kuartes, ya lah memang buadak dua orang ni berlari atas jalan dari blok ke blok nak menjeka kasih tadi. tertakdir lah pula rumah puan Nafisah memang di kuarters itu juga. blog yang sama pula tu. cuma ditingkat satu. masuk rumah puan Nafisah memang terasa lega. sama macam anak-anak saya yang tersa bebas nak berlari. walaupun baru kenal. ini kali pertama berjumpa dia. en. suami memanglah dah kenal dah dulu bos dia..hihihi.

moral setengah hari ini lah.....curahlah ilmu seikhlas hati kerana Allah swt.
fuhh...inilah cerita jejak kasih yang penuh kasih sayang. memang terharu saya melihat mereka saling berpeluk, suami saya yang kena peluk. hihihi. sampai ada yang bergenang air mata mengenangkan ilmu yang pernah ditimba dari jurulatihnya dulu. benarlah jasa guru itu tidak terbalas. memang tak cukup sehari kalau nak berjejak kasih. ada lagi yang berkecil hati kerana kami tidak jejak kaki ke rumah mereka.

sudah habis berjejak kasih, sambung cerita di rumah puan nafisah....
hurm, sambung di page lain lah, banyak juga nak kongsi dengan kawan-kawan ni...
okay...jumpa lagi ek.baru setengah hari. setengah hari lagi berjalan-jalan dgn bersama puan Nafisah...
berjalan je ke? keringla poket en suami!!!! hehehe

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan